Skip to main content

Pengalaman bersalin anak ke tiga

minggu depan.. genaplah 4 purnama usianya puteri tercinta
Wan Medina Humaira
Kelahirannya cukup selepas 40 minggu dalam kandungan
beratnya 2.78 kg... hampir 700 gram lebih berat daripada abang dan kakak
berbeza dengan kelahiran sebelum ini
Kali ini saya bersalin secara pembedahan... selepas 2 kelahiran normal

12 Februari 2014
malam itu.. kita semua mendapat perkhabaran sedih kehilangan murabbi agung Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz... 
sedihnya merentap seluruh jiwa
malam itu, saya dan suami tidur agak lambat, mengimbau kenangan tentang Tok Guru Nik Aziz

13 Februari 2015
2.00 pagi
saya dah rasa contaction tapi saja nak amik feel dulu
contraction datang selang setengah jam.. boleh pulak sambung tidur sebab ngantuk

3.00 pagi
mula kejutkan suami.. dia pun mamai2..
kemas barang sikit-sikit
anak-anak memang cadang nak mintak tolong Haji Aziz jaga.. dia pun dah setuju.
lepas hantar anak2.. suamiku terus pecut ke HSB
sebelum naik, makan biskut dulu kat beranda tu.. boleh pulak request nak minuman panas sebab nak hilangkan takut...
tapi kebetulan suami tak bawak duit syiling.. kempunan sajela..
naik atas, terus register dikaunter.. harapannya kali ni beranaklah sebab ni kali ketiga mai sini...siap masuk wad lagi...
bila masuk, misi pasang ecg.. cek situ sini...
bila cek jalan, dah bukak 4cm
tapi baby BREECH...
rasa kakinya memang kat bawah
docs macam terkejut.. sebab saya cek sebelum ni nurse KK kata everything is ok
maka bercucuranlah ayaq mata
takutnya nak kena operate sebab tak pernah operate
suami dipanggil masuk ke dalam
after docs dah bagi segala penerangan... risiko dan pilihan
kami setuju untuk proses emergency ceaser
Docs kata saya boleh memilih.. tiada paksaan.. docs cuma bagi suggestion based on their experience..
pukul 6.00 pagi.. saya ditolak ke operation theater..
feel apa ye? Rasa takut sebabnya bilik luas.. nama lagi dewan bedah
saya dikira bernasib baik sebab kebetulan hari jummat yang mulia tu, bilik bedah kosong.. tak de kes seperti hari hari sebelum ni..
6.23 a.m jumaat
maka keluarlah anakanda Medina Humaira
mengubat kedukaan kami atas kehilangan Tok Guru
moga solehahlah kamu wahai anak
Lahir pada tarikh yang akan diingati
usiamu sama dengan tempoh perginya murabbi Tok Guru dari muka bumi ini
ke alam yang lebih nyata...

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...