Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

~ terima kasih teman ~

terima kasih sahabatku, kerana kehadiranmu yang tiba-tiba ini banyak menyedarkanku, dari lena yang terlalu panjang, daripada buaian mimpi indah daripada khayalan yang mengasyikkan daripada tipuan palsu dunia. terima kasih sahabatku, yang menyedarkan ku tentang tanggungjawab, aku sebagai isteri, aku sebagai ibu, aku sebagai anak, aku sebagai kakak dan adik, aku sebagai guru, dan aku sebagai sahabat. aku sungguh terlupa, kewajipan ku kepada pencipta, yang menciptakan aku, yang memberikan nyawa kepadaku, yang memberikan hidup kepadaku, yang memberikan suami dan zuriat kepadaku.. terima kasih Allah, kerana mengirimkan dia kepadaku, sebagai pendorongku.. terima kasih sahabat, moga Allah memberkati mu.

~ Danial sudah lima bulan ~

Alhamdulillah syukur pada Allah, hari ini sudah 5 bulan anakku Danial menghirup udara segar di bumi Allah. Rasa mahu menitis saja air mata mama melihat hebatnya kurniaan Allah terhadap diri yang penuh dosa ini. Kini anak mama; ketawa sakan.. suka dilayan-layan dan dimanja-manja pagi tadi dah boleh meniarap, tu pun setelah bekerja keras.. mula cam muka mama, bila dengar suara mama terus senyum.. nampak muka mama tersengih-sengih badan dan sedompol.. tak timbang lama dah, mama rasa-rasa Danial dah 7 kilo apo.. syukur sangat2.. bila balik kampung, ramai yang tak cam Danial.. macam tak percaya depa kata..  paling TERHARU, Danial dah membebaskan mama daripada gelaran pengepam tegar...ALHAMDULILLAH.. besarnya kuasa Allah.