Rejab sudah menjelma, kemudian datangnya Syaaban dan yang ditunggu-tunggu, bulan penuh kerahmatan iaitu Ramadhan. Semua orang pasti merindui hadirnya Ramadhan, bulan dimana kita akan bermujahadah melawan nafsu dan membersihkan hati yang dinodai dengan dosa.
Sentiasa mentarbiyyah hati..
Hati yang kotor bakal
melahirkan akhlak yang buruk
mengunggkapkan lisan yang terkutuk
menyingkap kelemahan diri
merosakkan amal yang sudah sedikit
Lantaran itu, hati yang kotor perlu digilap semula
Supaya kembali cantik
supaya sinarannya dan melahirkan keikhlasan
supaya didikannya memberikan kesan
supaya yang mendengar mengikut
yang bertemu terpaut
Bila merenung semula diri
baru ku sedar, hatiku sudah kusam
dek terlalu menurutkan dunia
walaupun semuanya fana
walaupun ku tahu semuanya tak kekal lama
Ya Allah,
berilah peluang kepadaku
jauhkanlah hatiku daripada kejahatan dan kesesatan,
moga aku kuat dalam melawan godaan syaitan,
moga aku jauh daripada kealpaaan.
\
Sentiasa mentarbiyyah hati..
Hati yang kotor bakal
melahirkan akhlak yang buruk
mengunggkapkan lisan yang terkutuk
menyingkap kelemahan diri
merosakkan amal yang sudah sedikit
Lantaran itu, hati yang kotor perlu digilap semula
Supaya kembali cantik
supaya sinarannya dan melahirkan keikhlasan
supaya didikannya memberikan kesan
supaya yang mendengar mengikut
yang bertemu terpaut
Bila merenung semula diri
baru ku sedar, hatiku sudah kusam
dek terlalu menurutkan dunia
walaupun semuanya fana
walaupun ku tahu semuanya tak kekal lama
Ya Allah,
berilah peluang kepadaku
jauhkanlah hatiku daripada kejahatan dan kesesatan,
moga aku kuat dalam melawan godaan syaitan,
moga aku jauh daripada kealpaaan.
\
Comments
Post a Comment