Skip to main content

~mengurus pakaian ~

Salam jumaat yang barakah. Pagi ini semuanya agak tenang. Kami tidak sabar menyambut kepulangan baba yang sudah 3 hari outstation. Alhamdulillah, 4 hari yang diuruskan agak baik tapi masih kelam kelibut. Banyak mende yang dirancang tapi setengah jalan je berlangsung. Entri hari ini khas untuk menceritakan soal rumah tangga ~ mengurus pakaian. Tiada tips khas. Sekadar sembang petang sementara menunggu solat asar. 

Bagi saya, menguruskan pakaian merupakan satu kerja yang penting. Kalau tak pandai mengurus, alamatnya bersepah sepahlah pakaian kami 4 beranak. Dari bujang sampailah sekarang, saya suka mengemas baju, tapi nak mantaian kemas sampai seminggu agak susah. Maklumlah, yang mengurus sorang, pembantunya ramai.

Membasuh
Saya selalu membasuh baju pada malam harinya, dan incik suami yang soleh akan mengambil tugas menjemur selesai solat subuh esoknya. Membasuh kain memerlukan beberapa proses. Pertama sekali saya akan asingkan baju yang dikhuatiri bernajis dengan yang tidak bernajis. Contoh pakaian yang dikhuatiri bernajis ialah baju tidur anak dan "pakaian kecik". Pakaian ini akan dibasuh berasingan dan dicampur dengan kain yang tidak dibawa ke solat seperti cadar dan tuala. Pakaian saya dan suami akan dibasuh sekali. Nanti akan memudahkan proses menjemur. Kadang kala, saya campur je dengan baju siang anak jika jumlah kain tak bnyak.

Menjemur
Ini tugas suami. Dia selalu offerkan diri untuk menjemur kain. Sekarang kami jemur guna hanger semuanya. Senang dan mudah. Semua baju dijemur guna hanger. Pakaian anak saya gunakan hanger kecil dan basuh tersebut siap diterbalikkan apabila selesai basuh. Jadi, bila angkat, saya cuma perlu satukan baju dan seluar. Selepas itu, terus sangkut di dalam almari. Jimat masa untuk melipat. Jika tidak,  berlonggok longgok baju tidak berlipat di depan tv. Tunggu hujung minggu barulah nak proses. Mau pengsan dibuatnya.

Mengangkat
Saya akan angkat secara berperingkat. Mula sekali angkat baju anak, terus masuk dalam almari. Selepas tu barulah angkat pakaian kecik. Terus masuk laci, tak payah lipat. Last skali baru angkat baju yang perlu lipat. 

Melipat
Alahai, lemah betul rasanya cerita bab lipat kain. Banyak makan masa. Kena dok je. Borim sikitla. Sekarang kira dah ok sikit sebab  banyak baju yang disangkut. Kain pelikat, kain batik dan tshirt basahan aje yang dilipat.

Menyimpan
Disebabkan inilah almari yang kita ada. Kita bersyukur dan manfaatkan sebaiknya. Pintu almari dah tercabut sebab Danial suka masuk main sorok-sorok dalam tu. Luruh terus pintu. Saya pun tak tahu berapa hari kain berlipat begini boleh bertahan. 3 orang itu bukan boleh tengok suasana begini.. geram...hihi.. sabar ajelah.

Hasil gotong royong dengan Danial Damia. Mereka menyangkut dengan gigihnya.


Almari Ikea ni cantik . Tapi tak sesuai untuk letak baju anak saya. Mereka suka sungguh tarik ikut suka. Akhirnya bersepah sepah dan bercampur baju siang dan baju malam. 


Almari yang diangkut dari rumah quarters. Dari rak buku jadi rak baju. Bahaguan bawah jadi rak mainan. Rak ni belum sempat diproses sepenuhnya. Baju Danial Damia lah yang paling banyak. Saya cakap kat suami, kita berentilah beli baju. Baju sedia ada pun jenuh bak mengurus.


Apa pun, jangan merasakan letih mengurus rumah tangga. Kerana merekalah ladang pahala kita. Tiada suami, tiadalah peluang berbakti seperti Siti Khadijah berbakti kepada Rasulullah.

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...