Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

New episode of homeschool

Lama rasanya tak update tentang program homescooling kami. Tambah lagi, kelancaran program yang dirancang tidaklah semeriah di atas kertas. Namun, semangat baru muncul kembali dengan membuak-buak sekali selepas saya menyertai group wassup Homechooling. Melalui group tersebut, banyak perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat untuk ibu muda yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia homeschool seperti saya. Diharapkan dengan menyertai support group seperti ini, saya sentiasa peka dengan apa yang dimatlamatkan untuk anak-anak. Dengan kali lain, FOKUS. Mentor kami ialah : Dr Siti dan suaminya En. Fauzan yang telah lama berpengalaman menjalankan homeschool kepada anak-anak mereka. Once upon a time.... Apa itu homeschool ? Melalui pemahaman saya sendiri, homeschool  ialah satu proses pembelajaran murid-murid di rumah dengan ibu bapa memainkan peranan sebagai guru. Bagaimanakah/apakah yang menyebabkan Dr. Siti boleh memulakan homeschool? Dr. Siti memulakan homeschool ket