Alhamdulillah, tidak sampai seminggu lagi, umat Islam akan menyambut Ramadhan. Bulan yang penuh kemuliaan dan sangat dinantikan oleh semua. Inilah Ramdhan pertama buat kamu Danial. Tahun-tahun lepas, baba dan mama hanya menyambut Ramdhan berdua, tahun ini kita bertiga. Syukur Alhamdullah, Ramdhan lalu, kamu masih dalam gendongan mama, masa tu usia kandungan lebih kurang enam bulan. Pada mulanya, kita menyambut kemeriahan berterawih di Sungai Petani. Baba diamanahkan untuk menjadi imam terawih di surau hadapan rumah. Untuk menghangatkan suasana beribadah, baba selalu juga membawa mama ke Masjid Bandar Puteri. Semuanya masih segar dalam ingatan mama. Kadang kala, kami berbuka di sana, bukan untuk berjimat, tetapi lebih memudahkan, selepas maghrib baba dan mama akan terus tunggu Isyak.
Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana. Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan. Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan. yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye. yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya. Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami. Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya. ...



Marhaban ya marhaban! semoga ramadhan in yg terbaik!
ReplyDelete