Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

ALONG - setahun 3 bulan

Along Danial, gelaran yang diberikan oleh ummu Muhammad, kini sudah sangatlah besar. Maafkan maaf kerana kurang kesempatan untuk update progress Along dengan adik kerana banyak urusan yang menyibukkan mama. Along makin pandai, Along makin soleh. Disember 2011 - Genaplah setahun umur Along, mama sangatlah seronok melihat Along membesar dengan baik. Namun, Along selalu demam-demam seperti kanak-kanak lain. Bila mama tanya pandai doktor, itu adalah biasa. Begitu juga kata nenek kerana Pak Long dulu juga suka demam semasa kecil. Januari 2012 - Along setahun sebulan. Masih belum boleh berjalan. Mama dan baba sentiasa positif, Along masih ada 5 bulan sebelum adik dilahirkan. Along masih ada masa. Along seperti biasa, menjadi rutin bulanan, demam untuk bermanja dengan mama dan baba. Along juga ditahan wad di Hospital Baling. Kenangan paling tidak dapat dilupakan sepanjang berada di Baling. Februari 2012 - Setahun 2 bulan. Danial ikut mama berpindah ke Jitra. Bukan main sedih la

Februari Yang Menggembirakan

3 Februari - Mama sekali lagi menelefon PPD untuk mendapatkan kepastian tentang status pertukaran mama, masihkah ada harapan buat kita sekeluarga? Namun, jawapan yang agak mengecewakan, mama sedikit bersedih dan mama tekad untuk tidak memikirkan lagi lagi tentang isu pertukaran ini. Banyak menyakitkan dan menyesakkan jiwa. Menggangu tumpuan mama pada baba dan Danial. Meltihkan.  8 Februari - Mama bertambah sedih dengan sikap rakan sejawatan, namun bila diceritakan pada baba, bersyukurlah kerana mereka ingin menambah pahala kesabaran kita sekeluarga. Baba membuatkan mama tersenyum. Alhamdulillah.. 15 Februari menjadi sejarah apabila mama dipanggil oleh Penolong Kanan,  Mengumumkan.. " Tahniah, awak dapat bertukar ke SK Kampong Kota Bukit, Sik." Hanya air mata kegembiraan dapat menggambarkan segalanya. 16 Februari - Baba dapat naik pangkat. Alhamdulillah syukur pada Allah, Allah tangguhkan permintaan mama dan baba sebelum ini untuk memberikan kegembiraan bergand

JANUARI 2012

Alhamdulillah, kita telah menjengah ke tahun 2012 selama hampir cukup 3 bulan. Mama pula baru berkesempatan untuk membuka tirai rumah mama yang dah bersawang sangat ni. Masih belum terlambat rasanya untuk mama mengucapkan selamat tahun baru, moga tahun Allah berikan rezeki yang terbaik buat kita. Bukan sahaja rezeki wang ringgit, mama sangat harapkan rezeki sihat, rezeki anak dan rezeki kasih sayang di antara kita.  JANUARI - Masih terus mengharap Januari tahun 2012 dimulakan dengan harapan dapat bertukar sekolah masih menggunung dalam diri mama. Walaupun ramai yang mengatakan sudah tidak ada harapan kerana sesi persekolahan bakal bermula, memo rayuan sudah diedarkan, tidak ada lagi rayuan. Tapi mama, ada lagi. rayuan, rintihan pada ALLAH. Itulah satu-satu jalan yang mama ada. 3 Januari - Allah bukakan jalan Pada 3 Januari 2012, sekolah bermula seperti biasa. Semua sibuk. Semuanya kalut. Maklumlah dah hampir dua bulan bercuti. Danial mama hantar ke rumah pengasuh seperti b