Minggu lepas, selepas balik dari kampung, kedua beradik ini menunjukkan prestasi hafazan yang agak bagus. Yang terpujinya, Danial dengan sendiri sudah jatuh hati dengan dvd 30 juz belian dari Bayt Al Iman. Aura Bayt Al Iman telah melekat di rumah iman kita juga. Alhamdulillah. Dan sebagai rewardnya, baba belanja kedua beradik ini menunggang superbike idaman baba. Sungguh teruja. Damia tersengih.
alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan. Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan. Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah.. Baba, mam...


Comments
Post a Comment