syamimi adalah puteri istimewa
syamimi sungguh istimewa
sejak dilahirkan, menghidap penyakit autisme
sejenis kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak
ia dianggap sejenis kecacatan neurologi mudah
namun, syamimi mampu memahami arahan yang diberikan
apa yang di dengar, apa yang dikatakan oleh sesiapa sahaja
sungguh istimewa kan?
dia sukakan kanak-kanak, terutamanya baby,
suka bermain, suka melayan, dan suka bersembang,
bila saya pulang dari sekolah, dia akan memanggil manggil danial
dengan gelaran "anne"
hampir empat bulan saya menyewa di sini,
bila petang menjelma, dia akan keluar dianjung rumah,
bermain-main dengan danial, melayan Danial,
tersengih sampai ke telinga..
Comments
Post a Comment