Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Ikut suka saya

Sungguh, bila kita bercerita sesuatu dengan seseorang yang bukan sefikrah, susah! Susah hati kita dan rasa mahu mengelak sahaja. Maafkan saya, saya bukan orang yang sangat baik, baik pun belum tentu, sebab saya hanya mengharapkan penilaian Allah. Banyak orang banyak ragamnya. Masing-masing ada caranya tersendiri. Ada yang menganggap, menyuruh anak menghafaz adalah kurang bagus, ibarat memaksa anak. Katanya, usah dipaksa-paksa anak yang masih kecil.  Rasanya mahu saja saya cakap, ikut sayalah, anak saya Tapi atas dasar hormat, silakan kata apa sahaja,saya seronok mendengarnya. Kerana kini anak saya sudah mahu mengikut acuan saya. Acuan saya bentuk dari rujukan utama saya, insan yang telah terbukti berjaya,  Jadi, apa saya takut. Anak yang sudah hadam Al Quran insya Allah lebih mudah menerima pelajaran lain. Anak yang hafaz Al Quran insya Allah lebih soleh akhlaknya berkat Al Quran yang dibaca. Lihat sahaja contoh yang sedia ada. Kita tenang bila melihat anak

Antara dua cinta!

Antara dua cinta antara anak-anak kesayangan fillah ataupun minat meniaga sungguh, saya minat meniaga, sejak dulu lagi, saya meniaga tudung, batik, serunding,  itu dulu, tika belum punya anak,  Tapi kini, sudah bersuami, anak dua, segalanya perlu dijaga, makan, pakai dan sebagainya, anak mahu di manja-manja,  tak boleh tengok mama dok saja-saja, mesti mahu melekat sentiasa, mahu ditimang-timang juga, mahu digeletek pun ada... Dah tu, bila masanya mahu meniaga, Mahu update stok yang sedia ada, tapi semangat tetap ada.. Bila meniaga seronok dapat duit belanja bukan sebelum tak ada, cuma boleh beli apa yang kita suka, itu duit saya punya... Namun, antara dua cinta, saya lebih memilih keluarga, sayangnya saya pada mereka, melebihi dunia dan isinya, andai ditawar berjuta-juta, diambil anak yang sangat manja,  maafkan saya, saya tak rela, bak kata Damia, sayang dua-dua.  Mungkin nanti, ada rezeki saya, meniaga apa yang saya

anak mama dah beso...

Di suatu Sabtu, Danial buka peti, tengok ada air kotak.  Tapi bila digoncang, tak ada air, kotak aje. "Mama, mama pergi la beli air kotak, Danial jaga adik dengan baba," kata Danial. Meniru balik ayat mama yang selalu suruh jaga adik bila mama nak solat. Sayang sampai syorga.... Saat terbaik untuk pasang surah. Ketika ini saya hanya pasangkan speaker pada phone sebab bila buka lap top, ada je yang sibuk nak tengok kartun. Namun, pengaruh kartun makin berkurang berkat selalu pasang surah al quran. Danial said; tengok kartun banyak2 tak dapat pahala kan mama? 

Reward untuk anakku

Minggu lepas, selepas balik dari kampung, kedua beradik ini menunjukkan prestasi hafazan yang agak bagus. Yang terpujinya, Danial dengan sendiri sudah jatuh hati dengan dvd 30 juz belian dari Bayt Al Iman. Aura Bayt Al Iman telah melekat di rumah iman kita juga. Alhamdulillah. Dan sebagai rewardnya, baba belanja kedua beradik ini menunggang superbike idaman baba. Sungguh teruja. Damia tersengih.