Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

galaxy iman

Di awal Januari, saya ada sedikit masalah dengan telefon saya. Dalam hati sungguh resah memandangkan usianya masih muda lagi. Takkan dah nak rosak kot? Telefon saya suka " off" dan "restart dengan sendiri. Terus tanya encik google. Hasil dapatannya, mungkin masuk virus. Saya muhasabah kembali. Apa tujuan beli telefon ni dulu. Salah satunya ialah supaya senang nak download surah dan senang nak bagi Danial dengar mp3 hafazannya. Allah. Bila semak balik perisian yang ada, tak ada satu pun perisian mp3 Al Quran. Yang ada hanyalah game alif ba ta Danial dan juga game abc.  Sungguh. Rosak galaxy saya kerana tiadanya iman. Tiada perisian Al Quran. Rasa malu sendiri. Telefon yang salah guna pun boleh rosak, inikan pula manusia yang mengingkari arahan Allah, hidup tanpa iman. Lagilah rosak.  Alhamdulillah. Selepas itu, saya mulakan download perisian mp3. Pelbagai qari. Ia akan dipasang mengikut kesesuaian. Ahmad Saud untuk Danial Damia. Misyari Al Farisi untuk mama. M

♥halaqah cinta1♥

PROGRAM BICARA EKSLUSIF TARIKH: 3 MAC 2014 HARI : SELASA TEMPAT : POLIMAS PENCERAMAH : USTAZAH NORHAFIZAH MUSA Amalan yang perlu kita selalu amalkan dalam kehidupan kita  kesan makanan tidak halal ke atas kehidupan kita jika ibadah itu tidak berjaya: mungkin ada sifat riak dan sombong dalam melakukan sesuatu amalan akibat makanan yang haram seorang lelaki yang termakan satu gigitan buah epal yang dijumpai, sanggup berkhidmat bertahun tahun untuk mendapat halal buah epal tersebut dan kemudiannya terpaksa berkahwin dengan anak tuan kebun yang pekak, buta, bisu dan kudung. Rupanya isteri yang dikahwininya bukanlah sedemikian. Buta kerana tidak pernah melihat yang haram. Pekak kerana tidak pernah mendengar yang haram. Bisu kerana tidak pernah mengumpat dan mencela. Kudung kerana tidak pernah pergi ke tempat haram. Hasil perkahwinan itu; maka lahirlah ulama hebat Sheikh Abdul Kadir Jailani  - masya Allah. setiap hari kena fikirkan bagaimana menjadi lebih baik, lebih baik dan