Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

~ Israk Mikraj dan Wanita ~

Alhamdulillah, hari ini mama bercuti sempena sukan tahunan SKKP. Semalam, cuti sempena peristiwa Israk dan Mikraj. Danial tahu apakah itu Israk dan Mikraj? mari kita soroti bersama. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab.  Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj, dada Rasulullah S. A. W. telah dibelah oleh oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. : Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya.  Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman  ke dalam dada Rasulullah S. A. W.  Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.  Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. Semasa berlaku peristiwa Israk iaitu perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa,  Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang

~ Lipat Kain ~

Kebelakang ini mama kurang efektif dalam pengurusan masa. Maklumlah hari bekerja di Kuala Pegang, hujung minggu barulah berkejar pulang ke Jitra dengan kamu. Banyak masa dihabiskan untuk travel. Bila sampai dirumah, mama agak kepenatan. Jadi kerja rumah banyak dibantu oleh babah. Banyak juga kain yang tak berlipat. Namun, mama cukup bertuah kerana AHMAD DANIAL sangat rajin menolong mama melipat baju. Danial guling kiri, guling kanan, tup-tup mama nampak Danial kalut nak lipat kain. Terima kasih sayang, mama upah susu.

~ Carta Pertama ~

Alhamdulillah, minggu lepas babah dan mama telah berjaya membeli carta pertama buat Danial. Carta tersebut kami beli di pasar malam. Percaya atau tidak, harganya cuma RM1.00. Tidak disangka,  nilai seringgit pada zaman kini masih ada untuk bahan ilmu seperti itu. Ada 3 pilihan carta tetapi mama hanya sempat memilih satu sahaja kerana kesuntukan masa. Dan Danial nampaknya sangat suka dengan carta tersebut. Suka apa ye? Suka makan carta tu. Mama tau la dalam tu ada gambar buah-buahan, memang patutla Danial suka makan. Terima kasih buat Ummu Muhamammad, pemilik Bayt al-Iman atas inspirasi yang diberikan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Inilah episod pertama Danial dan carta nombornya. Carta pertama ini bukan dibuat daripada kertas, tetapi plastic yang dibuat acuan, jadi objeknya terbentuk. Mungkin itu yang sangat menarik hati kamu sayang. Memanglah tak terkoyak, cuma terkelepet sana sini. Tak mengapalah sayang, asalkan kamu suka.  

~ sukan tahunan 2011 ~

Alhamdulillah, petang tadi mama dan Danial telah selamat tiba di Polimas pada jam 4.30 petang. Perjalanan hari ini sedikit memenatkan kerana hari ini ialah hari sukan SKKP. Walaupun penat, tapi kami guru-guru Skkp sangat seronok. Tambahan pula RUMAH TEMENGGUNG di bawah pimpinan USTAZAH SITI HAJAR menjulang juara bagi tahun 2011. Semangat yang ada dikalangan guru-guru sangat mengagumkan mama. Banyak yang mama belajar daripada SUKAN TAHUNAN SKKP 2011.  Murid-murid sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar dalam banyak bidang. Gurulah yang bertanggungjawab untuk mendidik murid supaya berjaya dalam bidang yang sepatutnya.  Mama dapat mengenali ramai guru yang kebanyakannya bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan, sanggup memberi sumbangan masa dan tenaga untuk menjayakan rumah sukan masing-masing. Sukan sekolah banyak memberi ruang kepada murid-murid yang berada dikelas yang agak kebelakang untuk menyertai acara seperti perbarisan rumah sukan ataupun larian. Mereka mungkin tida

~ walker ~

Ramai yang tahu bahawa penggunaan walker untuk baby adalah tidak berapa baik. Telah banyak kajian yang membuktikannya. Namun, mama membeli juga walker untuk Danial. Tapi dengan tujuan dan pemantauan.  Mama terpaksa beli setelah berfikir banyak benda, tambahan pula kita tinggal berdua bila abah balik rumah Jitra : Rumah kita tak ada tangga, rumah sewa apatah lagi..  Bilik air di rumah sewa ada pintu masuk ke dapur, pintu tu pula memang perlu sentiasa ditutup, kalau tak, katak akan masuk. mama risaukan Danial bila nak mandi, takut Danial lemas, tak leh nak angkat kepala, bila ada walker, mama boleh letak Danial di depan mama, walaupun Danial menangis, sekurang-kurangnya  Danial depan mata mama. Danial suka main kat anjung rumah, kat situ lantanya kotor, tak boleh letak kamu. jadi, mama akan letak Danial dalam walker.  * danial hanya akan duduk dalam walker tu depan mata mama, mama tak akan tinggalkan Danial keseorangan kecuali ada orang lain temankan.. moga Allah sentiasa lindungi ka

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mama dan Danial t

~ begitulah kehidupan ~

Masih segar diingatan saya, minggu lepas en. hubby menemani saya ke pejabat tanah Besut atas sedikit urusan, ingatkan sekejap sahaja, rupanya mengambil masa sampai tiga jam, tapi en. hubby sabar saja menjaga Ahmad yang sudah kepenatan tidur di ribaannya. Bila semua dah selesai, saya berkali-kali memohon maaf kepadanya, rasa bersalah sangat sebab dia terpaksa menunggu saya, namun jawapannya bersahaja, "begitulah kehidupan, tak semua yang kita rancangkan akan menjadi,". Betul tu, saya menjangkakan semua urusan akan selesai dalam masa satu jam, rupanya banyak prosedur yang perlu diikut, sabar je la,.. Selesai semuanya, kami bertolak pulang ke Jitra.. ~ begitulah kehidupan ~ saya masih hairan dengan pencarian diri saya,  dari dulu maish belum menemui yang sebenarnya, yang saya mahukan, mungkin sudah menjadi satu hobi buat saya, saya suka MENAMBAHKAN KOLEKSI BAJU alasan saya ialah baju yang ada sudah lama, lagipun kebanyakannya baju yang saya beli masih belajar dan belum bergaji

~ cerita tentang kamu ~

Inilah kisah tentang kamu nak.. Kamu kesayangan mama, babah dan semua orang.. moga kamu membesar sebagai muslim yang yang terbaik.. moga Allah mudahkan urusan mama dan baba dalam mendidik kamu.. Inilah kali pertama babah memeluk kamu. Mama masih ingat saat itu dan ia akan terakam sehingga akhirat hayat mama baba.. kamu bayi yang sangat comel, moga kamu sentiasa di bawah lindungan Allah... kamu dicukurkan oleh Tok Bah... 

~ Danial buah hati sudah 6 bulan ~

ALHAMDULILLAH itulah sahaja ungkapan yang dapat mama gambarkan dengan nikmat yang Allah berikan.  Danial kini sudah enam bulan, maksudnya sudah enam bulan mama dan baba peluk cium danial, mandikan, susukan, tidurkan, main-main dan melayan keletahmu sayang, semalam masa pergi klinik,baba cakap betapa sekejapnya enam bulan tu berlalu. dan kini buah hati mama baba sudah 6.9 kg, sudah mula diberikan makanan. Masa balik kampung minggu lepas, nenek ada suapkan Danial dengan air nasi, Danial suka sangat, makan dengan sesungguhnya. Balik Jitra, mama mula masakkan bubur nasi untukmu sayang, dan kamu makan dengan banyak sekali. Seronok mama dan baba tengok.. Meniarap kata orang, 4 bulan patutnya dah boleh meniarap, dan kamu pun begitu, cuma Danial tak mau gerak-gerak, lebih suka statik,  mula-mula mama sedikit risau sebab Danial lambat meniarap, tapi baba kata, setiap baby kemampuannya berbeza, buat apa nak takut atau risau, asalkan Danial sihat itu sudah cukup menyenangkan kami. bila Danial

~ hati ~

Rejab sudah menjelma, kemudian datangnya Syaaban dan yang ditunggu-tunggu, bulan penuh kerahmatan iaitu Ramadhan. Semua orang pasti merindui hadirnya Ramadhan, bulan dimana kita akan bermujahadah melawan nafsu dan membersihkan hati yang dinodai dengan dosa. Sentiasa mentarbiyyah hati.. Hati yang kotor bakal melahirkan akhlak yang buruk mengunggkapkan lisan yang terkutuk menyingkap kelemahan diri merosakkan amal yang sudah sedikit Lantaran itu, hati yang kotor perlu digilap semula Supaya kembali cantik supaya sinarannya dan melahirkan keikhlasan supaya didikannya memberikan kesan supaya yang mendengar mengikut yang bertemu terpaut Bila merenung semula diri baru ku sedar, hatiku sudah kusam dek terlalu menurutkan dunia walaupun semuanya fana walaupun ku tahu semuanya tak kekal lama Ya Allah, berilah peluang kepadaku jauhkanlah hatiku daripada kejahatan dan kesesatan, moga aku kuat dalam melawan godaan syaitan, moga aku jauh daripada kealpaaan. \

~ Jalan-jalan cuti sek0lah ~

Seminggu balik ke Pantai Timur, banyak benda yang nak dikongsikan. Walaupun cuti sekolah bermula pada hari Jumaat, tapi hari Jumaat mama adalah kelas tambahan untuk anak-anak Kuala Pegang, sabtu pula baba ada kelas OUM. jadi, hari Ahad barulah kita balik kampung.  Ahad, 29 Mei 2011 Hari ini adalah hari walimah sahabat baik di Jeniang. Mama dan baba wajib pergi. Memandangkan kami akan terus balik ke kampung, kami bertolak lebih awal. Lebih kurang pukul 9.00 pagi. Sebenarnya, adik baba telah ditimpa musibah kemalangan jalan raya. Allah nak uji dia, dia telah patah paha kiri dan retak tulang tangan kanan, juga terdapat sedikit luka-luka di badan. Jadi, kami sebolehnya ingin sampai awal di Kelantan untuk melawat dia. Masa kami tiba di Gajah Putih, Diba dan Fakhrul baru sahaja selesai akad nikah. Tahniah buat kamu berdua. Moga kehidupanmu bahagia sampai ke syurga Allah. Disebabkan nak balik awal, mama tak sempat la nak jumpa kawan-kawan lama yang turut datang,InsyaAllah, panjang umur kita

~ dah bersawang pon!~

Lama sudah mama tak bersiaran. Untuk makluman, "broadband" memang tak dapat line di Baling, Baling kampung pun sama. Jadi, bila balik Jitra barulah boleh nak update apa-apa. Sekarang di kampung, Danial sedang dilayan oleh Cik Su dan Cik Ya. Sejak balik kampung, Danial jadi baby yang "manja kededek", sentiasa mahu didukung, sekarang tak pe sebab ramai yang berebut-rebut nak dukung, balik Kedah nanti mama ngan baba lah mangsanya.