Skip to main content

Ibuku sudah pencen


Salam Ahad yang bahagia,
Hari ni nak verita sikit tentang majlis PERSARAAN NENDA Danial dan Damia
Majlis ini dah lama lepas, ia dilangsungkan pada 8 November 2012
Hari Khamis, yang mana mama dan baba sepatutnya bekerja lagi,
Tapi disebabkan alasan yang sangat kukuh dan atas permintaan daripada ayah dan bonda sendiri, mama terpaksa mengambil el disebabkan memang sepatutnya memang tak boleh cuti. Dan jika mohon cuti, Guru Besar akan suruh ambil mc di mana-mana klinik. 
Mama sebenarnya cukup malu untuk pergi ke klinik dan meminta mc jika tidak sakit. Dan tak pernah pulak rasanya berbuat begitu. 
Jadi, mahu tidak mahu, mama dan baba pulang ke kampung pada petang 7 November selepas baba menyelesaikan tugas di pejabat. Majlis berlangsung dengan meriahnya , tapi sedih jugaklah sebab Abang Long, Iji, dan Pok Teh tak balik..huhu

kerja masak memasak yang dijalankan secara gotong-royong, seekor lembu telah berjaya direbahkan..

Tok Ki dan cucundanya..

Yang diraikan bersama sahabat handai..kat belakang tu, Nasrun sedang gigih membawa hadiah yang diberikan oleh tetamu.


Ayahanda yang kacak bergaya..

Menu utama : Ikan goreng, budu dan ulam yang paling laku.. satu lagi, petai jeruk yang sangat diminati ramai..

Akok : makanan tradisi ore kito

Bibik-bibik sedang gigih membungkus nasi untuk dibahagikan.
Seronoknya Abang Danial..
Puding Koktel terhangat di pasaran.
Sila beratur semasa mengambil makanan..:)
Azzahra yang sedikit moody kerana tak leh nak tido.




Comments

  1. double D! lamenye menyepi..nasib ibu yg pencen jgn mama pencen udah hehe...teruskn menulis fa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih ya ummi.. amik inspirasi daripada kamu..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...