Selamat menyambut ulang tahun yang pertama buat anak soleh mama, Danial,
sekejap jer rasanya masa berlalu,
mama masih terkenangkan manisnya mengandungkan Danial selama 34 minggu,
ketidaksabaran mama dan baba untuk melihat Danial Allah kabulkan dengan takdir kelahiran kamu sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan,
dan kamu sekarang sangat sihat walaupun kelahiran pramatang,
senyuman Danial pengubat luka mama dan baba,
terima kasih Allah kerana menghadirkan Danial buat kami...
moga Danial jadi hamba yang taat,
moga Danial anak yang soleh,
moga Danial selamanya menjadi penyejuk hati mama dan baba,
moga Danial mendapat yang terbaik dunia akhirat...
we love u so much..
Comments
Post a Comment