Skip to main content

Kakak turns 3!

Alhamdulillah
26.4.2015 genaplah kakak 3 tahun.
Kakak dah besar
Kakak dah matang
Kakak dah tak pakai pampers
Kakak dah boleh hafal hampir 13 surah lazim

Sungguh hebat perancangan Allah
Anak yang dulunya lahir pemature
kini berubah menjadi matang dan bijak sekali
kun fa ya kun
kita berusaha dan bertakwakkal kepadanya

saat dia dilahirkan pada usia 34 minggu
saya dan suami sungguh-sungguh
berusaha memberikan yang terbaik untuk dia
penjagaan yang terbaik
dengan izin Nya jua
dia menjadi anak yang cukup "kuat"
jarang sakit
sehingga saya lupa bila kali terakhir dia demam
Allah izinkan saya menyusukan dia hingga usianya cukup 2 tahun
walaupun saya terpaksa mulakan susu formula pada dia ketika umurnya setahun

Alhamdulillah
semoga kakak menjadi anak solehah
mendoakan mama baba
moga bahagia ke syurga anakku..

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...

Siti Khadijah

Pagi ini saya mencuri sedikit masa untuk membaca sirah, isteri junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, untuk membangunkan kembali semangat yang kian luntur dari dalam diri, semangat untuk berkhidmat kepada suami dan anak-anak.. semangat untuk menjadi isteri terbaik kepada buah hati pilihan Allah, mama terbaik kepada anak-anak, anak terbaik kepada ayah bonda,  Siti Khadijah isteri Rasulullah saw yang paling dicintai... Kisahnya membangunkan jiwa yang alpa.. dipetik daripada blog cahayapurnama.com Wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah Siti Khadijah binti Khuwailid. Ummul Mukminin (ibu orang mukmin) ini lahir di Mekah pada 556 Masihi. Khadijah al-Kubra adalah seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan. Siti Khadijah merupakan seorang janda tatkala bernikah dengan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w pada ketika itu yang digelar ‘al-Amin’ memperdagangk...