Skip to main content

♥halaqah cinta1♥

PROGRAM BICARA EKSLUSIF
TARIKH: 3 MAC 2014
HARI : SELASA
TEMPAT : POLIMAS
PENCERAMAH : USTAZAH NORHAFIZAH MUSA

  • Amalan yang perlu kita selalu amalkan dalam kehidupan kita 
  • kesan makanan tidak halal ke atas kehidupan kita
  • jika ibadah itu tidak berjaya: mungkin ada sifat riak dan sombong dalam melakukan sesuatu amalan akibat makanan yang haram
  • seorang lelaki yang termakan satu gigitan buah epal yang dijumpai, sanggup berkhidmat bertahun tahun untuk mendapat halal buah epal tersebut dan kemudiannya terpaksa berkahwin dengan anak tuan kebun yang pekak, buta, bisu dan kudung. Rupanya isteri yang dikahwininya bukanlah sedemikian. Buta kerana tidak pernah melihat yang haram. Pekak kerana tidak pernah mendengar yang haram. Bisu kerana tidak pernah mengumpat dan mencela. Kudung kerana tidak pernah pergi ke tempat haram. Hasil perkahwinan itu; maka lahirlah ulama hebat Sheikh Abdul Kadir Jailani  - masya Allah.
  • setiap hari kena fikirkan bagaimana menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik.
  • sebaik baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain. 
  • Ya Allah, aku tidak dilahirkan sia. Aku tidak tidak lahir untuk jadi ibu yang biasa biasa sahaja. Orang yang biasa biasa sahaja. 
  • Tanamkan azam untuk lahirkan anak anak tahfiz. 
  • Cari perkara menuju ke arah kebolehan yang kita ada.
  • nun - menulis itu wajib. 
  • Catat segala yang baik.
  •  Kita boleh tahu siapa seseorang itu dengan melihat hasil tulisannya yang lepas. 
  • Ustazah teringat satu catatannya 16 tahun lepas dalam sebuah al quran lama yang telah lama hilang dan baru dijumpai kembali ;
  • Bagaimana menguruskan masa sebagai isteri, penceramah, ibu kepada 8 orang anak
  1. Tanggungjawab yang kita ada lebih banyak daripada masa
  2.  Bila kita menerima sesuatu tanggungjawab, kita mestilah ada satu rangkaian sosial yang kuat. Rangkaian terkuat kita ialah hubungan dengan Allah. Kita kita jalinkan hubungan baik dengan Allah, Dia akan datangkan ramai orang untuk menolong kita. 
  3. Cari kekuatan dulu dengan berhubungt dengan Allah.
  4.  Jika kita selalu stress; banyak penyakit akan datang.
  5.  Yakinkan suami, fahamkan anak dengan tugas kita.
  6.  Bergantung teguhlah dengan Allah.
  7.  Cukuplah Allah bagiku, sebaik baik pelindung, sebaik baik perancang. Yang mengetahui perjalanan hidupku. 
  8. Jangan mengeluh.
  9.  Kita kena jaga apa yang kita buat. Ia akan beri kesan.
  10. Berlapang dadalah dalam mendidik anak.
  11.  Bimbing dia dengan penuh ikhlas.
  • Allah sentiasa menerima kita selagi kita memohon ampun kepada Nya.
》》》》》 disebabkan inilah kuliah pertama yang dihadiri bersama suami tanpa anak. Fokus. 
》》》 balik rumah terus cerita nak bentuk anak anak jadi al hafiz. 




Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...