Skip to main content

~ cameronian ~

alhamdulillah
minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan. 

Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan. 

Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah.. 

Baba, mama dan Danial tiba di CH lebih kurang pukul 11.00 pagi. Disebabkan belum bersarapan, kita terus singgah di Kea Farm dengan harapan dapat bersarapan dengan jagung manis yang direbus begitu sahaja. Alhamdulillah, pagi itu kami bersarapan dengan ubi keledek rebus, jagung manis, strawberi coklat dan juga cendawan goreng. Walau simple, tapi kami kekenyangan. Baba turut belikan Danial baju sejuk, bimbang anakanda kesejukan, ditambah pula selsema Danial yang masih belum hilang. Mama anggap baju sejuk tu dah murah, RM 20.00, rupa-rupanya ada yang lagi murah dan cantik. Memang rezeki mak cik tu lah.. Masa mama dan baba sibuk nak pilih baju, kamu? ketiduran lah sayang.. penat ye..

CH masih sejuk, cuma kesejukannya tak sama seperti mama datang 10 tahun dahulu, sudah terlalu banyak pembangunan oleh tangan-tangan manusia.

Lepas selesai membeli sedikit bekalan makanan, kita terus ke hotel. Mama dan baba telah banyak berbincang. Di CH ni banyak hotel kepunyaan Cina dan India, tapi kami lebih suka untuk memilih hotel milik orang Melayu, walaupun hotel tersebut biasa-biasa sahaja, bayarannya pun biasa2 aje lah. dapatlah jimatkan bajet. Apa yang penting, kita seronok bercuti, menikmati keindahan ciptaan Allah.


Destinasi kami seterusnya ialah Ladang Teh Boh Sungei Palas..
http://jalan2cuti2.wordpress.com

Satu lagi tempat yang menarik untuk dikunjungi ialah ladang teh Boh di Sungai Palas(Boh Centre) , iaitu di Brinchang, selepas pekan Brinchang, melepasi Equatorial Hotel, hala ke Simpang Pulai. Kawasan ini merupakan ladang Boh yang terbesar jika dibandingkan dengan di Habu, Ringlet.
Terdapat 3 kemudahan atau tarikan ke Boh di sini iaitu:-a. lawatan ke kilang – bayaran percuma
b. bilik tayangan audio video – bayaran percuma juga, maklumat tentang sejarah dan aktiviti Boh
c. Cafe untuk menikmati pelbagai teh keluaran Boh, strawberry tart dan scone – tapi yang ni dikenakan bayaran lah ye!
di cafe.. Danial ketiduran..
kilang memproses teh.. masih menggunakan mesin-mesin pada zaman dahulu.. bau teh semerbak kerana masing manggunakan kaedah tradisional.



Comments

  1. seronok kan pergi Cameron? Tak puas rasanya melancong ke sana...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, seronok sebab bukan tempat shopping, lebih kepada tempat untuk bercuti..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah berkesempatan nak pegi lagi :D

    ReplyDelete
  4. zyfa hotel kat cameron berape semalam?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...