Skip to main content

Mac already..

Alhmdulillah..
sudah masuk bulan mac
cepat sungguh masa berlalu
adik zahra dah masuk setahun rupanya
sehingga kini mama belum pernah update story pasal breastfeeding adik.
bukan tak mau citer, tapi masih dalam tempoh bertenang..huhu

my sweet ZAHRA is 11 months
adik zahra sudah hampir masuk 11 bulan
alhamdulillah.. masih fully menyusu dengan mama
nak sampai tempoh setahun ni, banyak sungguh cabaran nak bf rupanya
baru mama tahu, sebab sebelum ni masuk 5 bulan dah kalut nak campur fm dah.
tu sebab tak de knowledge pasal breastfeeding
ibu-ibu memang kena rajin membaca untuk tambah ilmu tentang bf ni..

alahai seksanya nak menulis sebab abang danial dah "patahkan" mama punya huruf-huruf keyboard ni.. patah tu samalah dengan cabut..

kita teruskan pasal adik zahra..
tiap-tiap hari mama kelekla pam spectra yang besar gedabak tu ke hulu ke hilir untuk pumping
kadang-kadang ada student tanya, cikgu bawak apa tu?
mama senyum je..
ada hari, bawak sajer je pam tu, tak dan pun nak pumping disebabkan kesibukan yang amat..
hinggalah menyebabkan stok susu adalah zero
xada langsung...
baba pun sibukla tanya
macam mana ni sayam, susu mia dah abis stok
mama : tak pe, in sha allah cukup..
tu lah jawapan terbaik yang mampu diberikan 3 bulan lepas,..
dah sehingga kini mama dan adik masih mampu bertahan..
namun, kenalah mewajibkan diri untuk mengepam di sekolah walaupun sekalo sahaja..
pam sekali pagi dan sekali petang, dapatlah stok untuk esok..

bila susu rasa kurang.. ngadu kat baba
baba : sayam nak makan apa untuk tambah susu? domino ke cheezy wedges? (aduhai baiknya suamiku, bertuah kita ya anak-anak)
mama : nak makan semua..
dan bila baba beli, memang supermama akan habiskan kesemuanya dengan girangnya. macaaaaam budak kecik...

bila tengok adik zahra dan abang danial
mama dan baba selalu ucap syukur..
alhamdulillah, kita dah ada dua orang anak..
ramai lagi kawan-kawan yang belum punya rezeki untuk memiliki cahaya mata..
belum punya jodoh....
tq Allah..
tiga buah hati...

manja.. buat gaya apa tu sayam?

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...