Skip to main content

Mencari berkat

Misi mencari berkat ini sebenarnya telah lama bermula. Saat mulanya ialah apabila terangkat dengan sahnya lafaz nikah pada 13.03.2009 dahulu lagi. Berkahwin merupakan selangkah menuju keberkatan hidup memandang ia merupakan sunnah nabi yang sangat dituntut. 

Kini mencari berkat lebih luas skopnya. Bila bernikah dan punya anak. Ada suami, tentu mahukan suami yang berkat orang. Bagi saya berkat ini sungguh mendalam maksudnya. Ada yang kata, berkat itu mudah. Solat 5 waktu dan menunaikan hak Allah, maka berkatlah hidup insya Allah. 

Tapi suami saya banyak bercerita, memanjangkan lagi konsep berkat. Katanya, jika kita melakukan sesuatu, pergantungan utama adalah pada Allah dan kedua redha ibu bapa. Prinsip itu menjadi pegangannya. 

Kini kami cuba menambah berkat dalam baitul iman kami.  Semalam, saya dan anak-anak bergotong royong mengemaskan raudah untuk mereka. Saya mahu sediakan taman taqwa untuk mereka.

Sebelum mengemas, bersepah-sepah dengan mainan. Mainan yang dikumpul sedari kecil. Lama sudah tidak membelikan mainan untuk anak-anak. Abang Danial tertidur keletihan selepas pulang dari sekolah. Alhamdulillah, tertidur dengan lenanya ditemani bacaan surah lazim Sheikh Ahmad Saud .

Kisah dua beradik di pagi hari... tidak sabar mencari berkat di sekolah... berbaju sukan.. minta bekal daripada mama untuk makan dengan kawan-kawan di sekolah.. huhu.. tunggu minggu depan ye sayam.. minggu ni sedikit kalut menguruskan 2 anak tanpa suami


Sang stia.. moga kamu tidak akan rosak selagi danial belum mencapai al hafiz

Kita tengok berapa lama kekemasan ini akan bertahan... biasanya menurut perkiraan ahli tukang cuci..2 hari..
Tempat lepak-lepak petang dan malam sambil mendengar sheikh kegemaran melagukan bacaan. Insya allah. Kami mahu hasilkan anak yang berkat. Bukan memaksa, tapi mahu membentuk mengikut acuan kami.

Allah tidak melihat hasilnya tapi Allah melihat usahanya. Jika kita sudah berusaha, hasilnya kita serah pada Allah. 



Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...