Skip to main content

Siti Khadijah

Pagi ini saya mencuri sedikit masa untuk membaca sirah,
isteri junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w,
untuk membangunkan kembali semangat yang kian luntur dari dalam diri,
semangat untuk berkhidmat kepada suami dan anak-anak..
semangat untuk menjadi isteri terbaik kepada buah hati pilihan Allah,
mama terbaik kepada anak-anak,
anak terbaik kepada ayah bonda, 

Siti Khadijah isteri Rasulullah saw yang paling dicintai...
Kisahnya membangunkan jiwa yang alpa..

dipetik daripada blog cahayapurnama.com


Wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah Siti Khadijah binti Khuwailid. Ummul Mukminin (ibu orang mukmin) ini lahir di Mekah pada 556 Masihi.
Khadijah al-Kubra adalah seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan. Siti Khadijah merupakan seorang janda tatkala bernikah dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda s.a.w pada ketika itu yang digelar ‘al-Amin’ memperdagangkan barangan Siti Khadijah serta mendapat keuntungan. Siti Khadijah melamar Rasulullah s.a.w kerana tertarik dengan peribadi baginda.
Usia Siti Khadijah ketika itu ialah 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun. Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu.
Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: “Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Romawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk.”
Siti Khadijah berasal daripada Bani Quraisy, iaitu kaum satu suku yang dipandang tinggi oleh masyarakat Arab ketika itu. Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar.
Isteri Rasulullah ini adalah wanita Muslim yang patut dicontohi oleh umat Islam. Tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dengan memberikan dorongan dan semangat kepada Rasulullah s.a.w dilaksana sebaik mungkin.
Msekipun tanggungjawabnya sebagai pengurus rumah tangga amat besar, namun berjaya membantu ekonomi keluarga, juga masyarakat sekitarnya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Ketika aku miskin, Khadijah memberiku kekayaan. Ketika orang menganggapku gila, ia tetap percaya kepadaku.”
Siti Khadijah juga yang menenangkan Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh kasih sayang selepas pulang daripada menerima wahyu yang pertama di Gua Hira melalui Jibril.
Siti Khadijah memiliki pemikiran tentang keIslaman yang cukup penting. Beliau sering berkata bahawa manusia adalah makhluk yang merupakan sumber penjelmaan daripada kebesaran Allah s.w.t. Allah memerhatikan kelakuan manusia dan memberikan ganjaran.
Menurutnya, Allah menyukai perbuatan yang dilakukan dengan keluhuran hati dan menolong sesama insan terutama kepada golongan lemah.
Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia setelah kaum kafir Quraisy memulaukan Nabi Muhammad dan pengikutnya.
Tekanan daripada kaum Quraisy itu membuatkan Siti Khadijah jatuh sakit dan meninggal dunia. Jasadnya disemadikan di Mekah, lalu dikenali dengan nama al-Hajun.
Perkahwinan Siti Khadijah dengan Rasulullah s.a.w dikurniai dengan dua orang putera dan empat orang puteri; Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqaiyah, Ummu Kalthum, dan Fatimah (Fatimah az-Zahra). Fatimah kemudiannya berkahwin dengan Ali bin Abi Talib, manakala Ruqaiyah berkahwin dengan Uthman bin Affan. Setelah Ruqaiyah meninggal dunia, Ummu Kalthum pula diperisterikan oleh Uthman. Manakala Qasim dan Abdullah meninggal dunia semasa masih kecil.

Jika Siti Khadijah sanggup berulang alik setiap hari ke Gua Hiraq untuk menghantar makanan kepada Rasulullah, dalam cuaca yang sangat panas ketika itu, keadaan jalan yang berbatu tajam, jauhnya hampir 10 kilometer, apalah sangat jika dibandingkan dengan saya yang berulang alik 100 kilometer sehari, menaiki kereta yang berair cond, dengan bekalan duit poket, boleh menyinggah sana sini untuk membeli minuman tatkala dahaga... pengorbanan itu tidak ada nilai jika dibandingkan dengan Siti Khadijah..



Comments

Popular posts from this blog

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

~ Cuti-cuti Indah ~

Percutian kali ini sungguh indah, seronok dan relax buat mama. SEronoknya dapat bermain-main dengan Danial, melayan benda-benda baru yang Danial baru belajar dan sangat teruja tunjukkan pada mama. Banyak sangat perkembangan Danial yang mama dapat lihat sepanjang cuti sekolah ni.. Seronok, rupa-rupanya anak mama sangat pandai. Doa mama buat Danial. Perkembangan setahun Mama masih belum puas bercerita tentang kamu sayang. Rasanya terlalu banyak nak coretkan. Danial menunjukkan perkembangan psikomotor yang sangat memberangsangkan. Walaupun masih belum boleh berjalan, Danial merangkak tersangatlah laju. Danial juga kuat memanjat. Pantang nampak tangga dan grill  mesti nak panjat. Ada yang geleng  kepala melihat aksi Danial. Alhamdulillh Bila Danial berdiri, sudah jarang sekali jatuh-jatuh. Moga Danial cepat-cepat boleh berjalan kerana perut mama pun semakin besar, Danial pun sudah 10 kg,... mengah juga mama dan mendukung kamu sayang.  Mana tak 10kgnya, Danial kuat ...