Skip to main content

~ semanagat mendidik ~

Peperiksaan UPSR akan menjelang tiba tidak sampai 40 hari lagi. Saya sedikit rasa gentar memandangkan ini ialah hasil didikan tahun enam yang pertama buat saya. Pengalaman mengajar yang cukup cetek ditambah pula saya mengambil cuti bersalin selama tiga bulan memberikan kesan kepada prestasi anak murid. Namun, apa pun saya tabahkan hati untuk teruskan semangat mendidik anak-anak muslim yang dahagakan ilmu. Mengajar di kampung sebenanya punya banyak cabaran. Cabaran daripada perangai anak-anak murid yang dikasihi. Anak murid yang tidak bersalah itu. Anak murid yang banyak dipaksa untuk belajar, bukan seikhlas hati datang ke sekolah. Datang ke sekolah setelah menerima hadiah rotan  dan kemarahan ayah ibu. Anak didik yang ayah ibunya tidak solat dan menutup aurat. 

Bagaimana mahu mendidik?
Bagaimana saya mahu mendidik,
anak yang ibunya tidak menutup aurat,
anak yang ibunya mengajar dia membuka aurat,
saya sungguh malu, kerana pada suatu hari,
anak tersebut datang ke rumah saya untuk tuisyen,
bajunya singkat sekali, lalu menampakkan apa yang tidak patut,
lalu saya memandangnya lagi, saya malu untuk terus memandang.

Bagaimana mahu mendidik?
anak yang bila dirotan baru bertindak
kerja yang senang tidak mahu disiapkan
apatah lagi yang memerlukan berfikir,
bila disuruh, soalan lebih banyak daripada jawapan,
alasan demi alasan,
tak reti, tak pandai, dan akhirnya
"cikgu, tak mau buat"

apa yang mampu saya lakukan?
saya buntu memikirkan,
ujian demi ujian menguji kesabaran

namun semangat mendidik saya teguhkan,
bila melawan saya berikan cubitan,
kerja dibuat tanpa alasan, 
masuk ke kelas bawa rotan,
semua cikgu memandang-mandang,
anak-anak ini terlalu di manjakan,
perlu sedikit ketegasan. 

Saya bukan sangat mengharapkan anak-anak saya mendapat semua A atau cemerlang, cuma ingin mereka sentiasa bersemangat untuk belajar, kerana kehidupan mereka masih panjang.

Comments

  1. zyfa check mail..nak alamat by today..jzzk ;)

    ReplyDelete
  2. Teruskan dengan semangat mendidik yang tinggi itu. Memang, anak-anak sekarang sangat manja dan apalagi bila ibubapa pula sangat menyebelahi mereka dan pada masa yang sama inginkan kejayaan anak-anak yang cemerlang. Hadiahkan selawat kepada mereka banyak membantu untuk mereka sayang dan patuh pada kita yang ikhlas mengajar demi anak bangsa menjadi khalifah Allah.

    ReplyDelete
  3. ummu muhammad; naziffa_mn@yahoo.com

    hysc: insya Allah, anak-anak memerlukan bimbingan..

    ReplyDelete
  4. rindu dgn ank2 murid mas 1st praktikum..mcm murid zyfa nilah..suasana kg yg permai...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...