Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

~mengurus pakaian ~

Salam jumaat yang barakah. Pagi ini semuanya agak tenang. Kami tidak sabar menyambut kepulangan baba yang sudah 3 hari outstation. Alhamdulillah, 4 hari yang diuruskan agak baik tapi masih kelam kelibut. Banyak mende yang dirancang tapi setengah jalan je berlangsung. Entri hari ini khas untuk menceritakan soal rumah tangga ~ mengurus pakaian. Tiada tips khas. Sekadar sembang petang sementara menunggu solat asar.  Bagi saya, menguruskan pakaian merupakan satu kerja yang penting. Kalau tak pandai mengurus, alamatnya bersepah sepahlah pakaian kami 4 beranak. Dari bujang sampailah sekarang, saya suka mengemas baju, tapi nak mantaian kemas sampai seminggu agak susah. Maklumlah, yang mengurus sorang, pembantunya ramai. Membasuh Saya selalu membasuh baju pada malam harinya, dan incik suami yang soleh akan mengambil tugas menjemur selesai solat subuh esoknya. Membasuh kain memerlukan beberapa proses. Pertama sekali saya akan asingkan baju yang dikhuatiri bernajis dengan yang tidak

Mencari berkat

Misi mencari berkat ini sebenarnya telah lama bermula. Saat mulanya ialah apabila terangkat dengan sahnya lafaz nikah pada 13.03.2009 dahulu lagi. Berkahwin merupakan selangkah menuju keberkatan hidup memandang ia merupakan sunnah nabi yang sangat dituntut.  Kini mencari berkat lebih luas skopnya. Bila bernikah dan punya anak. Ada suami, tentu mahukan suami yang berkat orang. Bagi saya berkat ini sungguh mendalam maksudnya. Ada yang kata, berkat itu mudah. Solat 5 waktu dan menunaikan hak Allah, maka berkatlah hidup insya Allah.  Tapi suami saya banyak bercerita, memanjangkan lagi konsep berkat. Katanya, jika kita melakukan sesuatu, pergantungan utama adalah pada Allah dan kedua redha ibu bapa. Prinsip itu menjadi pegangannya.  Kini kami cuba menambah berkat dalam baitul iman kami.  Semalam, saya dan anak-anak bergotong royong mengemaskan raudah untuk mereka. Saya mahu sediakan taman taqwa untuk mereka. Sebelum mengemas, bersepah-sepah dengan mainan. Mainan yang diku

Danial al hafiz

Mengagumkan. 4 hari ini, mama sungguh sibuk meluangkan masa mengulang kembali bacaan blog sahabat sefikrah kita ibu leen ya berkongsi cerita tentang Muhammadnya yang sudah menguasai juz 1 dan 30 di usia 3 tahun 4 bulan. MASYA ALLAH. Muhammadnya hampir seusia dengan Danial. Tapi hafalannya telah jauh meninggalkan tahap hafalan Danial yang masih di surah lazim. Bukan Danial yang dipersalahkan. Tapi mama!  Sungguh! Bersalahnya pada Danial kerana kurangnya semangat dalam membantu dia menjadi seorang al hafiz. Membentuk Danial menjadi seorang al hafiz memang termasuk dalam senarai perancangan hidup untuk anak - anak. Ia adalah impian semua ibu bapa. Namun, perancangan mama dan baba untuk menghantar Danial ke sekolah tahfiz adalah diusia 13 tahun iaitu di sekolah menengah. Sedangkan ibu leen membantu anaknya menghafal sekarang. Di usia paling muda. Di mana minda dan pemikiran anak masih bersih dan suci. Hafalannya lebih mudah lekat insya Allah.  Danial menunjukkan minat dalam ha

bookworm

Wardina Saffiyah kata biasakan anak kita dengan buku. Jadikan mereka ulat buku. Latih mereka supaya mereka suka baca buku. Bila anak dah jatuh hati dengan buku, mesti asyik minta beli buku cerita.  Danial sungguh teruja dengan buku cerita yang besar ni. Tengok pula gambar animals. Siap terbaring baring lagi.

♥anak pasti♥

Inilah anak pasti mama... alhamdulillah sudah sebulan lebih di PASTI AL HUDA Banyak perubahan yang Danial tunjukkan. Cara bercakap pun sudah banyak yang berubah Kata-katanya menyentuh hati.. Danial nak jadi anak soleh, Danial tak nak pakai pampers dah.. Danial nak masuk syurga tak pakai tudung, dosa kan dia tunjukkan cara pakai seat belt yang betul bila saya hanya menyakut di bahu sahaja. Mama dan baba telah bertistikarah. Memilih sekolah untuk Danial. Jika diikutkan hati, risau sekali meninggal anak sebesar itudi sana. Perhatiannya sudah pasti tidak sama dengan nurseri. Lebih kepada penjagaan yang sempurna. Bila balik sekolah, tengok baju sekolah Danial, alahai comotnya. Baunya masam dengan peluh. Danial selalu mengadu, ada yang suka mengusiknya, mungkin betul. Baba kata, Danial ramai peminat. Bila baba hantar ke pintu pagar, 2-3 orang kawan datang menyambut. Danial terus berlari ikut kawan, sampai lupa nak salam. Nampak sangat Danial suka sekolah dan suka be

Cheese cake mama mengidam!

Mama yang sangat teringin nak makan cheese cake buatan sendiri. Mengidam sungguh bila tengok Kak Atie hantar mms gambar cheese kek hasil buatannya. Rupa-rupanya bukan susah mana pun untuk menghasilkan sebuah cheese cake yang sebegitu sodapnya. Resepi saya amik dari blog mummy faizah . Dan hasilnya, alhamdulillah, sangatlah memuaskan hati.. Saya juga turut merujuk masterchef saya sis Atie yang penuh ilmu bakery di dada.. Biskut oreo saya beli secara timbang di kedai kek, jadi tidak perlu bersusah payah untuk keluarkan krimnya. Butter pulak, saya panaskan atas dapur je, sebab rumah tak ada microwave. Kek ni sebelum masak, nampak macam tak berapa nak jadi, lembik dan tak pada, tapi selepas dimasukkan ke dalam peti ais selama semalaman, rasanya memang mengalahkan kek di cafe S...... R.... Hihi, rugi rasanya baru mencuba, kalau ku tahu semudah ini, lama sudah beranikan diri. Bahagian atas saya garingkan sikit, supaya nampak menarik.. haha pandai je.. sebenarnya saya tersalah sukat

Hati anak

Minggu lepas, semasa amik Danial dari sekolah, kawan Danial kata dia suka gigit orang...hihi.. ganasnya anakku Bila kawan dia cakap macam tu, saya terusla bagi respon... " ye ke, nanti acik cakap ngan Danial... " Tanya pulak Cikgu Farihah, betul ke Cikgu? " "Biasalah kak, budak2... lagi pun budak ni suka buat dia..." Budak tadi pulak yang tersipu malu... balik rumah, saya suruh dia mandi dan seperti biasa dia nak tidur, letih katanya.. Ai, kecik2 dan pandai letih... terikut dengan mama le tu.. saya pun amik peluang menyoal siasat.. Me : betol ke Danial gigit kawan?  Danial : betol sebab kawan suka buat Danial me : ala, siannya... tapi kan ke Allah marah kalau kita buat orang?  Danial : mengangguk.. setuju la tu me : danial, boleh Danial tak gigit kawan lagi? Danial: boleh... me : esok, kalau Danial tak gigit kawan... mama beli aiskrim lion... Danial : nak cikgu...  terus mama tergelak dengar Danial panggil cikgu... me : jan

Zoo Taiping

Danial dan Azzahra anak yang sihat dan muslim yang hebat, Ini kisah minggu lepas, akiviti hujung minggu yang dibuat tanpa perancangan. Hari Jumaat, baba ajak kita pergi ke zoo Wah, cam best jer sebab dah lama kita tak pergi, kali terakhir bulan Jun tahun lepas Baba kan suka buat surprise, jadi seronok sangatlah bila mama kata nak pergi tengok zirafah, singa, buaya Kita bertolak dari rumah pada pukul 8.00 pagi, rancangnya nak turun pukul 7.00, tapi biasalah yang tu, yang ni Singgah dulu sarapan ditempat biasa, kemudiannya barulah bertolak. Dalam perjalanan, abang kecik asyik tanya je bila nak sampai, teruja sungguh. Kita sampai di sana lebih kurang pukul 10.30, cuaca pun ok lagi, tak da lah terlalu panas. Sampai je, lepas baba beli tiket, terus beratur naik train, bukan apa, takut nanti ramai orang, Nak kena berjalan kaki, kesian pulak kat dua orang si kecik. Abang kecik pulak, dah malas nak jalan dah, tumpang saja stroller adik, katanya tak larat Kesian, kesian