Skip to main content

~ selamat datang bulan kemuliaan ~

Alhamdulillah, tidak sampai seminggu lagi, umat Islam akan menyambut Ramadhan. Bulan yang penuh kemuliaan dan sangat dinantikan oleh semua. Inilah Ramdhan pertama buat kamu Danial. Tahun-tahun lepas, baba dan mama hanya menyambut Ramdhan berdua, tahun ini kita bertiga. Syukur Alhamdullah, Ramdhan lalu, kamu masih dalam gendongan mama, masa tu usia kandungan lebih kurang enam bulan. Pada mulanya, kita menyambut kemeriahan berterawih di Sungai Petani. Baba diamanahkan untuk menjadi imam terawih di surau hadapan rumah. Untuk menghangatkan suasana beribadah, baba selalu juga membawa mama ke Masjid Bandar Puteri. Semuanya masih segar dalam ingatan mama. Kadang kala, kami berbuka di sana, bukan untuk berjimat, tetapi lebih memudahkan, selepas maghrib baba dan mama akan terus tunggu Isyak.

Masjid Bandar Puteri Jaya yang banyak meninggalkan kenangan manis. .. Termasuklah mendengar ceramah daripada seorang ustaz, tapi mama tak faham sebab ustaz tu cakap loghat Kedah pekat sangat..

Menjelang pertengahan Ramadhan, mama dan baba mengambil keputusan untuk berpindah kembali ke Jitra. Hasil istiqarah kami berdua, Allah membuka jalan. Mama sendiri seperti masih tidak percaya, di manakah mama punya kekuatan untuk mengemaskan barang-barang. Tahu sajalah, berpindah rumah bukan urusan yang mudah. Perlukan banyak tenaga untuk mengemas, ulang-alik ke Jitra, pergi ke sekolah di Baling. Namun, Allah itu ada. Mama tidak pun rasa kepenatan. Jika penat pun, direhatkan dengan terawih pada malamnya. 

ALHAMDULILLAH, bagi mama dan baba, biah di Jitra memang sukar dicari di Sungai Petani. Bila sudah kembali ke JItra, mama sudah tidak memasak lagi untuk berbuka, barang-barang memasak merata-rata. Tambahan pula, ketika itu, berdua sahaja. Baba mencadangkan supaya berbuka sahaja di masjid. Makan apa sahaja yang ada. Masjid pilihan kami tidak lain dan tidak bukan....


tq: el-karaki.blogspot.com

MASJID AL MUTTAQIN, JITRA, KEDAH

Masjid ini sangat meriah
meriah dengan pesta ibadah
tidak kira malam atau pagi yang cerah

Masjid ini banyak meninggalkan kenangan
berbuka bersama nenek-nenek yang tenang wajahnya
ramah bicaranya
mesra ucapannya
kuat ibadahnya

bila azan subuh berkumandang
masjid ini terang benderang
suasananya seperti waktu siang

walaupun subuh, ramainya jemaah seperti solat jumaat
sebagai bukti hamba yang taat
moga terus membawa berkat

Berbuka di masjid banyak mendidik sifat berjimat. Berjimat daripada membeli makanan yang berlebihan dan akhirnya menjadi makanan tong sampah. Bukankah itu satu pembaziran. Dan membazir amalan syaitan.
Selain itu, baba dan mama mahu mendidik diri yang sangat lemah ini supaya bersederhana dalam berbuka puasa. Bila berbuka di masjid, kami redha dengan apa yang ada dan dihidangkan. Alhamdulillah, tidak pernah sekali pun tidak cukup makanan, malahan lebih sehingga ahli masjid meminta kami membawa pulang untuk bersahur pula. Dan yang sangat seronoknya, dapat berbuka bersama-sama dengan orang-orang tua yang sangat baik hati dan ramah, yang selalu meraikan kedatangan kami dengan senyum, mencukupkan apa yang dan sanggup bergotong-royong memasak untuk orang berbuka. Sungguh besar pahala mereka.

Tahun ini, baba, mama dan Danial akan berpuasa di KUALA PEGANG. Harapan mama, tidak kira di mana pun kita berpuasa, moga Ramadhan ini adalah yang terbaik buat kita.
                                 Antara lokasi terawih tahun ini, Masjid Ketemba, Kuala Pegang..


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...