Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Harapanku subur kembali

Wahai Tuhan ku Yang Esa Bila kenangkan Qahar-Mu Rasa gerun di hatiku Kerana takutkan seksa-Mu Hamba-Mu rasa berputus asa Siapakah dapat bersihkan diri Dari segala dosa yang memburu Setiap hari setiap ketika Tika mengenang Ghafar-Mu Putus asa tiada lagi Semangatku pulih semula Harapanku subur kembali Ujian menimpa menekan di jiwa Tak sanggup meneruskan perjuanganku Mehnah-Mu itu penghapus dosaku Mengganti hukuman-Mu di akhirat Di waktu mengenang rahma-tMu Terasa diri kurang bersyukur Pada-Mu harusku memohon Moga syukurku bertambah Alangkah susahnya Mendidik nafsuku Yang tidak mengenal kebenaran-Mu Ya Alloh Tuhanku Bantulah hamba-Mu Dalam mendidik jiwaku ini Wahai Tuhan ku Yang Esa Bila kenangkan Qahar-Mu Rasa gerun di hatiku 
SELAMAT DATANG BULAN REJAB

Siti Khadijah

Pagi ini saya mencuri sedikit masa untuk membaca sirah, isteri junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, untuk membangunkan kembali semangat yang kian luntur dari dalam diri, semangat untuk berkhidmat kepada suami dan anak-anak.. semangat untuk menjadi isteri terbaik kepada buah hati pilihan Allah, mama terbaik kepada anak-anak, anak terbaik kepada ayah bonda,  Siti Khadijah isteri Rasulullah saw yang paling dicintai... Kisahnya membangunkan jiwa yang alpa.. dipetik daripada blog cahayapurnama.com Wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah Siti Khadijah binti Khuwailid. Ummul Mukminin (ibu orang mukmin) ini lahir di Mekah pada 556 Masihi. Khadijah al-Kubra adalah seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan. Siti Khadijah merupakan seorang janda tatkala bernikah dengan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w pada ketika itu yang digelar ‘al-Amin’ memperdagangkan b

kawan -kawan

Sekarang, suka cakap assalamualaikum kawan-kawan.. pastu babai-babai mama baba, seronok sangat gamaknya dapat jumpa kawan kat sekolah, yang mama tahu, best fren Danial kat sekolah ialah Ali Ilhamy dan kak Amuni (Auni).. Sikit-sikit nak tengok gambar dua beradik tu.. Seminggu sebelum balik mengundi hari tu, sempatlah berdating dengan famili Auni angkara baba ada projek photo shot kat tasek ngan Ustaz Farid a.k.a ayah Auni.. Seronok sakan la dia.. berlari ke sana-sini.. Danial pegang "jemput", Ali pegang roti.. comeynya selipar Ali, beli kat mano tu? seronok sungguh melompat...