Skip to main content

~ Danial 8 bulan ~

Penuh dengan cabaran :)
Alhamdulillah, hingga ke saat ini mama cukup bersyukur kerana Allah masih pinjamkan Danial buat mama. Mama sebenarnya sedikit rasa takut apabila mendengar pelbagai kisah bayi yang meninggalkan kisah hitam dalam kehidupan keluarga mereka. Mama bukannya menolak takdir, cuma mama belum bersedia menerima ujian hebat kehilangan orang yang tersayang. Moga Allah sentiasa melindungi kamu sayang. Lapan bulan yang mama lalui bersama Danial ini cukup manis untuk dikenang, dan sampai bila pun mama dan baba tidak akan melupakannya. Sebenarnya, mama dan baba banyak menerima cabaran tentang penerimaan orang lain terhadap bayi pra matang. Pelbagai kata-kata yang sedikit sebanyak mengguriskan hati mama dan baba telah kami terima sepanjang lapan bulan ini. Antaranya soalan berkaitan dengan ketentuan Allah yang kami sendiri tidak tahu jawapannya, tapi sering ditanya. Antara soalannya;

1. Kenapa bersalin awal?
sehingga kini mama belum punya jawapan yang tepat walaupun mama sendiri yang melalui, mama hanya akan jawab, "Danial dah sabar nak tengok mama baba dia."
dan jawapan sebenarnya, dah ketentuan ALLAH.
2. Kalau dah anak sulung bersalin awal, lepas ni kena beringatlah, mesti awal juga.
Adakah ini satu doa buat kami? Mr Baba akan lantas menenangkan mama, cukup meyakinkan, "Tu semua kerja ALLAH..
3. Kenapa kecik sangat baby ni ?
Nah sekarang lihatlah, dengan kuasa ALLAH, baby Danial yang dulunya dikata kecik dah membesar dengan cukup sempurna. Tahukah mereka, setiap kali mama memakaikan baju selepas mandi, mama akan bercakap dengan kamu, "Danial budak pandaikan?, Danial mesti cepat besar, Danial kuatkan? dan alhamdulillah seperti kata ummu muhammad ; ibu perlu banyak menyumpah anaknya dengan sumpahan berbisa seperti mana beliau menyumpah si kecil muhammad dengan Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul. 

Mama ucapkan selamat 8 bulan sayang, semoga kamu membesar sebagai anak yang hebat, anak yang soleh, mukmin yang sejati, penghafaz kalamullah, maaf mama seandainya mama bukan mama yang sempurna buat kamu, mama sayang kamu!!!!
terima kasih kerana sudi menemani mama di Kuala Pegang, mengaji untuk mama bila baba di Jitra, menghiburkan mama dengan senyuman manismu, moga Allah sentiasa memberkati hidupmu.

Comments

  1. sumpahan dahsyat seorang mama berjaya sehingga ahmad danial membesar sebagai johan!

    dugaan mulut org mcm tu..nak bgi mama n baba pahala lebihh asbab danial..danial penyumbang pahala utk mama n baba asbab sabar..danial pun dapat ganjaran berganda sebab mama selalu sumpah yg baik2 samapi jadi gagah dan cerdik..

    Wan Ahmad Danial hebat yang diredhoi, disayangi, dikashi dan dicintai Allah dan Rasul! Doakan Muhammad juga!

    ReplyDelete
  2. Syukran ya ummi Muhammad. Mama Danial sebenarnya banyak terpengaruh dengan sebaran ummu Muhammad, sehinggakan baba kata mama suka ikut apa yang attufahumairah buat, nasib baik la tak ikut nak beli medela freestyle.. alah baba, kalau ikut pun apa salahnya ;)

    ReplyDelete
  3. medela fs hhehe ;) boleh share dgn baba..tak penat sgt mengepam..semoga samapai 2 tahun penuh ye danial rijal dakwah hebat!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...