Skip to main content

New episode of homeschool

Lama rasanya tak update tentang program homescooling kami. Tambah lagi, kelancaran program yang dirancang tidaklah semeriah di atas kertas. Namun, semangat baru muncul kembali dengan membuak-buak sekali selepas saya menyertai group wassup Homechooling. Melalui group tersebut, banyak perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat untuk ibu muda yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia homeschool seperti saya. Diharapkan dengan menyertai support group seperti ini, saya sentiasa peka dengan apa yang dimatlamatkan untuk anak-anak. Dengan kali lain, FOKUS. Mentor kami ialah : Dr Siti dan suaminya En. Fauzan yang telah lama berpengalaman menjalankan homeschool kepada anak-anak mereka.

Once upon a time....


Apa itu homeschool?
Melalui pemahaman saya sendiri, homeschool  ialah satu proses pembelajaran murid-murid di rumah dengan ibu bapa memainkan peranan sebagai guru.

Bagaimanakah/apakah yang menyebabkan Dr. Siti boleh memulakan homeschool?
Dr. Siti memulakan homeschool ketika anaknya Fauzan berusia enam tahun. Dalam kekalutan mencari sekolah yang bersesuaian untuk anak sulungnya, beliau telah menemukan jalan terbaik, iaitu mengajar anaknya sendiri di rumah. Dalam mencari sekolah yang bersesuaian, beliau telah menemui pelbagai jenis individu untuk bertanyakan tentang sekolah dan permasalahannya. Apa yang diperoleh, beliau dan suaminya membuat kesimpulan bahawa mereka kurang yakin dengan sistem persekolahan sekarang yang tidak pernah matang, asyik berubah-ubah. Akhlak anak-anak sekolah juga semakin membimbangkan. Lantaran itulah, beliau dan suaminya sebulat suara memilih homeschool untuk anak-anak mereka.

Bagaimanakah Dr. Siti lawan dengan orang yang berpegang dengan sistem sekolah. Orang kata, kalau tak bersekolah,masa depan pun kurang cerah.
Kita sememangnya tidak boleh lawan mereka yang berpegang kepada sistem sekolah, namun kita boleh buktikan. Buktikan dari perkara yang baik. Buktikan bahawa anak kita yang menjalani homeschool mempunyai akhlak dan kemampuan yang lebih baik. Dr. Siti mengatakan bahawa, akhir sekali, mereka yang menentang sendiri akan mengakui kebaikan homeschool apabila melihat anak-anak beliau.

Sebelum ini, memang saya telah memulakan program homeschool untuk anak-anak, namun bukan dengan bersungguh-sungguh. Tambahan lagi, bila Danial dan mula memasuki sekolah PASTI, saya bagaikan melepaskan tanggungjawab tersebut kepada cikgu-cikgu di sekolah. Saya banyak menumpukan kepada kemahiran psikomotor, contohnya permainan lego, berbasikal, permainan simulasi dan banyak lagi. Lebih kepada play learning. Tapi, kebelakangan ini, saya nampak Danial begitu berminat dengan nombor. Dia suka sebut dua nombor sebagai operasi tambah. Contohnya bila tengok nombor 15, dia akan sebut 1+5. dan semalam, saya cuba mengajar dia pengenalan operasi tambah. Subhanallah, dia dan menguasai dengan baik.
Saya dan suami memang menanamkan cita-cita pada Danial dan Damia untuk menjadi hafiz dan hafizah. Tapi saya yang kami terlepas pandang, menanamkan niat menjadi hafiz hafizah hanya kerana : lillahitaala. Itu yang Dr. Siti tekankan kepada anak-anaknya. Dr. Siti selalu bagi ransangan kepada anak-anaknya untuk belajar apa sahaja, janji ia membawa mereka kepada syurga Allah. Masya Allah, hebat sungguh ajaran beliau. Semuanya kerana Allah.
Kita memang buat semuanya kerana Allah, namun bagi anak-anak kecil menyebut dan membiasakan niat kerana Allah itu perlu. Sedangkan kita yang sudah dewasa selalu juga terpesong niat, apatah lagi anak-anak  kecil yang perlukan bimbingan.

TV : Hapuskan Kotak Hitam yang Merosakkan
Ya, bagi saya tv banyak memberikan pengaruh negatif daripada kebaikan. Kita akan merasa senang hati, dapat membuat kerja rumah bila letakkan anak depan televisyen. Anak-anak sekecil Danial dan Damia tentunya tidak kisah jika dibiarkan menonton kartun kegemaran  sehingga dua jam. Danial pernah menonton kartun hampir tiga jam tanpa henti. Bayangkan, hari itu, saya menjadi ibu yang mengalah kepada anak sekecil dia. Saya tidak mampu membendung tangisannya yang berkeras mahu menonton tv seharian kerana ketika itu suami ada kuliah di UUM. Selepas kejadian itu, saya cadangkan kepada suami supaya hentikan sahaja siaran ASTRO kerana kami sendiri tiada masa untuk menonton tv. Untuk menghapuskannya seperti mana Dr. Siti lakukan tentulah agak sukar. Namun, saya akan gunakan tv yang ada itu untuk menggantikan LCD. Kami ingin memilih apa yang anak kami tonton. Itulah yang kami lakukan sebelum adanya ASTRO di rumah. Homeschool tidak akan berjaya jika kita tidak dapat membendung pengaruh tv dikalangan anak-anak. Suami memang bercadang untuk membeli sebuah komputer yang dilengkapi internet untuk memudahkan proses pembelajaran anak-anak.
 Masih teringat kisah semalam, balik sahaja dari sekolah, Danial merengek mahu menonton tv. Kebetulan ketika itu, saya memang tak jumpa cari remote.Jadi, saya memang punya alasan  yang kukuh. Sepanjang petang, dia merengek dan merengek, saya masih dengan alasan yang sama; remote hilang! Akhirnya, sampai ke malam tiada yang menonton si kotak hitam tersebut. Danial sudah lupa dengan keinginannya bila dia bermain LEGO!  


Bahan-bahan Homeschool
Saya memang banyak search bahan yang berkaitan dengan topik-topik yang perlu dikuasai oleh Danial mengikut tahapnya. Namun, kebanyakan bahan yang dibeli tidak mengikut spesifikasi dan kurang berkualiti untuk anak kecil. Saya banyak membeli buku, kamus dan carta. Tapi, apabila semuanya tidak di laminate, maka kuranglah ketahanannya. Koyak sana sini. Menurut Dr. Siti, dalam menjalankan homeschool, ibu bapa perlu sediakan bahan penting seperti mesin laminate, plastik laminate saiz A3 dan A4, kertas warna. Bahan-bahan bergambar banyak terdapat di internet dan youtube.     

Comments

Popular posts from this blog

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

Takut untuk makan

Cuti sekolah sudah bermula ! Mama dan Danial sangatlah seronok kerana kita berdua dapat balik ke tanah tumpahnya darah Danial, Jitra.. Rindu Jitra. Sejak minggu lepas lagi, mama sudah sibuk mengemaskan semua barang-barang kita memandangkan Ustazah Azizah akan melangsungkan akad nikah Cik Syahirah dan juga mengadakan majlis selawat dan akikah buat cucunya. Keseronokan berganda buat keluarga ustazah kali ini. Tahniah dari kami. Setelah membuat kerahan tenaga bersama baba, semua barang dapat dipunggah ke dalam kereta dengan jayanya walaupun barang-barang berselarak di sana sini.  Balik ke Jitra memberikan mama peluang untuk kembali beraksi di dapur setelah lama meninggalkannya tak berasap. Sedih sungguh melihatkan keadaan dapur itu, barang-barang banyak yang tidak lengkap memandangkan mama tidak membawa semua barang balik ke JItra. Mama sangat teruja untuk memasak memandangkan sudah lama baba tidak merasa air tangan mama. Hilang selera! Lama sudah rasanya mama asyik hilang ...