Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

♥cuti♥

Entri tertangguh ~ lama dah tulis, tapi tak boleh nak publish sebab kat kampung tak de line... Cuti akhir tahun bermula sudah cutinya hampir sebulan setengah masa berharga bersama buah hati si pengarang jantung yang besar sudah cuti yang panjang  perencanaannya perlulah kemas kerana masa harganya lebih mahal dari emas bila cuti teringatkan sekolah ada kerja yang tak sudah harapkan jarak jauhkan langkah jika tidak sampai sudah Bila cuti, ayah bonda telefon mengharapkan cucu pulang ke kampung mana tidak, cucu 2 saja pun Tempat mencurah kadih dan sayang walau cuti anakku tetap ke nurseri kerana bonda ada urusan belum selesai hantar lambat balik moga anakanda aman di sana.. nanti pulang kita bermanja- manja kerana kamu pasti lebih selesa rumah bersih makanan tersedia.. selamat menjamu penuh selera.. i ♥ u anak-anak

Cuti Krismas

Ni pengalam pertama bawa my two D's pergi taman rusa di Uum Seronok sungguh Danial dapat bagi makan kat mousedeer Damia berani sungguh.. boleh je pergi dekat sikit Danial baling dari jauh je..  Alahai rusa; berebut-rebut nak roti yek. Jinak sungguh rusa kat sini.. yang penting, masuk adalah percuma.. Baba pegang tangan adik, tak sangka adik sangat berani.. berebut dengan baba nak bagi roti kat rusa Adik yang over excited; tangan berenti tunjuk mama, tengok bebek tu bukan bebek dik, mousedeer Habis 2 bungkus roti, tapi rusa tak kenyang; kata Danial Adik bangun awal, mandi awal.. xsabar nak pergi jalan adik, mana tudung tutung..tutung..  cepat2 cari..pastu kalut nak pakai.. pakai elok kemain masuk dalam kete.. terus tanggal.. simpan katanya..