Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Kawad Kaki

Danial kini sangat aktif bertatih untuk berjalan, baba pula suka melayan. Melayan anak terunanya menguatkan otot-otot kaki untuk menjadi seorang muslim yang hebat. Danial berjalan seolah-olah berkawad kaki, seronok mama dan baba melayan. Memang Danial kena banyak berlatih untuk berjalan kaki kerana Rasulullah suka berjalan kaki untuk menjaga kesihatan diri. Hebatkan cara Rasulullah menjaga kesihatan diri! Tidak perlu Takasima ataupun Ogawa, semuanya senang dan mudah untuk diamalkan oleh ummatnya. lokasi ; MASJID ZAHIR, ALOR STAR, KEDAH Baba dan mama suka bawa Danial ke masjid ini, masjid yang lapang  dan "hidup". Banyak kuliah agama yang dijalankan di sini. Insya Allah, jika ada kesempatan kita akan pergi lagi. Baba melayan Danial hingga kepenatan. Selepas aktif bergerak ke sana sini, Danial poo dan pee di sini. Mama dan baba bersihkan Danial di belakang masjid. Akhirnya Danial tertidur kepenatan. 

~ Aktiviti lasak ~

Danial kini sangat lasak, suka memanjat-manjat di sana sini. Moga menjadi insan yang sihat. Mama sayang Danial.

~ meneladani yang diteladani ~

Menyorot kepada beberapa keluhan mama sebelum ini tentang kita, mama telah banyak TERKENA!. Mama yang sangat lemah ini banyak mengeluh. Sedangkan ujian baru secubit cuma. Tolonglah, kesusahan orang lain lebih daripada kita, jika mama mempunyai kesulitan, orang lain lebih lagi. Itulah yang sepatutnya ditanam di dalam minda kita sayang supaya kita sentiasa menjadi insan yang kuat dan tabah. Setabah, Siti Fatimah, puteri Rasulullah.  Lahirnya Si Puteri Bongsu              Saat Ummul Qura (Makkah) menyaksikan orang-orang Quraisy membaiki Kaabah, lahirlah puteri bongsu Rasulullah SAW. 5 tahun sebelum kenabian. Beliau sangat mirip dengan ayahandanya yang mulia. Disusui sendiri oleh bondanya. Tatkala masyarakat jahiliyah malu besar setiap kali menerima berita lahirnya anak perempuan, namun Rasulullah SAW sangat gembira dengan kelahiran puterinya. Mencintai dan menyayanginya dengan penuh tulus.              Didikan di Rumah Kenabian              Sekolahnya di rumah kenabian. Ber

Elken Sprulina

Kebelakangan ini, mama rasa sangat tidak larat, makan tidak ada selera, Danial masih lagi menyusu. Mama perlukan makanan tambahan. Mama ingin menyambung pengambilan suplemen Elken Sprulina yang mama ambil sepanjang mama mengandungkan Danial. Alhamdulillah, dengan izin Allah, banyak membantu mama untuk lebih bertenaga. MENYINGKAP RAHSIA ELKEN SPIRULINA DR CLEMENT tlh mengkaji thp kesihtn penduduk di GANIMOU, AFRIKA..ternyata mereka lebih sihat dan aktif berbanding penduduk yg bertamadun yg lain. Di dlm tasik di kwsn mereka tinggal terdapat sejenis rumpai laut..yg dikenali sbg alga biru hijau ataupun dikenali sbg spirulina di zaman ini. Beliau membawa pulang sampel spirulina dan mengkaji khasiat yg terdapat di dlm rumpai laut tersebut ke Perancis, hasil kajian mendapati bhw spirulina mmg kaya dgn khasiat dan kualitinya terbaik sbg makanan seimbang abad ini. Beliau bersama Dr. Watanabe membaktikan seluruh hayat di dalam bidang penyelidikan spirulina. Kemudia, Prof. Keiun Kodo m

Mama kena kuat

Sayangku Danial, Mama kena kuat, bukan kuat angkat yang berat-berat, Tapi kuat jiwanya, supaya anak-anak  mama juga kuat. Walaupun ketika ini mama sangat alah dengan bau-bau, Walaupun bua kuah laksa yang mama sangat suka sebelum ini, Mama tetap kena kuat. Mama kini pening-pening lalat, bila mama kurang selera makan, Mama tetap kena kuat. Mama kena kuat, walau kini mama tak larat, rasa semua benda berat, Mama kena kuat, walaupun Danial kini kuat merap, setiap masa minta didukung diangkat, " Sesungguhnya, niatkan semua kerana Allah, walau tak larat macam mana pun." Mengandung  kerana Allah, Melahirkan anak kerana Allah, Menjaga anak juga kerana Allah, Insya Allah, semuanya jadi larat.

~ 10 bulan, semakin soleh ~

Menjelang genapnya umur Danial sepuluh bulan, kemanjaan Danial semakin terserlah. Orang kelantan kata manjo dene. Danial dulu dan kini sedikit berbeza. Dulu Danial lebih suka bermanja-manjaan dengan Baba berbanding dengan mama kerana mama sering keletihan. Kini apabila semakin besar, dan setiap hari Danial akan menemani mama apabila Baba balik ke Jitra, sudah tentunya Danial lebih suka memerap  dengan mama. Suka di dukung Memang lumrahnya anak kecil suka didukung. Bila sudah pandai berjalan dan berlari, tidak lagi. Kebiasaanya suka didukung akan bertukar kepada lebih suka bebas meneroka dunianya sendiri. Oleh itu, mama tidak pelik jika Danial selalu merengek-rengek minta mama dukung setiap petang atau bila-bila masa Danial rasa kebosanan. Mama suka dukung Danial walaupun berat Danial kini sudah 8.4 kg. Bila dukung Danial, mama boleh peluk cium Danial. Mama akan gurau-gurau dengan Danial. Sangat seronok. Nak ikut!!!!!!!!!! Mungkin itulah yang Danial katakan setiap kali Mama