Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

~ kasihan anakku ~

Kasihan anak mama, semalam minum susu mama yang TERPAKSA di campurkan dengan air masak. Semuanya silap mama, terlupa bawa balik susu tepung . Tapi tu bukan keinginan mama ye sayang. Kat rumah baru ni, peti tak ada. Jadi, mama tak boleh nak buat stok. Setiap pumping mesti dihabiskan time tu gak. Dan selalunya susu dah habis, tak sempat nak simpan pun.  PETI AIS Mama dengan baba sedang berusaha nak cari peti sejuk around RM 200. Peti khas untuk susu Danial. Masih belum jumpa yang berkenan. 

~ bOTol Susu UnTuk DaNial ~

Petang semalam, mama jenjalan kat Billion. Saja mengisi masa lapang. Danial dengan Baba tak ada, jadi kesunyian dan keboringanlah mama. Mama nak cari botol susu yang sedikit murah, BPA free  dan tak de n0. 7 /tulis PC kat bawah. Yang boleh beli ialah botol susu yang ditulis PP. Itulah yang mama baca kat http://nuwairah.ilmuone.com. Bukan apa cari yang murah, sebab mama nak beli banyak, dalam 20, nak isi stok susu untuk Ahmad Danial. Sekarang banyak isi dalam bekas dadih. Bekas dadih ada tanda PP, tapi selalu je tumpah bila letak dalam ice box, pastu susu tu selalu masuk air.  Semalam, survey, ada banyak botol susu yang sesuai untuk Danial. Mama memang nak beli, tapi nak tunggu g ngan Danial. Biar Danial pilih sendiri. Dua botol susu yang 2.5 oz dapat dalam RM 5.80, jadi kalau 20 dapat dalam RM 58.00 . Okey sangat tu. Mama bukan pe, semangat no nak pumping sebab Danial dah nak tinggal dengan mama di Kuala Pegang, jadi banyaklah masa kita bersama. Lagilah bersemangat mama nak kumpul st

" Hidup Baru "

Minggu kedua persekolah mama, mama terpaksa berpisah dengan buah hati mama 2 orang ini. Mama terpaksa la sayang, bukan mudah untuk mama tinggalkan Danial di JItra., sedangkan mama di Kuala Pegang. Bila nak tinggal di Kuala Pegang, banyak benda mama ke fikirkan. Susu Danial – macam mana nak simpan susu? Peti tak de.. nak beli ice box atau pun peti kecik,.. Rumah sewa – kalau boleh nak cari dekat dengan sekolah, tapi punyalah tak de rumah sewa kawasan ni, kalau ada pun rumah kampung, tak beranilah plak nak tinggal berdua dengan buah hati mama. Baby sitter – kenalah cari yang terbaik, yang penting tahu dan sanggup nak handle ebm, dan kenalah bersih orangnya. Makan minum kita berdua – nak beli dapur atau nak makan kat kedai aje.. kalau ade peti ais boleh la mama masak. Bawak bekal ke sekolah macam dulu-dulu. Danial ingat tak? BERJAUHAN DENGAN MR. MAMA – ni lah part paling sedih. Kita kena berpisah dengan Mr. Mama. (^_>) kesian plak kat baba kena tinggal sorang kat Jitra. Kita pla

^ Heppi anniversary ^

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KEDUA Selamat ye buat hubby keran berjaya mengemudi bahtera rumah tangga dengan jayanya selama dua tahun ni.   Babah.. Mama m0hon maaf atas segala salah dan silap,  atas segala kenakalan yang sengaja atau tidak sengaja,  atas sedikit sikap degil yang sikit mahupun banyak, Moga Baba terus sabar dan teguh dalam usaha mendidik mama, Moga kita dapat bersama di syurga kelak..  Love u so much..

^ ANMUM untuk Danial ^

Sudah lama Danial tak minum susu tepung. Mama hanya bagi susu badan sepenuhnya untuk anak kesayangan mama ni. Semalam kita balik kampung. Mama tak sempat nak kemas baju hari Khamis sebab kepenatan yang amat sangat. Malam tu, kita berdua tidur awal. Esoknya mulalah kalut nak kemaskan barangan. Bila dah kalut, banyaklah yang tertinggal. Antaranya ialah benda paling penting iaitu corong pam susu Danial. Dua-dua plak tu tertinggal. Frust sungguh. Nak bercuti pun tak seronok sebab tak boleh nak pumping. Nasib baik la mama ada gak bawak balik pam medela. Bergunalah jugak pam tu. Mama sempat pam dalam kereta. Tapi bila malam menjelma, risau Danial menangis sebab dapat pam susu sikit je, Baba belikan ANMUM... Malam tu, mama bancuh sikit untuk Danial. Awak tak nak minum susu tu. May be rasanya lain sikit kot. Mama usaha gak perah untuk Danial. Perah pakai tangan je. Alhamdulillah, dapat la 5 oz gak. Cukuplah untuk malam tu. Kesian plak mama tengok Danial kelaparan. Muncung-muncung mulut Dan

^ seminggu yang memenatkan ^

seminggu yang memenatkan buat mama telah pun berlalu. Alhamdulillah. Suka sangat-sangat sebab lepas ni cuti sekolah bermula. Kita akan balik ke kampung. Kelas tambahan? mulanya memang mama kena buat kelas tambahan, taoi ada plak cikgu yang sanggup gantikan. Tq cikgu itu. Sekurang-kurangnya dapatla mama bercuti dengan tenang (bukan tegang) walaupun banyak kertas exam yang belum bertanda. Mama yang kalut.... baba kata mama ni kalut la. Betul la tu kot. Hari pertama semua steady jer. Hari kedua dan ketiga pun sempat lagi nak pam susu Danial di pra sekolah. Masuk hari ketiga, mama dapat jadual kelas tambahan, emosi banyak terganggu. Kena ajar kelas tambahan hari Khamis. Sangat tidak suka. Hari Khamis mama nak balik Jitra, jumpa Danial dengan baba.Boleh plak mereka itu bagi mama kelas hari Khamis. Sedikit sedih dan kuciwa. Tapi dunia belum kiamat. Mama masih ada peluang.

~ hari pertama di sekolah ~

Hari ini hari pertama mama ke sekolah selepas bersalin. Macam-macam mood ada. Seronok, terharu, letih dan sedih pon ada. SERONOK apa yang suka sangat ye? mama dapat mengajar 3 Berlian.. huh. legalah dapat kelas pertama. Tak de lah adegan kejar mengejar pas ni. Tak pon sesi rotan-merotan orang.. tapi kelas pertama pun ada gak ragamnya tersendiri. Mama tak leh la nak duduk-duduk selalu sebab mereka suka tanya. Tanya sampai tak leh nak jawab. Seronok gak sebab ramai anak murid yang masih ingat mama walaupun cikgu ini sangat garang. Moga tahun ni tahun yang menyeronokkan buat mama kat skolah.. LETIH DAN SEDIH Mama bangun kul 4 suku, untuk pumping, pastu boleh plak sambung tidur jap, ngantuk nya.. Pukul 5.15 mandi dan siap-siap.. Bertolak pukul 5.45, berhenti solat di Gurun pukul 6.20, dan sampai sekolah 7.20 pagi.. Hari ni kelas agak penuh, tapi tak mengajar sebab budak2 tengah exam. banyak bersembang, tanya itu ini. Maklumlah, dah 2 bulan tak datang sekolah. Pukul 10.15 pagi, mama pumpi

~ susu oh susu ~

IRDINA Hari ni, ada famili day untuk opis baba. Mama pun menjenguk samalah kat padang poli itu. Mama jumpa dengan  Cik Miza, mama kepada Irdina. Umur Irdina lebih kurang Danial. Beza tak sampai seminggu. Tapi badan Irdina tembam dan berisi. Dah pandai senyum2 pun. Mama tanya kata Cik Miza, minum susu ape? Dia cakap susu ibu campur dengan Anmum. Mulanya bagi susu ibu, pastu campur dgn susu formula sbb nak tambah berat. Mama terfikir jap, perlu ke mama buat camtu supaya Danial jadi cam Irdina? Memang sepetang gak mama berfikir. Pastu mama tanya baba. Baba kata tak perlu. Kan susu ibu adalah yang terbaik. Anak punya antibodi yang sangat kuat untuk melawan penyakit dan Baba kata baba lagi sokong susu ibu. Jadi mama terdiam kejap. Betul tu, mama tak ada pilihan lain untuk Danial, hanya SUSU IBU saja. No more SUSU FORMULA. (^_^)

~ mengatur jadual harian ~

Minggu ni banyak benda yang seorang mama perlu lakukan. Sayalah mama itu. Moga minggu ni menjadi permulaan yang baik kepada saya. Mama perlu mengatur jadual hidup yang jauh berbeza daripada 4 bulan lepas. Dulu, bangun pagi siapkan diri sendiri saja. Maklumlah, duduk rumah sewa dengan orang bujang plak tu. Tetiba rasa macam bujang, walaupun perut tengah sarat ketika tu. Sekolah plak dekat saja. SEKARANG Mama perlu bangun 4.45 a.m untuk pumping. Kemudian, breakfast. Mama plak jenis yang tak leh skif bfast, jadi kenalah isi perut dulu sebelum turun rumah. 5.45 bertolak ke Baling, tapi skang kena singgah solat di mana-mana sebab azan subuh masuk lambat, kalau solat di rumah alamatnya pukul 8.00 baru sampai sekolah. 1.16 bertolak balik, tu pun kalau tak meeting atau pun kelas tambahan. Harap2 dapatlah ngelak. Minta dijauhkan. Mama mesti sampai dirumah paling lewat pon pukul 3.30 p.m. Sampai rumah, nak rehat2 jap, kemudian setelkan keje rumah mana yg patut..

~ sakit belakang ~

dua tiga hari ni, asyik sakit belakang je lenguh pun ada.. bila badan tak berapa nak sihat,hasil tenusu pun sedikit berkurang waaaaa ...sedihnya tambahan pula, danial kesayangan makin kuat minum susu.. setiap hari kena hantar 7 x 2.5 oz kat nurseri.. minum sikit tapi kerap malam plak dah kurang minum susu, bangun pun sekali je.. biasanya dia yang kejutkan mama untuk bangun pumping.. thanks dear hari ni, sakit belakang dah kurang sket.. hubby kata nak ajak pi klinik.. mama rasa tak perlu.. mama kena kuat.. mungkin mama perlukan sedikit vitamin.. tengah survey lagi skang ni.. set shaklee agak menarik perhatian..cuma skang tengah nak habiskan vitamin yang sedia ada.. tak mo membazir plak.. vitamin tu pun dah ok.. cuma tak lengkap.. saya perlukan vitamin yang boleh : jadi booster untk tambah susu atasi sakit belakang.. nak kena drive 3 jam sehari nih.. bagi sedikit tenaga tambahan.. nak kena drive tengah hari yg sangat panas dan mengantuk.. ahad ni dah mula keje, harap2 sakit belakang

~ hasil tenusu ~

alhamdulillah. . hasil tenusu saya setiap hari tak la semeriah mama dan ibu yang lain.. tambahan pula, danial langsung xmo direct feeding    (semalam dia tiba2 je hisap dgn bersungguh-sungguh, direct feeding.. yeayy sonoknya walaupun sekali saje, pas tu tak mau da)  tapi cukup untuk keperluan danial.. semalam, bekalkan 6 botol, bs kata cukup, lebih plak satu.. tu pun sbb danial dah minum kat umah 2 botol.. ari ni, saya anta pagi2 seket, dan bekalkan dengan 6 botol gak. nak tengok gane hasilnya.. 3/3/2011 - 6.00 a.m (7oz), 11.a.m (8oz)

~ muwasafat tarbiyyah ~

10 muwasafat tarbiyyah dalam mendidik anak mama menjadi mukmin yang terbaik dunia dan akhirat, mama sedang berusaha mempersiapkan diri dengan menggali imu keibubapaan tak kira kat mana pon.. semalam download tentang muwasafat tarbiyah.. audio slot keluarga sakinah dan beberapa tips daripada internet.. yang menarik nak kongsi ialah, jika setiap mukmin didik dengan berpandukan muwasafat tarbiyah, insya Allah akan terhasillah muslim yang sentiasa memperbaiki dirinya agar sentiasa mendahului manusia lain.. risalah islam yang lengkap ni, mama mestilah fahami dan praktikkan ke dalam diri untuk membentuk diri yang lebih baik. 

~ Danial di Qaseh Suci ~

hari ni, danial sudah mama hantar ke nurseri.. pagi-pagi lagi mama dan baba dah siapkan danial semua keperluan mama dah kemaskan semalam, kemas awal2 takut ada yang tertinggal maklumlah, anak sulung.. semua ni perkara baru bagi kami.. mama hantar danial dengan pakai cd untuk nurseri, mama bekalkan drypers.. tak nak la plak susahkan pengasuh.. susu plak mama bekalkan 5 botol x 3 oz.. nampaknya tak cukup,  pukul 3 baby sitter dah sms baba bagitau susu dah abis mama tau, danial banyak lelehkan susu tu, kalau ikut jumlah yg diminum dah cukup pun..  jadi esok kena tambah lagi satu.. bila danial ke nurseri ada org teringat sangat kat danial sape tu? mama la.. rindu suara danial kacau mama masak.. panggil mama bila mama nak wat keje.. merengek-rengek suh mama dukung danial.. mama amik danial kol 3 petang danial tak tido pon masa tu dalam kete, mama sempat sembang ngan danial tanya2 danial sonok tak g skolah? ramai tak kawan danial? danial kawan ngan damia tak? danial pandang mama macam pa