Skip to main content

~ Israk Mikraj dan Wanita ~

Alhamdulillah, hari ini mama bercuti sempena sukan tahunan SKKP. Semalam, cuti sempena peristiwa Israk dan Mikraj. Danial tahu apakah itu Israk dan Mikraj? mari kita soroti bersama. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. 

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj, dada Rasulullah S. A. W. telah dibelah oleh oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. :

  • Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. 
  • Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S. A. W. 
  • Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. 
  • Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
Semasa berlaku peristiwa Israk iaitu perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);                                                                        Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
  • Satu kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : "Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
  • Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
  • Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.                                                                                              
perkongsian daripada : http://jalanakhirat.wordpress.com

Peristiwa Israk dan Mikraj juga telah menjadi tajuk perbincangan bagi rancangan Tanyalah Ustaz pada hari ini. Sempat juga babah, mama dan Danial menjadikan halwa telinga pagi yang indah ini:

Rancangan : Tanyalah Ustaz, TV9
Waktu : 7.00 - 8.00 pagi
Tajuk : Israk Mikraj dan Wanita
Penceramah : Ustaz Harun Din Al Hafiz
  • Topik pagi ini mengaitkan Israk dan Mikraj dengan kaum wanita.
  • Nabi sendiri menyaksikan bahawa wanita lebih banyak yang disiksa atas pelbagai dosa ketika peristiwa Israk dan Mikraj.
  • Untuk masuk ke syurga, wanita hanya perlu melakukan 2 perkara sahaja iaitu, taat perintah Allah dan taat kepada suami.
  • Wanita tidak mengingkari kebaikan suami. Wanita yang berbuat demikian, dijanjikan neraka jahanam.
  • Mencuci pakaian, memasak dan melakukan kerja rumah memang bukan tanggungjawab wanita, semuanya dibuat atas perasaan kasih kepada suami.
  • Wanita tidak boleh meninggikan suara, apatah lagi mengherdik suami.
  • Wanita tidak boleh memanggil suami dengan panggilan nama.
http://sayefath.blogspot.com

Inilah 10 jenis siksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW saat peristiwa Isra’ dan Mi’raj, inilah peristiwa yang membuat Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan Isra’ Mi’raj itu, antaranya Rasulullah SAW diperlihatkan :

1.  Perempuan yang digantung dengan rambutnya, sementara itu otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mau melindungi rambutnya agar tidak dilihat lelaki lain.

 2.  Perempuan yang digantung dengan lidahnya

3.  Tangannya dikeluarkan dari punggungnya

4.  Minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuanyang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

5.  Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

6.  Perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kalajengking. Mereka adalah perempuan yang mampu sholat dan berpuasa tetapi tidak mau mengerjakannya, tidak berwudhu dan tidak mau mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi yaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

7.  Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sementara di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

8.  Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting neraka. Mereka adalah perempuan yang suka mencari perhatian orang lain agar melihat perhiasan dirinya.

9.  Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keledai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

10.  Bentuk rupanya seperti anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


" Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkan segal dosa-dosaku, dosa suamiku, dosa ibu dan ayahku. Berikan mereka sebanyak-banyak pahala atas susah payah mereka untukku. Tempatkanlah kami ke dalam syurgamu. Jauhkanlah kami daripada api neraka Mu. Sesungguhnya kamilah hamba yang lemah dan hina."

Comments

Popular posts from this blog

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

~ Cuti-cuti Indah ~

Percutian kali ini sungguh indah, seronok dan relax buat mama. SEronoknya dapat bermain-main dengan Danial, melayan benda-benda baru yang Danial baru belajar dan sangat teruja tunjukkan pada mama. Banyak sangat perkembangan Danial yang mama dapat lihat sepanjang cuti sekolah ni.. Seronok, rupa-rupanya anak mama sangat pandai. Doa mama buat Danial. Perkembangan setahun Mama masih belum puas bercerita tentang kamu sayang. Rasanya terlalu banyak nak coretkan. Danial menunjukkan perkembangan psikomotor yang sangat memberangsangkan. Walaupun masih belum boleh berjalan, Danial merangkak tersangatlah laju. Danial juga kuat memanjat. Pantang nampak tangga dan grill  mesti nak panjat. Ada yang geleng  kepala melihat aksi Danial. Alhamdulillh Bila Danial berdiri, sudah jarang sekali jatuh-jatuh. Moga Danial cepat-cepat boleh berjalan kerana perut mama pun semakin besar, Danial pun sudah 10 kg,... mengah juga mama dan mendukung kamu sayang.  Mana tak 10kgnya, Danial kuat ...