Skip to main content

Posts

Showing posts with the label coretan Mama

1 Ramadhan

Alhamdulillah, 1 Ramadhan telah berjaya kita harungi bersama-sama. Berjayakah kita di hari yang pertama? Mama sebenarnya telah ditakdirkan Allah tidak berpuasa, kata babah, cuti umum, jadi kehangatan malam pertama Ramadhan kurang dirasai oleh mama. Akibatnya, Danial juga turut sama tidak berterawih pada malam tersebut. Malam 1 Ramadhan kita raikan di rumah Tok Ma di Selising. Petang sebelum 1 Ramadhan, Danial aiarak ke sana ke mari oleh kakak-kakak dan abang sepupu yang sungguh berminat dengan Danial. Ini kerana, kakak Nadirah, Najwa dan Nabila belum ditakdirlah Allah punya adik lelaki, lalu bila bertemu dengan Danial, mereka akan berebut-rebut hendak mendukung Danial. Bagi keluarga Mama Da, mereka semestinya telah lama menunggun kehadiran si kecil, namun, belum ada rezeki. Dan Insya Allah, bulan Oktober ini, Mama Da dan suaminya akan ke tanah suci.  Malam 1 Ramadhan yang meriah! Malam 1 Ramadhan di kampung kelahiran babah ini sangat meriah, kebektulan malam tersebut ayah Chik tur...

~ PUASA ~

Insya Allah, tinggal dua hari sahaja lagi kita akan berpuasa. Puasa pertama kita bertiga. MOga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita. Mama dan baba telah membuat persiapan untuk Hari Raya lebih awal, persiapan yang sangat sederhana buat kita sekeluarga supaya tidak mengganggu ibadah di bulan Ramadhan kelak. Sungguh rugi bagi orang yang membiarkan Ramadhannya berlalu begitu sahaja. Pelbagai perancangan dibuat untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Mama sudah ditakdirkan Allah tidak berpeluang untuk berpuasa pada awal ramadhan, tapi itu bukannya alasan untuk meninggalkan ibadah-ibadah yang masih boleh dilakukan dalam keadaan uzur. Mama sempat menjenguk ke beberapa tertatak ummi yang sungguh tidak sabar menyambut Ramadhan, dan mama banyak mengambil maklumat yang berguna untuk dikongsikan. Ramadhan bukan bulan untuk BERPESTA MAKAN Pada bulan Ramadhan, kalau nak makan apa, cakap saja, pasti ada yang menjualnya, lalu jika kita turutkan nafsu, jari yang sepuluh pas...

~ kursus di Kolej Komuniti Baling ~

Allah sememangnya menentukan yang terbaik untuk hamba- Nya. Alhamdulillah, rezeki keluarga kita tinggal di Baling tidak putus-putus. Minggu ini mama berkesempatan belajar menjahit di KOLEJ KOMUNITI BALING. Ilmunya adalah tentang jahitan tudung likra. Esok pula, mama akan mengikuti kursus MEMBUAT BISKUT. Yang seronoknya, bayar Rm 20.00 dapat bawa balik hasil yang dibuat pulang ke rumah. Banyak pula tu. Sehari 3 jenis biskut, 3 hari dapatlah 9 jenis. Rancangnya, semua persiapan yang sangat sederhana perlu diselesaikan sebelum Ramadhan bermula agar tidak mengganggu kehangatan beribadah nanti. 

~ Israk Mikraj dan Wanita ~

Alhamdulillah, hari ini mama bercuti sempena sukan tahunan SKKP. Semalam, cuti sempena peristiwa Israk dan Mikraj. Danial tahu apakah itu Israk dan Mikraj? mari kita soroti bersama. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab.  Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj, dada Rasulullah S. A. W. telah dibelah oleh oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. : Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya.  Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman  ke dalam dada Rasulullah S. A. W.  Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.  Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. Semasa berlaku peristiwa Israk iaitu perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa,  Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-t...

~ sukan tahunan 2011 ~

Alhamdulillah, petang tadi mama dan Danial telah selamat tiba di Polimas pada jam 4.30 petang. Perjalanan hari ini sedikit memenatkan kerana hari ini ialah hari sukan SKKP. Walaupun penat, tapi kami guru-guru Skkp sangat seronok. Tambahan pula RUMAH TEMENGGUNG di bawah pimpinan USTAZAH SITI HAJAR menjulang juara bagi tahun 2011. Semangat yang ada dikalangan guru-guru sangat mengagumkan mama. Banyak yang mama belajar daripada SUKAN TAHUNAN SKKP 2011.  Murid-murid sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar dalam banyak bidang. Gurulah yang bertanggungjawab untuk mendidik murid supaya berjaya dalam bidang yang sepatutnya.  Mama dapat mengenali ramai guru yang kebanyakannya bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan, sanggup memberi sumbangan masa dan tenaga untuk menjayakan rumah sukan masing-masing. Sukan sekolah banyak memberi ruang kepada murid-murid yang berada dikelas yang agak kebelakang untuk menyertai acara seperti perbarisan rumah sukan ataupun larian. Mereka mun...

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...