Skip to main content

~ Jalan-jalan cuti sek0lah ~

Seminggu balik ke Pantai Timur, banyak benda yang nak dikongsikan. Walaupun cuti sekolah bermula pada hari Jumaat, tapi hari Jumaat mama adalah kelas tambahan untuk anak-anak Kuala Pegang, sabtu pula baba ada kelas OUM. jadi, hari Ahad barulah kita balik kampung. 


Ahad, 29 Mei 2011
Hari ini adalah hari walimah sahabat baik di Jeniang. Mama dan baba wajib pergi. Memandangkan kami akan terus balik ke kampung, kami bertolak lebih awal. Lebih kurang pukul 9.00 pagi. Sebenarnya, adik baba telah ditimpa musibah kemalangan jalan raya. Allah nak uji dia, dia telah patah paha kiri dan retak tulang tangan kanan, juga terdapat sedikit luka-luka di badan. Jadi, kami sebolehnya ingin sampai awal di Kelantan untuk melawat dia. Masa kami tiba di Gajah Putih, Diba dan Fakhrul baru sahaja selesai akad nikah. Tahniah buat kamu berdua. Moga kehidupanmu bahagia sampai ke syurga Allah. Disebabkan nak balik awal, mama tak sempat la nak jumpa kawan-kawan lama yang turut datang,InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lain kali. 

Bertolak dari Jeniang pada pukul 11.00 pagi, singgah sebentar di Hentian Perah, pekena nasi dengan ulam, budu, perjalanan diteruskan ke Kelantan. Kami tiba di HUSM pada pukul 5.30 petang. Alhamdulillah. Malam tu, baba mengambil tugas menjaga adiknya memandangkan Tok Ma sudah keletihan. Tahniah baba, awak seorang abang yang terbaik.


Isnin, 30 Mei 2011
Alhamdulillah, hari Isnin adik sudah boleh keluar wad. Moga cepat baik ye. Dan hari ni jugalah atuk dan nenek datang melawat Ayah Cha di Selinsing sambil-sambil tengok cucunya ini. Tapi, pelik sungguh perangai Ahmad hari tu, bila atuk nak dukung je, Ahmad akan tenung muka atuk dan akhirnya "jerik sellok". Puas baba dan mak su pujuk. Kesian atuk, tak dapat nak main dengan cucunya.

Selasa, 31 Mei 2011
Hari ni baba bawa mama dengan Danial balik Besut. Apa lagi, Danial terus diterkam oleh mak cik dan pak cik yang ada. Maklumlah, Danial lah satu-satunya baby yang ada. Malam tu, Danial siap mengigau lagi. Ni kes tidur tak baca doa la ni. 

Khamis, 2 Jun 2011
Hari ini kita ke KUALA TERENGGANU menjenguk nyang Ahmad. Cicit sulung nyang. Sungguh lucu. Nyang asyik nak dukung Danial, Danial pula seakan faham, merengek minta di dukung, tapi tangan nyang dah tak sekuat dulu, nak dukung DAnial macam dukung mama dulu dah tak boleh. 

Kita juga melawat Acik Yang dan baby barunya "Aisya Nur Humaira". Baby yang berusia 8 hari. Sungguh comel Aisya, MasyaAllah. 

Isnin, 6 Jun 2011
Hari ni majlis perkahwinan kawan mama. Keduanya kawan mama masa di maktab Kuala Terengganu. Nama acik ni Mama Ina. Lama sungguh tak jumpa Mama Ina, last jumpa masa mama nak kawin dulu. Azrina kawan yang sangat baik, orang Johor. Semoga kalian bahagia sampai ke syurga.

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...