Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

HOMESCHOOL: Masak

Danial anak yang sangat rajin.. Terima kasih kerana sudi  kemaskan peti sejuk potongkan sawi kemaskan periuk belanga mama kutip pinggan mangkuk yang dah basuh dan letak dalam sink (termasuklah handphone mama dan kopiah baba) semua Danial letak dalam sink. Lipatkan kain-kain yang mama dah lipat.. Syukran sayang, i love u so much oK, sekarang saya nak kemaskan ruang tamu.. mama nak tolong tak? Mama, jom kita masak! Danial nak buat sup sayur.. Mesti sodap.. Pandai sungguh, siang sayur pakai pen.. DANIAL MEMANG PANDAI!

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 pagi, Zah