Skip to main content

Posts

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya. 
Recent posts

WAN MEDINA HUMAIRA

assalamualaikum... bulan ni saya dah nak masuk 8 bulan dah.. kejap je masa berlalu kan... dah nak memanjat sana sini.. tiap-tiap hari ada je benjol sana sini Bila main... tak main sorang yer.. saya suka join kakak ngan abang main Depa suka tak ajak saya bila main..

Pengalaman bersalin anak ke tiga

minggu depan.. genaplah 4 purnama usianya puteri tercinta Wan Medina Humaira Kelahirannya cukup selepas 40 minggu dalam kandungan beratnya 2.78 kg... hampir 700 gram lebih berat daripada abang dan kakak berbeza dengan kelahiran sebelum ini Kali ini saya bersalin secara pembedahan... selepas 2 kelahiran normal 12 Februari 2014 malam itu.. kita semua mendapat perkhabaran sedih kehilangan murabbi agung Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz...  sedihnya merentap seluruh jiwa malam itu, saya dan suami tidur agak lambat, mengimbau kenangan tentang Tok Guru Nik Aziz 13 Februari 2015 2.00 pagi saya dah rasa contaction tapi saja nak amik feel dulu contraction datang selang setengah jam.. boleh pulak sambung tidur sebab ngantuk 3.00 pagi mula kejutkan suami.. dia pun mamai2.. kemas barang sikit-sikit anak-anak memang cadang nak mintak tolong Haji Aziz jaga.. dia pun dah setuju. lepas hantar anak2.. suamiku terus pecut ke HSB sebelum naik, makan biskut dul

Usia kian menyingkat!

Hari ke hari usia kian menyingkat lupa.. makin hampir ke tarikh kematian Tulisan Ustaz Pahrol kali ini betul-betul menyentuh segenap hati saya yang keras.. moga pedoman datang.. moga Allah berikan saya hati baru.. kerana hati ini sudah terlalu buruk dan kotor dengan mazmumah dosa...  Mari kita baca dengan hati..  tajuknya DAUN USIA GUGUR LAGI.. Entah kenapa, di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali. Ucapan tahniah yang melimpah, tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjajah jiwa. Aku mendoakan mereka, tetapi hati ku bagai terbelenggu dan terdera. Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali: “Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.” Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu. Teringat pula kata Imam Ghazali: “Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.” Sudah

Kakak turns 3!

Alhamdulillah 26.4.2015 genaplah kakak 3 tahun. Kakak dah besar Kakak dah matang Kakak dah tak pakai pampers Kakak dah boleh hafal hampir 13 surah lazim Sungguh hebat perancangan Allah Anak yang dulunya lahir pemature kini berubah menjadi matang dan bijak sekali kun fa ya kun kita berusaha dan bertakwakkal kepadanya saat dia dilahirkan pada usia 34 minggu saya dan suami sungguh-sungguh berusaha memberikan yang terbaik untuk dia penjagaan yang terbaik dengan izin Nya jua dia menjadi anak yang cukup "kuat" jarang sakit sehingga saya lupa bila kali terakhir dia demam Allah izinkan saya menyusukan dia hingga usianya cukup 2 tahun walaupun saya terpaksa mulakan susu formula pada dia ketika umurnya setahun Alhamdulillah semoga kakak menjadi anak solehah mendoakan mama baba moga bahagia ke syurga anakku..

nak masuk syurga tak?

Nak masuk syurga tak?  Tanya kak yang pada patung ultraman yang dah dipakaikan pampers.. sibuk.. ya..sibuk sungguh dia menguruskan babynya memandikan.. dan memakaikan pamper... disambung pula dengan menyusukan.. bila dia agak kalut dengan benda lain.. dia akan pesan pada mamanya supaya jangan lupa tengok kan babynya... sekecil itu sudah tahu tanggungjawab... Subhanallah... suami kata..  anak sekecil itu sudah petah berbicara tentang syurga nak masuk syurga tak?  Kalau nak masuk syurga kena dengar cakap... dia seolah mengulang kembali ayat-ayat yang saya biasa tuturkan pada dia bila dia tantrum...alhamdulillah.. semua nak masuk syurga nak... bila sudah anak 3.. saya sudah lebih bisa mengawal emosi bila anak2 menangis.. mengamuk.. membaling ke sana sini, menyepak nyepak pintu tandas, menjerit jerit nak susu je pun, melompat lompat atas sofa saya, makan bersepah sepah sampai ke serata dapur.... saya kini sudah bisa, boleh, mampu menahan kemarahan asb

Medina 3 months

Alhamdulillah tika ini.. Medina sudah lena dibuai mimpi Sang puteri udah menginjak 3 bulan cepat sungguh masa berputar Sepatutnya saya bawa dia ke klinik hari ni.. nak timbang namun xdan jugak sebabnya meeting sampai ke petang rini... 3 bulan..  maknanya dah 90 hari saya jadi excusive pumping mom pengalaman menyusukan yang sungguh indah masya Allah syukur atas semua nikmat Allah.. Walaupun dah menyusukan 3 orang anak..  saya sentiasa gali ilmu supaya penyusuan kali ini berjaya hingga Medina 2 tahun.. moga dipermudahkan jalannya...  Menggigit jari.. sebab mama tak mau bagi puting kosong...