Skip to main content

Hati anak

Minggu lepas, semasa amik Danial dari sekolah, kawan Danial kata dia suka gigit orang...hihi.. ganasnya anakku
Bila kawan dia cakap macam tu, saya terusla bagi respon...
" ye ke, nanti acik cakap ngan Danial... "
Tanya pulak Cikgu Farihah, betul ke Cikgu? "
"Biasalah kak, budak2... lagi pun budak ni suka buat dia..."
Budak tadi pulak yang tersipu malu...

balik rumah, saya suruh dia mandi dan seperti biasa dia nak tidur, letih katanya..
Ai, kecik2 dan pandai letih... terikut dengan mama le tu..
saya pun amik peluang menyoal siasat..
Me : betol ke Danial gigit kawan? 
Danial : betol sebab kawan suka buat Danial
me : ala, siannya... tapi kan ke Allah marah kalau kita buat orang? 
Danial : mengangguk.. setuju la tu
me : danial, boleh Danial tak gigit kawan lagi?
Danial: boleh...
me : esok, kalau Danial tak gigit kawan... mama beli aiskrim lion...
Danial : nak cikgu... 
terus mama tergelak dengar Danial panggil cikgu...
me : janji tau...
Danial : janji...
ayat ..danial, tak boleh gigit kawan tu saya ulang berkali kali pada hari tu.. biar masuk dalam unconcious mind dia...
sebelum mandi, lepas solat magrib dan siyak dan sebelum tidur..  ulang dan ulang.. dn dia kata..janji..
esoknya... masa amik... masuk je dalam kete.. saya tanya dia.. gigit kawan tak?
"Tak cikgu..."
Me : okey... anak soleh.. jom kita pergi makan aiskrim...
selonok lah dia...
dan kelmarin.. selepas seminggu...
keluar je dari pintu kelas... dia berbisik
" Danial tak buat kawan dah... danial kawan dengan Firas je..."
Cikgu tanya, apa yang dia cakap...saya ulang balik apa yang dibisikkan
dan cikgu kata memang dia dah tak gigit kawan.. saya senyum je...

Balik rumah, buat report pada suami, kami buat conclusion :
  1. Danial kami dah besar - dia nak apa yang dia cakap mesti dapat perhatian daripada kami...
  2. dia dah mula ingat apa yang kami lakukan pada dia... contohnya dia suka cakap, baba gosok baju Danial, baba beli donut untuk Danial, baba sayang Danial...dia suka cerita tentang babanya pada saya, dan masa tu baba tak ada di tempat kejadian..
  3. Danial akan menyerap apa yang dilihat dan didengar. Jadi, kami kena cakap banyak benda baik untuk dia.. antara yang dia suka ulang - mama, tak pakai tudung dosa kan, nabi baik tak?, danial nak pergi usrah, danial nak jadi anak soleh.. mama, Allah marah buat orang kan?
MOGA KAMI DAPAT JADI MAMA BABA YANG TERBAIK UNTUK DIA...MOGA DANIAL JADI ANAK YANG SOLEH..




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

Tambah susu

Salam wbt.. Sehingga kini, alhamdulillah Zahra solehah saya masih lagi menyusu badan dan belum minum sebarang susu formula. Zahra juga diberi makan bubur dengan makanan harian yang sama dengan mama, baba dan abang Danial. Adik menunjukkan penerimaan yang baik, cuma kadang kala ada juga yang sembelit. Hari ini nak berkongsi tips untuk menambahkan susu badan yang saya amalkan, dan alhamdulillah berkesan juga la.. : Makan biskut/nasi.. Bila susu xda, kena makan nasi banyak-banyak walaupun tak lalu.. Pizza. saya lebih suka domino. Nak buat sendiri tak reti.. Pernah buat tapi keras sikit. Mungkin tersalah adunan. Cheese tart.  Cheezy wedged, boleh buat sendiri kat umah. Minum madu plus susu. Madu yang saya makan mengandungi habbatus sawda.. jadi memang bagus sangat. susu melimpah.. kenalah merajinkan diri dengan ikhlas untuk makan supaya anak dapat minum susu yang terbaik.. I LOVE BF.

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...