Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

P.A.S.I.R

Danial suka sangat main pasir, batu-batu kecil dan tanah-tanih. Ini satu perkembangan yang bagus sebab dapatlah mendekatkan Danial dengan alam. Lebih baik main dengan pasir daripada main game, kan Danial? Bila balik kampung, inilah peluang untuk Danial main sepuasnya. Maklumlah, rumah kita tak bertanah. Nak main pasir, kenalah pergi pantai. Ini episod Danial bermesra dengan alam di kampung Tok Ki semasa cuti sekolah ni. Baru jumpa alat ni. Sangat teruja. Main sorang-sorang je. Tak de kawan. Ni Pak Cik Sepupu Danial : Udin yang tiba-tiba muncul. Main jangan tak main. Kusyuk sungguh. Nak korek lubang, kemain lagi. Mama, kom buat rumah! Danial angkat pasir letak dalam pasu nenek Mama, ni pokok apakah? Abis tangan kotor. Meneroka alam. Pengkaji sedang meneliti pokok ciptaan Allah. Akhir sekali: PEACE FOR GAZA

Susu Danial

Sekadar berkongsi Danial kini minum susu ILHAM, keluaran ebunda

Balik Kampung : Selising

Suasana di kampung sememangnya menjanjikan ketenangan.. Kat kampung, Danial suka kejar ayam itik tok ma, main air cha, main pasir. Semuanya seronok buat Danial..  Yang pakai spek tu Tok Ma Danial, yang tersenyum manis tu Mama Da.. rancak berbual bual anok beranok.. Baru lepas masuk bawah rumah, kejar kucing, xdapat pon.. Termenung atas gere Sepupu seangkatan dengan Danial ditambah dengan abang Kamil yang tersengih, Danial, Akif, Aisyah Tengok Ayah Dil siang ikan yang dibela belakang rumah Tok Ma Bahagianya baba tersenyum Inilah Tok Bah Danial.. 

10 wasiat Imam Hassan al Banna

Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu. Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah. Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam. Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah. Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang. Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia mala

Sanah helwah ya Danial!

Salam Rabu yang berkat buat semua.. Hari ini adalah hari kelahiran Danial yang kedua Selamat Hari Lahir Sayang Moga Danial jadi anak hebat Moga Danial jadi penghuni syurga Moga Danial akan jadi pejuang di Palestin Moga Danial Bahagia dunia dan akhirat Moga Danial terus memberikan keceriaan buat kami semua.

Ibuku sudah pencen

Salam Ahad yang bahagia, Hari ni nak verita sikit tentang majlis PERSARAAN NENDA Danial dan Damia Majlis ini dah lama lepas, ia dilangsungkan pada 8 November 2012 Hari Khamis, yang mana mama dan baba sepatutnya bekerja lagi, Tapi disebabkan alasan yang sangat kukuh dan atas permintaan daripada ayah dan bonda sendiri, mama terpaksa mengambil el disebabkan memang sepatutnya memang tak boleh cuti. Dan jika mohon cuti, Guru Besar akan suruh ambil mc di mana-mana klinik.  Mama sebenarnya cukup malu untuk pergi ke klinik dan meminta mc jika tidak sakit. Dan tak pernah pulak rasanya berbuat begitu.  Jadi, mahu tidak mahu, mama dan baba pulang ke kampung pada petang 7 November selepas baba menyelesaikan tugas di pejabat. Majlis berlangsung dengan meriahnya , tapi sedih jugaklah sebab Abang Long, Iji, dan Pok Teh tak balik..huhu kerja masak memasak yang dijalankan secara gotong-royong, seekor lembu telah berjaya direbahkan.. Tok Ki dan cucundanya.. Yang diraikan