Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Mula mengenal ALLAH

Alhamdulillah, Danial mula mengenal ALLAH, Danial mula belajar solat, bukan suruhan mama atau baba, tapi yang paling menyeronokkan, Danial lakukannya sendiri setelah hampir setahun 4 bulan melihat mama dan baba bersolat. Sebenarnya sudah lama Danial alert tentang solat, bila dengar orang bang je, Danial akan angkat kedua belah tangan letak kat telinga, ada banyak kali gak Danial akan cepat-cepat merangkak (bukan berjalan ye) ke tikar solat rasmi kita dan terus sujud.. Tadi, bila mama dan baba sibuk bersiap nak solat,  mama sedang pakai telekung dan baba seperti biasa akan bentangkan sejadah,  Danial terus amik kopiah baba, letak atas kepala, merangkak ke sejadah dan sujud, dah namanya kopiah baba, tentulah besar, sekali sujud, kopiah tu jatuh, Danial amilk pakai balik, sujud lagi, kopiah jatuh lagi, Danial ulang sampai 2,3 kali, Tahniah anakku, moga kamu terus bersemangat untuk solat..  

Doa untuk adik

DOA BUAT ZURIAT DI ALAM RAHIM "Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam rahim ku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada di rahimku ku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu... "Ya Allah, keluarkanlah dia dari rahim ku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam." Amin.

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi, mengenan