Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

♥cuti♥

Entri tertangguh ~ lama dah tulis, tapi tak boleh nak publish sebab kat kampung tak de line... Cuti akhir tahun bermula sudah cutinya hampir sebulan setengah masa berharga bersama buah hati si pengarang jantung yang besar sudah cuti yang panjang  perencanaannya perlulah kemas kerana masa harganya lebih mahal dari emas bila cuti teringatkan sekolah ada kerja yang tak sudah harapkan jarak jauhkan langkah jika tidak sampai sudah Bila cuti, ayah bonda telefon mengharapkan cucu pulang ke kampung mana tidak, cucu 2 saja pun Tempat mencurah kadih dan sayang walau cuti anakku tetap ke nurseri kerana bonda ada urusan belum selesai hantar lambat balik moga anakanda aman di sana.. nanti pulang kita bermanja- manja kerana kamu pasti lebih selesa rumah bersih makanan tersedia.. selamat menjamu penuh selera.. i ♥ u anak-anak

Cuti Krismas

Ni pengalam pertama bawa my two D's pergi taman rusa di Uum Seronok sungguh Danial dapat bagi makan kat mousedeer Damia berani sungguh.. boleh je pergi dekat sikit Danial baling dari jauh je..  Alahai rusa; berebut-rebut nak roti yek. Jinak sungguh rusa kat sini.. yang penting, masuk adalah percuma.. Baba pegang tangan adik, tak sangka adik sangat berani.. berebut dengan baba nak bagi roti kat rusa Adik yang over excited; tangan berenti tunjuk mama, tengok bebek tu bukan bebek dik, mousedeer Habis 2 bungkus roti, tapi rusa tak kenyang; kata Danial Adik bangun awal, mandi awal.. xsabar nak pergi jalan adik, mana tudung tutung..tutung..  cepat2 cari..pastu kalut nak pakai.. pakai elok kemain masuk dalam kete.. terus tanggal.. simpan katanya..

♥ my school ♥

SK KAMPONG KOTA BUKIT 50 kilometer dari Jitra but i ♥ this school so much bilangan murid : 221orang Bilangan guru : 19 orang hanya ada 2 bangunan sekolah terletak di Kg Kota Bukit.. My staffroom.. baba kata : kesiannya cikgu, kena dok dalam bilik gini... mama kata: tu la cikgu, banyak terima apa yang tersedia.. Rph yang wajib kena buat setiap hari...  Meja kerjaku.. tak boleh tunjuk banyak2, bersepah bagai..

our jannah

Inilah rumah iman kami penuh simple bersahaja tiada yang istimewa kecuali penghuninya...huhu sentiasa riuh rendah... tak tahulah apa jiran2 kata... Syurga ni selalu riuh dengan suara danial bergusti dengan baba.. jika diikutkan kata hati, banyak mende lagi nak beli dan tambah tapi biarlah dulu, sementara anak besar, gunalah apa yang ada dulu beli macam- macam barang menyempitkan ruang yang tak berapa nak luas.. tambah lagi, ruang atas langsung tak digunakan.. hanya untuk simpanan barang.. Ruang sink mama yang menjadi tempat mainan anak... Ruang menonton tv.. sama ruang ngan tempat anak sepahkan mainan.. ini hanya lakonan semata-mata ye.. kalu ikut kebiasaan, nak pijak lantai pun tak leh.. bersepahan mainan.. Ruang tamu.. hanya kerusi panjang yang ada ...kalu dtg ramai-ramai, ikut sunnah nabi..kena duduk atas lantai.. Ruang yg sengaja dilapangkan untuk memudahkan laluan trafik anak-anak..senang nak main kereta dan motor... senang juga nak solat jema

♡ oh my danial!! ♡

Pagi-pagi lagi, lepas tuang sebakul mainan yang mama baru kemas, Abang Danial mengalunkan iqamat dan terus solat sambil duduk dengan bacaan versi 2 tahun 10 bulan.. Main lego.. lego tu beli masa Danial umur 8 bulan lagi.. skang nak cari yg macam tu payah nak jumpa. Tengok kat cmart minggu lepas ada la, tapi harinya sekali ganda.. kn tunggu mama kumpul duit dulu la...  Sebakul bola-bola kecil ditaburkan sekitar ruang tamu.. bersabarlah wahai hati..

♡ mewarna ♡

Semalam, balik dari taman permainan menyinggah sebentar di cmart abang danial mengamuk nak beli buku mewarna nasibla murah saja maklumlah, mamamu sedang menabung sekarang,  Tiada perbelanjaan melebihi bajet, ok!

riadah

Badan sihat, otak cerdas bawa anak bersukan di poli

~ belajar solat ~

Moga Danial jadi anak yg soleh Al Fatihah masih belum hadam sepenuhnya angkat takbir, terus dengan bacaan surah al Ikhlas.. tapi, sejuta tahniah sebab Danial tetap bersemangat walaupun diganggu oleh adik adik pun nak solat sama gamaknya, nak abang Danial jadi imam.. Love my ahli syurga...

puteriku

 Inilah dia puteriku sudah setahun 9 bulan sudah pandai ngomel macam-macam love her sooo much♥♥♥

♥ TAHNIAH ♥

Alhamdulillah sujud syukur yang panjang ke hadrat Allah Taala akhirnya cita-cita suami kesayangan untuk melanjutkan pelajaran  BERJAYA!!! Sejuta tahniah  moga kekanda akan terus mencipta kejayaan dunia akhirat SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA MUSLIM YANG BERSUNGGUH- SUNGGUH DALAM SEMUA URUSANNYA...

♡ hadiah istimewa ♡

Sudah beberapa purnama tak sempat nak update blog sibuk bebenar tambahan baru mula buat bisnes online di tambah sibuk melayan dua orang buah hati pengarang jantung Selepas dah dapat hadiah istimewa tanpa sebab,  Tetiba je semangat nak menulis muncul walaupun sudah berusaha mengumpul duit sendiri tak pernah2 nak cukup kenalah baba belanja juga... Hadiah apalah yang istimewa sangat tu? Huhu... ia adalah hangpong idaman mama... dan hari ini sudah berada ditangan atas usaha gigih baba  usaha untuk dapatkan yang terbaik dan termurah kat mana lg kalau bukan di mudah.my mudah.my yang sudah memudahkan dengan izin Allah jua.. maklumlah kewangan keluarga harus diutamakan.. Banyak benda yang baba telah beli hasil pencarian di mudah.my antaranya rumah yang kita tinggal sekarang lap top baba, wiper kereta, timing belt.. Moga Allah akan terus memudahkan urusan hidup kita sekeluarga..

Harapanku subur kembali

Wahai Tuhan ku Yang Esa Bila kenangkan Qahar-Mu Rasa gerun di hatiku Kerana takutkan seksa-Mu Hamba-Mu rasa berputus asa Siapakah dapat bersihkan diri Dari segala dosa yang memburu Setiap hari setiap ketika Tika mengenang Ghafar-Mu Putus asa tiada lagi Semangatku pulih semula Harapanku subur kembali Ujian menimpa menekan di jiwa Tak sanggup meneruskan perjuanganku Mehnah-Mu itu penghapus dosaku Mengganti hukuman-Mu di akhirat Di waktu mengenang rahma-tMu Terasa diri kurang bersyukur Pada-Mu harusku memohon Moga syukurku bertambah Alangkah susahnya Mendidik nafsuku Yang tidak mengenal kebenaran-Mu Ya Alloh Tuhanku Bantulah hamba-Mu Dalam mendidik jiwaku ini Wahai Tuhan ku Yang Esa Bila kenangkan Qahar-Mu Rasa gerun di hatiku 
SELAMAT DATANG BULAN REJAB

Siti Khadijah

Pagi ini saya mencuri sedikit masa untuk membaca sirah, isteri junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, untuk membangunkan kembali semangat yang kian luntur dari dalam diri, semangat untuk berkhidmat kepada suami dan anak-anak.. semangat untuk menjadi isteri terbaik kepada buah hati pilihan Allah, mama terbaik kepada anak-anak, anak terbaik kepada ayah bonda,  Siti Khadijah isteri Rasulullah saw yang paling dicintai... Kisahnya membangunkan jiwa yang alpa.. dipetik daripada blog cahayapurnama.com Wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah Siti Khadijah binti Khuwailid. Ummul Mukminin (ibu orang mukmin) ini lahir di Mekah pada 556 Masihi. Khadijah al-Kubra adalah seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan. Siti Khadijah merupakan seorang janda tatkala bernikah dengan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w pada ketika itu yang digelar ‘al-Amin’ memperdagangkan b

kawan -kawan

Sekarang, suka cakap assalamualaikum kawan-kawan.. pastu babai-babai mama baba, seronok sangat gamaknya dapat jumpa kawan kat sekolah, yang mama tahu, best fren Danial kat sekolah ialah Ali Ilhamy dan kak Amuni (Auni).. Sikit-sikit nak tengok gambar dua beradik tu.. Seminggu sebelum balik mengundi hari tu, sempatlah berdating dengan famili Auni angkara baba ada projek photo shot kat tasek ngan Ustaz Farid a.k.a ayah Auni.. Seronok sakan la dia.. berlari ke sana-sini.. Danial pegang "jemput", Ali pegang roti.. comeynya selipar Ali, beli kat mano tu? seronok sungguh melompat...

PILIH

Moga kita tergolong orang yang bijak memilih kerana setiap hari kita perlu memilih untuk bangun awal bertahajjud atau meneruskan lena yang sangat indah dan mengasikkan memakai pakaian syurga atau pakaian neraka bekerja bersungguh-sungguh atau bermalas-malasan memasak dirumah dengan penuh kasih sayang atau makan dikedai,  memilih kedai makan yang tukang masaknya menutup aurat atau kedai yang sedap... memilih untuk solat dulu atau makan dulu.. Itulah kehidupan, setiap hari penuh dengan pilihan. MOGA KITA BIJAK MEMILIH DENGAN HATI SUPAYA HASILNYA TERBAIK!

hobi baru

Hobi baru suamiku. Marilah sama-sama kita cuci mata tengok gambar permandangan indah hasil sentuhan suami tercinta YUSOFF YAACOB

PINDAH MASUK JANNAH AT TAQWA

Alhamdulillah, minggu ini genaplah 2 bulan kita tinggal di JAT.. JAT nama rumah kita hasil idea bernas seorang sahabat, syukran sahabat. Walaupun dah dua bulan masuk rumah, belum sempat lagi saya nak update di blog. Kini, ruang untuk menghirup udara nyaman makin ada.. Bila semua barang dah di masukkan ke tempat sepatutnya. Moga rumah pinjaman Allah ini adalah sebuah syurga dunia buat semua.. Tetamu yang datang membawa seribu keberkatan.. Kepada teman-teman, jemputlah datang ke teratak kami sekeluarga.. MOGA ALLAH MEMBERKATI SEGALANYA

Tambah susu

Salam wbt.. Sehingga kini, alhamdulillah Zahra solehah saya masih lagi menyusu badan dan belum minum sebarang susu formula. Zahra juga diberi makan bubur dengan makanan harian yang sama dengan mama, baba dan abang Danial. Adik menunjukkan penerimaan yang baik, cuma kadang kala ada juga yang sembelit. Hari ini nak berkongsi tips untuk menambahkan susu badan yang saya amalkan, dan alhamdulillah berkesan juga la.. : Makan biskut/nasi.. Bila susu xda, kena makan nasi banyak-banyak walaupun tak lalu.. Pizza. saya lebih suka domino. Nak buat sendiri tak reti.. Pernah buat tapi keras sikit. Mungkin tersalah adunan. Cheese tart.  Cheezy wedged, boleh buat sendiri kat umah. Minum madu plus susu. Madu yang saya makan mengandungi habbatus sawda.. jadi memang bagus sangat. susu melimpah.. kenalah merajinkan diri dengan ikhlas untuk makan supaya anak dapat minum susu yang terbaik.. I LOVE BF.

Mac already..

Alhmdulillah.. sudah masuk bulan mac cepat sungguh masa berlalu adik zahra dah masuk setahun rupanya sehingga kini mama belum pernah update story pasal breastfeeding adik. bukan tak mau citer, tapi masih dalam tempoh bertenang..huhu my sweet ZAHRA is 11 months adik zahra sudah hampir masuk 11 bulan alhamdulillah.. masih fully menyusu dengan mama nak sampai tempoh setahun ni, banyak sungguh cabaran nak bf rupanya baru mama tahu, sebab sebelum ni masuk 5 bulan dah kalut nak campur fm dah. tu sebab tak de knowledge pasal breastfeeding ibu-ibu memang kena rajin membaca untuk tambah ilmu tentang bf ni.. alahai seksanya nak menulis sebab abang danial dah "patahkan" mama punya huruf-huruf keyboard ni.. patah tu samalah dengan cabut.. kita teruskan pasal adik zahra.. tiap-tiap hari mama kelekla pam spectra yang besar gedabak tu ke hulu ke hilir untuk pumping kadang-kadang ada student tanya, cikgu bawak apa tu? mama senyum je.. ada hari, bawak sajer je pam tu, tak

Sweet January

 Januari 2013 telah pun membuka tirainya.. Tapi mama baru berkesempatan untuk update di sini.. Maklumlah, kesibukan menguruskan bintang hati Malam ni, Baba sibuk memeriahkan PROGRAM LANTUNAN MAHABBAH di Stadium Suka Menanti, jadi adalah sedikit ruang untuk buka lap top.. Jika tak, memang kurang rajin nak mengadap,.. Kali ni, mama nak coretkan kenangan kita ke KL minggu lepas.  2 tujuan utama kita ke KL: 1) walimah anak ayah Jib, tok sedara adik ngan abg, sepupu mama 2) IKEA  DAY 1 Rabu, 16 Januari Kita bertolak dari rumah dah lewat pun, dalam pukul 7.00 malam. Itu pun sebab kita terpaksa bertolak tergesa-gesa dek kerana baba dapat surat kena pergi kursus Jika ikutkan jadual asal, kita akan bertolak hari Khamis, 17 Januari, terpaksalah mama ambik cuti. DAY 2 Khamis, 17 Januari Hari ini baba pergi kursus, mama pulak temankan Cik Ma yang masih bercuti selepas keguguran. Anak-anak Cik Ma semua bersekolah, jadi tinggal kita je kat rumah. Peta