Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

~ Cuti-cuti Indah ~

Percutian kali ini sungguh indah, seronok dan relax buat mama. SEronoknya dapat bermain-main dengan Danial, melayan benda-benda baru yang Danial baru belajar dan sangat teruja tunjukkan pada mama. Banyak sangat perkembangan Danial yang mama dapat lihat sepanjang cuti sekolah ni.. Seronok, rupa-rupanya anak mama sangat pandai. Doa mama buat Danial. Perkembangan setahun Mama masih belum puas bercerita tentang kamu sayang. Rasanya terlalu banyak nak coretkan. Danial menunjukkan perkembangan psikomotor yang sangat memberangsangkan. Walaupun masih belum boleh berjalan, Danial merangkak tersangatlah laju. Danial juga kuat memanjat. Pantang nampak tangga dan grill  mesti nak panjat. Ada yang geleng  kepala melihat aksi Danial. Alhamdulillh Bila Danial berdiri, sudah jarang sekali jatuh-jatuh. Moga Danial cepat-cepat boleh berjalan kerana perut mama pun semakin besar, Danial pun sudah 10 kg,... mengah juga mama dan mendukung kamu sayang.  Mana tak 10kgnya, Danial kuat makan.Danial k

Kisah setahun

Setahun yang hebat !  Danial berjaya melangkah setahun pertama dalam hidup kamu dengan cukup hebat sekali. Danial membesar dengan cukup hebat. Mana tidak hebatnya, Danial berjaya menjadi hero, menemani mama di Kuala Pegang, menyapu air mata mama tatkala mama menagis kepayahan, menemani kegelapan malam tanpa tangisan tatkala bekalan elektrik di rumah sewa kita terputus, berulang alik dari Jitra ke Kuala Pegang dan macam-macam perkara hebat yang Danial berjaya lakukan. Alhamdulillah ! Kisah kelahiran   Danial dilahirkan oleh mama pada usia 34 minggu  tanggal 1 Muharram 1432 Hijrah jatuh pada hari Ahad, 5 Disember 2011 Danial dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah oleh Doktor Rahimah, usianya sebaya mama. Danial lahir dengan berat 2.14 kilogram dan ketinggian 42 cm. Kisah penyusuan Kisah penyusuan tidak lengkap Danial banyak membuat mama rasa bersalah. Di awal kelahiran, mama menyusukan Danial sepenuh masa dengan susu badan ketika itu, Danial langsung tidak mahu

~ SETAHUN DANIAL ! ~

Selamat menyambut ulang tahun yang pertama buat anak soleh mama, Danial, sekejap jer rasanya masa berlalu, mama masih terkenangkan manisnya mengandungkan Danial selama 34 minggu, ketidaksabaran mama dan baba untuk melihat Danial Allah kabulkan dengan takdir kelahiran kamu sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan, dan kamu sekarang sangat sihat walaupun kelahiran pramatang, senyuman Danial pengubat luka mama dan baba,  terima kasih Allah kerana menghadirkan Danial buat kami... moga Danial jadi hamba yang taat, moga Danial anak yang soleh, moga Danial selamanya menjadi penyejuk hati mama dan baba, moga Danial mendapat yang terbaik dunia akhirat... we love u so much..

Takut untuk makan

Cuti sekolah sudah bermula ! Mama dan Danial sangatlah seronok kerana kita berdua dapat balik ke tanah tumpahnya darah Danial, Jitra.. Rindu Jitra. Sejak minggu lepas lagi, mama sudah sibuk mengemaskan semua barang-barang kita memandangkan Ustazah Azizah akan melangsungkan akad nikah Cik Syahirah dan juga mengadakan majlis selawat dan akikah buat cucunya. Keseronokan berganda buat keluarga ustazah kali ini. Tahniah dari kami. Setelah membuat kerahan tenaga bersama baba, semua barang dapat dipunggah ke dalam kereta dengan jayanya walaupun barang-barang berselarak di sana sini.  Balik ke Jitra memberikan mama peluang untuk kembali beraksi di dapur setelah lama meninggalkannya tak berasap. Sedih sungguh melihatkan keadaan dapur itu, barang-barang banyak yang tidak lengkap memandangkan mama tidak membawa semua barang balik ke JItra. Mama sangat teruja untuk memasak memandangkan sudah lama baba tidak merasa air tangan mama. Hilang selera! Lama sudah rasanya mama asyik hilang sele

Pertukaran Anda Tidak Diluluskan

tapi mama sangat bersyukur mama punya baba dan Danial..

sebulan sebelum setahun

Alhamdulillah, kini Danial sudah menginjak 11 bulan usianya. Seronok sangat mama dan baba tengok Danial membesar dengan pelbagai ragam dan kerenah yang sangat menghiburkan. Danial kini snagat laju merangkak ke sana ke mari, memanjat manjat, dan juga sangat pakar dalam bidang terjunan. Mama dan Danial akan tidur di bawah, Danial kini sudah boleh naik ke atas katil sendiri, tanpa bantuan mama. Cuti Hari Raya Haji memberikan peluang kepada kita sekeluarga untuk pulang ke kampung. Kampung mama dan kampung baba. Danial bukan main seronok merangkak ke sana sini memandangkan  rumah di kampung lebih luas dan lapang untuk Danial bergerak. Danial menjadi penyeri di kampung mama kerana Danial sorang saja anak kecil yang ada. Cik Su, Cik Ya, Pok Teh, Pok Ji, Pok Yong, Pak Long, Ayah Qi, semuanya ada untuk berebut-rebut mendukung Danial. Rezeki cuti kali ini ialah Danial menerima sepasang baju daripada Ayah Long yang baru pulang dari US. Dia berkursus selama sebulan. Mama dan baba turut mene

Kawad Kaki

Danial kini sangat aktif bertatih untuk berjalan, baba pula suka melayan. Melayan anak terunanya menguatkan otot-otot kaki untuk menjadi seorang muslim yang hebat. Danial berjalan seolah-olah berkawad kaki, seronok mama dan baba melayan. Memang Danial kena banyak berlatih untuk berjalan kaki kerana Rasulullah suka berjalan kaki untuk menjaga kesihatan diri. Hebatkan cara Rasulullah menjaga kesihatan diri! Tidak perlu Takasima ataupun Ogawa, semuanya senang dan mudah untuk diamalkan oleh ummatnya. lokasi ; MASJID ZAHIR, ALOR STAR, KEDAH Baba dan mama suka bawa Danial ke masjid ini, masjid yang lapang  dan "hidup". Banyak kuliah agama yang dijalankan di sini. Insya Allah, jika ada kesempatan kita akan pergi lagi. Baba melayan Danial hingga kepenatan. Selepas aktif bergerak ke sana sini, Danial poo dan pee di sini. Mama dan baba bersihkan Danial di belakang masjid. Akhirnya Danial tertidur kepenatan. 

~ Aktiviti lasak ~

Danial kini sangat lasak, suka memanjat-manjat di sana sini. Moga menjadi insan yang sihat. Mama sayang Danial.

~ meneladani yang diteladani ~

Menyorot kepada beberapa keluhan mama sebelum ini tentang kita, mama telah banyak TERKENA!. Mama yang sangat lemah ini banyak mengeluh. Sedangkan ujian baru secubit cuma. Tolonglah, kesusahan orang lain lebih daripada kita, jika mama mempunyai kesulitan, orang lain lebih lagi. Itulah yang sepatutnya ditanam di dalam minda kita sayang supaya kita sentiasa menjadi insan yang kuat dan tabah. Setabah, Siti Fatimah, puteri Rasulullah.  Lahirnya Si Puteri Bongsu              Saat Ummul Qura (Makkah) menyaksikan orang-orang Quraisy membaiki Kaabah, lahirlah puteri bongsu Rasulullah SAW. 5 tahun sebelum kenabian. Beliau sangat mirip dengan ayahandanya yang mulia. Disusui sendiri oleh bondanya. Tatkala masyarakat jahiliyah malu besar setiap kali menerima berita lahirnya anak perempuan, namun Rasulullah SAW sangat gembira dengan kelahiran puterinya. Mencintai dan menyayanginya dengan penuh tulus.              Didikan di Rumah Kenabian              Sekolahnya di rumah kenabian. Ber

Elken Sprulina

Kebelakangan ini, mama rasa sangat tidak larat, makan tidak ada selera, Danial masih lagi menyusu. Mama perlukan makanan tambahan. Mama ingin menyambung pengambilan suplemen Elken Sprulina yang mama ambil sepanjang mama mengandungkan Danial. Alhamdulillah, dengan izin Allah, banyak membantu mama untuk lebih bertenaga. MENYINGKAP RAHSIA ELKEN SPIRULINA DR CLEMENT tlh mengkaji thp kesihtn penduduk di GANIMOU, AFRIKA..ternyata mereka lebih sihat dan aktif berbanding penduduk yg bertamadun yg lain. Di dlm tasik di kwsn mereka tinggal terdapat sejenis rumpai laut..yg dikenali sbg alga biru hijau ataupun dikenali sbg spirulina di zaman ini. Beliau membawa pulang sampel spirulina dan mengkaji khasiat yg terdapat di dlm rumpai laut tersebut ke Perancis, hasil kajian mendapati bhw spirulina mmg kaya dgn khasiat dan kualitinya terbaik sbg makanan seimbang abad ini. Beliau bersama Dr. Watanabe membaktikan seluruh hayat di dalam bidang penyelidikan spirulina. Kemudia, Prof. Keiun Kodo m

Mama kena kuat

Sayangku Danial, Mama kena kuat, bukan kuat angkat yang berat-berat, Tapi kuat jiwanya, supaya anak-anak  mama juga kuat. Walaupun ketika ini mama sangat alah dengan bau-bau, Walaupun bua kuah laksa yang mama sangat suka sebelum ini, Mama tetap kena kuat. Mama kini pening-pening lalat, bila mama kurang selera makan, Mama tetap kena kuat. Mama kena kuat, walau kini mama tak larat, rasa semua benda berat, Mama kena kuat, walaupun Danial kini kuat merap, setiap masa minta didukung diangkat, " Sesungguhnya, niatkan semua kerana Allah, walau tak larat macam mana pun." Mengandung  kerana Allah, Melahirkan anak kerana Allah, Menjaga anak juga kerana Allah, Insya Allah, semuanya jadi larat.

~ 10 bulan, semakin soleh ~

Menjelang genapnya umur Danial sepuluh bulan, kemanjaan Danial semakin terserlah. Orang kelantan kata manjo dene. Danial dulu dan kini sedikit berbeza. Dulu Danial lebih suka bermanja-manjaan dengan Baba berbanding dengan mama kerana mama sering keletihan. Kini apabila semakin besar, dan setiap hari Danial akan menemani mama apabila Baba balik ke Jitra, sudah tentunya Danial lebih suka memerap  dengan mama. Suka di dukung Memang lumrahnya anak kecil suka didukung. Bila sudah pandai berjalan dan berlari, tidak lagi. Kebiasaanya suka didukung akan bertukar kepada lebih suka bebas meneroka dunianya sendiri. Oleh itu, mama tidak pelik jika Danial selalu merengek-rengek minta mama dukung setiap petang atau bila-bila masa Danial rasa kebosanan. Mama suka dukung Danial walaupun berat Danial kini sudah 8.4 kg. Bila dukung Danial, mama boleh peluk cium Danial. Mama akan gurau-gurau dengan Danial. Sangat seronok. Nak ikut!!!!!!!!!! Mungkin itulah yang Danial katakan setiap kali Mama

Ujian Tanda Allah Sayang

Petang semalam, mama dan Danial balik ke Jitra. Perjalanan berdua yang sungguh indah. Danial tidur lena sepanjang perjalanan, ditambah lagi cuaca yang bhujan renyai-renyai menambahkan syoknya anak mama tidur. Mama pula ditemani lagu-lagu indah yang banyak memberi ruang untuk mama muhasabah diri.. Tujuan balik Tentunya Danial pelik, kenapa mama membawa Danial pulang ke Jitra pada hari Selasa, sedangkan Rabu dan Khamis mama masih perlu mengajar. Mama sebenarnya telah mengambil cuti. Cuti yang bertujuan memenuhi tuntutan temujanji Danial dengan doktor pakar kanak-kanak di Hospital Sultanah Bahiyah, tempat di mana Danial dilahirkan. temujanji terakhir adalah kira-kira 2 bulan lepas. Kronologi Pemeriksaan Doktor Pakar Pemeriksaan pertama mendapati Danial masih lagi diserang kuning walaupun sudah berusia satu bulan. Semasa baba dan mama pergi ke hospital untuk temu janji pertama, muka Danial masih lagi kelihatan kuning, walaupun tahap kuningnya tidaklah tinggi, tapi doktor t

Semuanya selamat

Pada hari Khami s yang  lalu, mama dan Danial telah selamat tiba di Alor Star lebih kurang pukul 12 tengah hari. Kepulangan kami kali ini Alhamdulillah telah menyelesaikan beberapa perkara; kami berjaya mendapatkan surat Tapisan Keselamatan mama di JPN telah berjumpa dengan individu yang bertanggungjawab dengan bahagian pertukaran dan mendapat respon yang positif menyelesaikan semua urusan di bank rakyat Jitra. melawat jiran lama - Cik Kiah dan En. Rahim menghadiri majlis akikah anak sulung Cik Siti mencuci rumah kita di Taman Seri Murni  membeli sabun cloth diapers yang dikirim oleh Ustazah  kepulangan kali ini penuh dengan agenda. Mama berasa sangatlah seronok kerana dengan izin Allah, semuanya dapat diselesaikan.  Selamat tiba Sewaktu di majlis akikah, ramai yang bertanya, bagaimana mama memandu selama 1 jam setengah, Danial tak menangis ke?  Alhamdulillah, kepulangan kami kali ini sangat mudah dengan pertolongan Allah. Terima kasih buat Mr Baba kerana membelikan

Ya Allah, tolonglah kami...

Musim sekarang ini, guru -guru yang minta tukar sekolah akan sentiasa membuka laman web eg-tukar untuk menyelesaikan semua urusan mengisi maklumat pertukaran secara sebelum tarikh tutup; 1 Oktober. Keputusan pertukaran dijangka akan keluar pada 14 November 2011. Mama adalah antara ribuan guru yang memohon untuk bertukar ke sekolah yang lebih dekat dengan suami. Mama sudah mengisi borang pertukaran sebanyak dua kali, dan ini kali ke tiga. Moga Allah mudahkan urusan kami.  Kali ini, mama lebih banyak memohon pada Allah, moga Allah sangat mendengar permohonan mama, baba dan Danial untuk tinggal bersama. Syarat Pertukaran Menurut orang lama, semua guru mestilah berkhidmat di sesebuah sekolah selama 4 tahun barulah boleh membuat permohonan untuk bertukar. Tempoh yang kurang daripada itu tidak akan dilayan. Mama telah berkhidmat di SKKP selama hampir dua tahun, jika betullah syarat 4 tahun, bermakna tinggal dua tahun lagi. Tapi, syarat tu kan manusia yang buat, kuasa Allah lagi besar.

Agenda terhangat minggu ini!

Banyak agenda terhangat minggu ini yang mama perlu selesaikan. Ambil surat Tapisan Keselamatan di JPN untuk pengesahan jawatan. Isi borang tukar, minta signature daripda tn Gb, hantar dua salinan ke JPN. Bank Rakyat Jitra - urusan pinjaman tanah Ar Rahnu Jitra - urusan pajak gadai Pejabat Zakat Jitra Tabung Haji - simpan duit raya Danial Memandu balik ke Jitra - Danial, tolong jadi anak yang sangat soleh, jangan nangis2 masa mama drive ye cayang. Alhamdulillah, tadi masuk pejabat jumpa dengan bos, minta untuk balik lebih awal esok supaya sempat untuk tiba di JPN sebelum lunch hour. Moga Allah lembutkan hati semua orang yang berurusan dengan kami esok.Moga Allah mudahkan semua urusan. Mudah, mudah dan mudah. 

Mama mesti gembira

Mama mesti gembira atas banyak kesenangan yang Allah anugerahkan kepada kita sekeluarga. mama punya suami yang hebat seperti baba walaupun kita terpaksa tinggal berasingan. mama punya anak yang sangat cerdas dan sihat seperti Danial sedangakan masih ramai yang inginkan anak, belum direzekikan oleh Allah. mama masih boleh menyusukan Danial, sedangakan ada ibu yang tidak boleh menyusukan anaknya kerana sakait barah otak tahap 4. mama masih boleh senyum  mama masih boleh berjalan sedangkan ada yang sebaya mama di ujian Allah dengan kakinya terpaksa dipotong akibat kemalangan. walaupun terpaksa memandu 2jam membawa Danial pulang ke Jitra, mama sangat bersyukur kerana penglihatan mama masih sangat baik.  mama harus gembira supaya baba dan Danial gembira.  YA ALLAH, AKU SANGAT BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN. JAUHKAN AKU DARIPADA MENJADI HAMBAMU YANG LALAI.

~ Anugerah 9 bulan ~

Alhamdulillah, Danial kini sudah mencapai umur 9 bulan. Banyak perkembangan Danial yang mama dan baba dapat lihat, seronok tengok kamu membesar sayang. Danial kini sudah ; Pandai crawl ke merata-rata tempat suka kutip semua benda yang ada depan mata perkembangan Danial lebih cepat dalam bahagian pertuturan kerana Danial suka cakap. Dah boleh sebut "mama" dan "baba". Bila nak tidur, macam-macam bunyi Danial bebelkan.  Dah ada perasaan sedih, sebak. Baba suka usik, cakap "aaapo ni?", mata Danial akan bergenang dengan air mata, selepas tu mula menangis. Rambut dah panjang, mama rasa nak potong, tapi baba kata nanti dulu, kalau g mana-mana kena pakai kopiah sebab ramai yang ingatkan Danial di pompuan. isk,isk, isk.. Dah banyak tanda-tanda nak merangkak dan berjalan. Selepas raya, sangat manja, tak mau duduk, asyik nak berdukung jer dengan mama, tau la dekat kampung ramai orang suka dukung dia. pipi Danial makin tembam, pergi mana-mana, ada je yang

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga... Moga Allah menerima amalan puasa Ramadhan kita..

LAILATULQADAR, SUDAH BERLALUKAH?

Semalam ialah malam yang ke 27 Ramadhan pada tahun ini. Semalam juga mama, baba dan Danial baru tiba daripada Baling. Baba sudah berpesan untuk ke masjid berdekatan rumah Atuk memandangkan surau yang berdekatan hanya membuat solat terawih 8 rakaat, lagi pun Baba ingin berniat iktikaf sama. Mama? Semalam mama bercuti umum, jadi tentulah tidak ke surau. Apabila di rumah, apa yang patut dilakukan oleh orang yang uzur syarie ni ye? Semalam, selepas maghrib mama menidurkan Danial, sempat jugalah memperkukuhkan hafazan, namun hanya 3 surah sahaja. Danial merengek mahu ditidurkan, apa lagi, terlenalah mama hingga subuh hari. Jadi, sungguhlah rugi bagi orang-orang yang leka.  Semalam, malam yang ke 27. Malam yang mungkin berlakunya lailatur qadar, Minggu lepas, mama sempat mendengar kuliah zuhur daripada seorang Ustaz IKIM yang mama tak tahu namanya, katanya; " Kita janganlah terlalu mencari tanda, ini kerana ia akan menjadikan kita malas" Adalah lebih baik kita pulun sungguh-sunggu

selamat tiba

Alhamdulillah, ketika ini Baba, Mama dan Danial sudah berada dikampung halaman ibu di daerah Besut. Danial disambut dengan girangnya oleh Atuk, Nenek, Ayah Su, Mak Su, Cik Ya dan Ayah Yong.  Danial sangat teruja dan sungguh seronok.  Walaupun terpaksa melalui pelbagai halangan untuk tiba di kampung termasuklah terpaksa bersesak dengan jem selama 2 jam. Kejadian disebabkan oleh sebuah lori treller yang terbalik melintang jalan di Tasik Banding. Kesempatan kerete kita berhenti di atas jambatan mama gunakan untuk mengambil gambar keindahan Tasik Banding. MOGA SISA RAMADHAN YANG ADA DAPAT KITA GUNAKAN SEBAIKNYA DI KAMPUNG... 

~ DOSA ~

Hai anak, apabila seseorang anak adam melakukan dosa, Hatinya akan dipaut kegelisahan sepanjang masa, Fikiranya serabut sekali, apa yang dibuat pasti tidak menjadi, Walau dia punya segala kemudahan, Yang senang akan menjadi susah. Lantaran itu, bawalah dirimu jauh daripada dosa, Moga Allah lindungimu sentiasa.

~ Kekasih sudah mahu pergi ~

Pejam celik, pejam celik, hari ini sudah pun 25 Ramadhan, kekasih hati Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita semua. Mama sangat sedih. Pelbagai persoalan membelenggu fikiran. Apakah amalan-amalanku yang sedikit ini diterima? Apakah solat dan doaku didengarinya? rasa mahu menangis sahaja, bimbing segala yang dibuat tidak diterima disisi, tetapi diibaratkan seperti debu-debu beterbangan, nauzubillah. Celakakah jika seseorang yang keluar daripada madrasah Ramadhan tanpa mendapat keampunan daripada Allah. Masih ada lagikah peluang buat kita pada tahun hadapan? Itu semua belum tentu, entah esok atau lusa kita dijemputnya, Sayang, walaupun Ramadhan kali ini mama tidak ke masjid untuk berterawih, moga amalan-amalan yang sedikit yang sempat mama lakukan diterima ALLAH. Sungguh takut jika memikirkan, andainya ALLAH takdirkan mama pergi sebelum menjelangnya Ramadhan tahun hadapan, apakah bekalan yang mama mahu bawa? Di saat Ramadhan mula melabuhkan tirai, kita semua kalut dengan persiapan

~ Nikmat sihat ~

Minggu lepas, baba yang mula-mula demam dan selsema. Kemudian diikuti oleh Danial dan akhir sekali mamalah orangnya. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah, mama sangat bersyukur kerana sekarang semuanya sudah beransur baik.  Tradisional VS Moden Semasa Danial demam, mama pada mulanya sangat enggan membawa Danial ke klinik. Ini kerana mama sudah tahu ubat apakah yang akan doktor berikan kepada Danial. Mama sangat tidak mengizinkan Danial makan syrup merah yang mengandungi paracetamol itu. Jadi mama membuat keputusan untuk menggunakan kaedah tradisional sahaja sepertimana nenen lakukan pada mama ketika mama kecil dahulu. Apabila mama deman, nenek atau atuk akan membasahkan kepala mama dengan air asam jawa sehinggalah kepala yang panas akan terasa sejuk dan ringan sekali. Petang Isnin, mama Pengasuh menelefon mama di sekolah, hari tu mama pulang agak lambat kerana ingin menyelesaikan urusan SAPS yang belum dilengkapkan dalam sistem. Mama Pengasuh kata badan Danial sangat panas. Sila b