Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

~ PUASA ~

Insya Allah, tinggal dua hari sahaja lagi kita akan berpuasa. Puasa pertama kita bertiga. MOga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita. Mama dan baba telah membuat persiapan untuk Hari Raya lebih awal, persiapan yang sangat sederhana buat kita sekeluarga supaya tidak mengganggu ibadah di bulan Ramadhan kelak. Sungguh rugi bagi orang yang membiarkan Ramadhannya berlalu begitu sahaja. Pelbagai perancangan dibuat untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Mama sudah ditakdirkan Allah tidak berpeluang untuk berpuasa pada awal ramadhan, tapi itu bukannya alasan untuk meninggalkan ibadah-ibadah yang masih boleh dilakukan dalam keadaan uzur. Mama sempat menjenguk ke beberapa tertatak ummi yang sungguh tidak sabar menyambut Ramadhan, dan mama banyak mengambil maklumat yang berguna untuk dikongsikan. Ramadhan bukan bulan untuk BERPESTA MAKAN Pada bulan Ramadhan, kalau nak makan apa, cakap saja, pasti ada yang menjualnya, lalu jika kita turutkan nafsu, jari yang sepuluh pas

~ mood balik kampung ~

Ahmadulillah, minggu hadapan SK Kuala Peganga akan bercuti selama 4 hari bermula esok, cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti sukan serta awal Ramadhan. jadi baba dan mama merancang untuk BALIK KAMPUNG! rasanya seperti sudah sangat lama kita tidak balik ke negeri tanah tumpahnya darah mama dan baba KELANTAN dan TERENGGANU kiter, jadi mama kena kemaskan barang-barang sebelum baba pulang dari tempat kerjanya, Danial pula baru sahaj lepas test suara volume 5, esok kan nak ngaji depan atuk dan nenek,  terus tertidur akibat kepenatan.  Dua hari yang pertama kita akan balik ke Besut dahulu,  ini kerana nenek dan datuk Danial perlu bekerja pada hari Ahad dan Isnin, kebetulan pulaAtuk baru sahaja bertukar ke sekolah baru yang agak jauh daripada rumahnya, jadi baba dan mama tidak menggangu urusan-urusan atuk yang belum selesai, bila dah balik kampung, Danial mesti ingat kan tempat yang kita akan tuju pada waktu petang? v v v v v moga kali ini baba dan mama sempat bawa Danial ke sana

~ Kampung BOY ~

Alhamdulillah, sudah hampir lapan bulan Danial membesar.. Tinggal di Kuala Pegang pula sudah 5 bulan, maksudnya dah lima bulan Danial jadi Kampung BOY Sangat seronok rupanya tinggal di kampung Paginya sangat sejuk tambahan pula, rumah sewa kami di kaki bukit kena pulak air kolah pagi2 hari, terlompat-lompatlah Danial, masa kecil-kecil dulu, bila nak mandi pastilah bunyi Danial meminta tolong tolong,tolong,tolong, saya sangat sejuk, tak mau mandi, macam tu la lebih kurang maksudnya, tapi kini Danial sudah terbiasa dengan suasana kampung, air kolah yang sangat sejuk itu menjadi kesukaannya, apatah lagi dapat mandi air telaga dirumah pengasuh, sengih sampai ke telingalah si kecil itu, kata orang bandar, air telaga kotor, tapi air telaga tu lah yang ada tak bercampur dengan apa-apa, keluar dari bumi Allah, syukurlah Danial kerana kamu terpilih menjadi Kampung BOY, Kamu sangat bertuah sayang, kamulah Kampung BOY yang dibesarkan di rumah pengasuh Mama dan baba bayar untuk

~ selamat datang bulan kemuliaan ~

Alhamdulillah, tidak sampai seminggu lagi, umat Islam akan menyambut Ramadhan. Bulan yang penuh kemuliaan dan sangat dinantikan oleh semua. Inilah Ramdhan pertama buat kamu Danial. Tahun-tahun lepas, baba dan mama hanya menyambut Ramdhan berdua, tahun ini kita bertiga. Syukur Alhamdullah, Ramdhan lalu, kamu masih dalam gendongan mama, masa tu usia kandungan lebih kurang enam bulan. Pada mulanya, kita menyambut kemeriahan berterawih di Sungai Petani. Baba diamanahkan untuk menjadi imam terawih di surau hadapan rumah. Untuk menghangatkan suasana beribadah, baba selalu juga membawa mama ke Masjid Bandar Puteri. Semuanya masih segar dalam ingatan mama. Kadang kala, kami berbuka di sana, bukan untuk berjimat, tetapi lebih memudahkan, selepas maghrib baba dan mama akan terus tunggu Isyak . Masjid Bandar Puteri Jaya yang banyak meninggalkan kenangan manis. .. Termasuklah mendengar ceramah daripada seorang ustaz, tapi mama tak faham sebab ustaz tu cakap loghat Kedah pekat sangat.. Menjela

~syamimi yang istimewa~

syamimi adalah puteri istimewa milik pn azizah hashim, tuan rumah sewa saya syamimi sungguh istimewa sejak dilahirkan, menghidap penyakit autisme sejenis k ecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak ia dianggap sejenis kecacatan neurologi mudah namun, syamimi mampu memahami arahan yang diberikan apa yang di dengar, apa yang dikatakan oleh sesiapa sahaja sungguh istimewa kan? dia sukakan kanak-kanak, terutamanya baby, dia sukakan Danial, suka bermain, suka melayan, dan suka bersembang, bila saya pulang dari sekolah, dia akan memanggil manggil danial dengan gelaran "anne" hampir empat bulan saya menyewa di sini,  takutnya pada saya semakin hilang, bila petang menjelma, dia akan keluar dianjung rumah, bermain-main dengan danial, melayan Danial,  tersengih sampai ke telinga..

~ kursus di Kolej Komuniti Baling ~

Allah sememangnya menentukan yang terbaik untuk hamba- Nya. Alhamdulillah, rezeki keluarga kita tinggal di Baling tidak putus-putus. Minggu ini mama berkesempatan belajar menjahit di KOLEJ KOMUNITI BALING. Ilmunya adalah tentang jahitan tudung likra. Esok pula, mama akan mengikuti kursus MEMBUAT BISKUT. Yang seronoknya, bayar Rm 20.00 dapat bawa balik hasil yang dibuat pulang ke rumah. Banyak pula tu. Sehari 3 jenis biskut, 3 hari dapatlah 9 jenis. Rancangnya, semua persiapan yang sangat sederhana perlu diselesaikan sebelum Ramadhan bermula agar tidak mengganggu kehangatan beribadah nanti. 

~ selamat 7 bulan anakku ~

Alhamdulillah, Danial kini sudah tujuh bulan. Pencapaian yang sangat cemerlang kerana dalam tempoh tujuh bulan ini, kamu membesar dengan sungguh baik dan cemerlang. Kini : Kamu sudah boleh memusingkan badan ke serata-rata tempat. dan mama pernah jumpa kamu dibelakang langsir, bawah kerusi, dapur dan bawah meja. Tahniah, moga kamu cepat dapat merangkak. Mengejar babah yang suka gigit pipi kamu. Telah mama dan babah bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan dengan doktor pakar. Kata doktor, kamu bayi pra matang yang sudah besar dan sangat aktif. Doktor sangat teruja bermain dengan kamu. Alhamdulillah, 6 Julai 2011 pemeriksaan kali ke tiga telah selesai dan kita akan ke sana semula pada 28 September 2011. Kali ini, kamu kena cucuk lagi , nak ambil sampel darah. Kata doktor itu, dulu semasa kamu masih kecil, dalam 2 bulan usianya, sel darah kamu yang sepatutnya berbentuk bulat tetapi berbentuk bujur. Mungkin ada jangkitan. Itu hanyalah telah sang Doktor yang memang itu tugasnya

~ Danial di hujung minggu ~

Danial sedang melayan kucing-kucing di kuarters kami..