Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

PILIH

Moga kita tergolong orang yang bijak memilih kerana setiap hari kita perlu memilih untuk bangun awal bertahajjud atau meneruskan lena yang sangat indah dan mengasikkan memakai pakaian syurga atau pakaian neraka bekerja bersungguh-sungguh atau bermalas-malasan memasak dirumah dengan penuh kasih sayang atau makan dikedai,  memilih kedai makan yang tukang masaknya menutup aurat atau kedai yang sedap... memilih untuk solat dulu atau makan dulu.. Itulah kehidupan, setiap hari penuh dengan pilihan. MOGA KITA BIJAK MEMILIH DENGAN HATI SUPAYA HASILNYA TERBAIK!

hobi baru

Hobi baru suamiku. Marilah sama-sama kita cuci mata tengok gambar permandangan indah hasil sentuhan suami tercinta YUSOFF YAACOB

PINDAH MASUK JANNAH AT TAQWA

Alhamdulillah, minggu ini genaplah 2 bulan kita tinggal di JAT.. JAT nama rumah kita hasil idea bernas seorang sahabat, syukran sahabat. Walaupun dah dua bulan masuk rumah, belum sempat lagi saya nak update di blog. Kini, ruang untuk menghirup udara nyaman makin ada.. Bila semua barang dah di masukkan ke tempat sepatutnya. Moga rumah pinjaman Allah ini adalah sebuah syurga dunia buat semua.. Tetamu yang datang membawa seribu keberkatan.. Kepada teman-teman, jemputlah datang ke teratak kami sekeluarga.. MOGA ALLAH MEMBERKATI SEGALANYA

Tambah susu

Salam wbt.. Sehingga kini, alhamdulillah Zahra solehah saya masih lagi menyusu badan dan belum minum sebarang susu formula. Zahra juga diberi makan bubur dengan makanan harian yang sama dengan mama, baba dan abang Danial. Adik menunjukkan penerimaan yang baik, cuma kadang kala ada juga yang sembelit. Hari ini nak berkongsi tips untuk menambahkan susu badan yang saya amalkan, dan alhamdulillah berkesan juga la.. : Makan biskut/nasi.. Bila susu xda, kena makan nasi banyak-banyak walaupun tak lalu.. Pizza. saya lebih suka domino. Nak buat sendiri tak reti.. Pernah buat tapi keras sikit. Mungkin tersalah adunan. Cheese tart.  Cheezy wedged, boleh buat sendiri kat umah. Minum madu plus susu. Madu yang saya makan mengandungi habbatus sawda.. jadi memang bagus sangat. susu melimpah.. kenalah merajinkan diri dengan ikhlas untuk makan supaya anak dapat minum susu yang terbaik.. I LOVE BF.