Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga... Moga Allah menerima amalan puasa Ramadhan kita..

LAILATULQADAR, SUDAH BERLALUKAH?

Semalam ialah malam yang ke 27 Ramadhan pada tahun ini. Semalam juga mama, baba dan Danial baru tiba daripada Baling. Baba sudah berpesan untuk ke masjid berdekatan rumah Atuk memandangkan surau yang berdekatan hanya membuat solat terawih 8 rakaat, lagi pun Baba ingin berniat iktikaf sama. Mama? Semalam mama bercuti umum, jadi tentulah tidak ke surau. Apabila di rumah, apa yang patut dilakukan oleh orang yang uzur syarie ni ye? Semalam, selepas maghrib mama menidurkan Danial, sempat jugalah memperkukuhkan hafazan, namun hanya 3 surah sahaja. Danial merengek mahu ditidurkan, apa lagi, terlenalah mama hingga subuh hari. Jadi, sungguhlah rugi bagi orang-orang yang leka.  Semalam, malam yang ke 27. Malam yang mungkin berlakunya lailatur qadar, Minggu lepas, mama sempat mendengar kuliah zuhur daripada seorang Ustaz IKIM yang mama tak tahu namanya, katanya; " Kita janganlah terlalu mencari tanda, ini kerana ia akan menjadikan kita malas" Adalah lebih baik kita pulun sungguh-sunggu

selamat tiba

Alhamdulillah, ketika ini Baba, Mama dan Danial sudah berada dikampung halaman ibu di daerah Besut. Danial disambut dengan girangnya oleh Atuk, Nenek, Ayah Su, Mak Su, Cik Ya dan Ayah Yong.  Danial sangat teruja dan sungguh seronok.  Walaupun terpaksa melalui pelbagai halangan untuk tiba di kampung termasuklah terpaksa bersesak dengan jem selama 2 jam. Kejadian disebabkan oleh sebuah lori treller yang terbalik melintang jalan di Tasik Banding. Kesempatan kerete kita berhenti di atas jambatan mama gunakan untuk mengambil gambar keindahan Tasik Banding. MOGA SISA RAMADHAN YANG ADA DAPAT KITA GUNAKAN SEBAIKNYA DI KAMPUNG... 

~ DOSA ~

Hai anak, apabila seseorang anak adam melakukan dosa, Hatinya akan dipaut kegelisahan sepanjang masa, Fikiranya serabut sekali, apa yang dibuat pasti tidak menjadi, Walau dia punya segala kemudahan, Yang senang akan menjadi susah. Lantaran itu, bawalah dirimu jauh daripada dosa, Moga Allah lindungimu sentiasa.

~ Kekasih sudah mahu pergi ~

Pejam celik, pejam celik, hari ini sudah pun 25 Ramadhan, kekasih hati Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita semua. Mama sangat sedih. Pelbagai persoalan membelenggu fikiran. Apakah amalan-amalanku yang sedikit ini diterima? Apakah solat dan doaku didengarinya? rasa mahu menangis sahaja, bimbing segala yang dibuat tidak diterima disisi, tetapi diibaratkan seperti debu-debu beterbangan, nauzubillah. Celakakah jika seseorang yang keluar daripada madrasah Ramadhan tanpa mendapat keampunan daripada Allah. Masih ada lagikah peluang buat kita pada tahun hadapan? Itu semua belum tentu, entah esok atau lusa kita dijemputnya, Sayang, walaupun Ramadhan kali ini mama tidak ke masjid untuk berterawih, moga amalan-amalan yang sedikit yang sempat mama lakukan diterima ALLAH. Sungguh takut jika memikirkan, andainya ALLAH takdirkan mama pergi sebelum menjelangnya Ramadhan tahun hadapan, apakah bekalan yang mama mahu bawa? Di saat Ramadhan mula melabuhkan tirai, kita semua kalut dengan persiapan

~ Nikmat sihat ~

Minggu lepas, baba yang mula-mula demam dan selsema. Kemudian diikuti oleh Danial dan akhir sekali mamalah orangnya. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah, mama sangat bersyukur kerana sekarang semuanya sudah beransur baik.  Tradisional VS Moden Semasa Danial demam, mama pada mulanya sangat enggan membawa Danial ke klinik. Ini kerana mama sudah tahu ubat apakah yang akan doktor berikan kepada Danial. Mama sangat tidak mengizinkan Danial makan syrup merah yang mengandungi paracetamol itu. Jadi mama membuat keputusan untuk menggunakan kaedah tradisional sahaja sepertimana nenen lakukan pada mama ketika mama kecil dahulu. Apabila mama deman, nenek atau atuk akan membasahkan kepala mama dengan air asam jawa sehinggalah kepala yang panas akan terasa sejuk dan ringan sekali. Petang Isnin, mama Pengasuh menelefon mama di sekolah, hari tu mama pulang agak lambat kerana ingin menyelesaikan urusan SAPS yang belum dilengkapkan dalam sistem. Mama Pengasuh kata badan Danial sangat panas. Sila b

~ Mama Homeschooling ~

Inspirasi daripada mamahomeschool  dan Bayt Al Iman , mama semakin bersemangat untuk menubuhkan ~Mama Homeschooling~ buat anak-anak mama. Ya, mama mendapat semangat baru hasil daripada penjelajahan di beberapa laman sesawang yang sangat membantu proses penubuhan  ~Mama Homeschooling~.  Cuma sekarang mama dan baba masih dalam proses pengumpulan dana bagi merealisasikan impian kami.  Papan tanda Papan tanda  ~Mama Homeschooling~  buat masa ini ialah ;  Sumber rujukan utama (buku teks) ; Buku teks utama dan tiada gantinya ialah kitab suci Al-Quran dan hadis. Lokasi Buat masa sekarang, bilik darjah yang dicadangkan belum wujud memandang rumah sewa kita tiada bilik. Kita akan belajar di mana-mana sahaja, termasuklah dapur, ruang tamu, hinggalah ke tempat tidur kamu. Bahan Pengajaran ; Mama sangat berminat untuk membeli beberapa bahan yang dapat membantu proses pembelajaran Danial dan adik-adik. Banyak benda mama aim, tunggu ada dana, insya ALLAH, kita akan beli secara berperingkat

~ setiap ujian, pasti ada hikmahnya ~

Dalam melangkah menuju tumbesaran, anakanda mama diuji Allah dengan ujian yang sangat ringan berbanding insan-insan lain. Mama dan baba sentiasa doakan semoga Danial cepat sembuh, membesar sebagai rijal yang hebat, kuat dan bersemangat. Danial demam, mama basahkan kepala Danial dengan air asam jawa.. Demam-demam pun rajin nak baca buku.. Hebatnya anak mama, tak nangis pun..

~ Alahai anak ~

Hujung minggu kali ini, mama dan baba manfaatkan masa yang ada dengan membawa Danial pulang ke Jitra. Menjenguk Baiti Jannati yang sudah lama kita tinggalkan. Memang lumrahnya, rumah yang lama telah ditinggalkan akan dihuni oleh makhluk Allah yang lain. Mama sedikit geli, baba kata macam mana nak ajar Danial jadi berani kalau mamanya sendiri yang takut. Mama bukan takut ye sayang, tapi GELI, dengan cik Siti yang sudah mula berani-berani menjenguk dapur mama yang sudah lama tak berasap tu.  Mama dapat kesan kehadiran tetamu yang tak diundang tersebut semasa mahu mengemaskan meja makan untuk berbuka puasa, dia jenguk, mama pun jenguk, akhirnya kami sama-sama senyum, mama pun menjeritlah panggil Super Baba.  Tapi dalam geli-geli mama, boleh pulak anak teruna yang hebat ni pergi main-main di dapur hingga tapak kaki Danial jadi macam arang. Danial sangat aktif explore segenap ruang rumah kuarters yang sudah lama kita tak balik. Rumah ini agak lapang berbanding rumah sewa, jadi seronoklah

~ ISK ; Muqadimmah ~

Alhamdulillah, semalam dengan izin Allah, mama sempat menelaah buku Ini SEjarah Kita (ISK), sangat teruja untuk menggali isi kandungannya. Namun mama hanya sempat menyelak dan meneliti bahagian muqadimmah, moga Allah memberkati semuanya. Sinopsis ; Kisah-kisah zaman anbiya' ada pengajaran bagi orang yang berakal, bukan satu rekaan. Sejarah adalah sebahagian daripada kehidupan yang melahirkan kita pada hari ini. Orang yang pandai akan menjadikan peristiwa semalam sebagai pedoman supaya hari ini lebih baik daripada semalam. "Seorang mukmin tidak boleh jatuh ke dalam lubang yang sama. " (HR MUslim) Seorang mukmin yang soleh tidak akan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. Kaum Yahudi adalah kaum yang terdidik daripada sejarah. Doktrin fanatik keyahudian ditanam sejak kecil hingga mereka benar-benar yakin bahawa mereka adalah bangsa pilihan Allah. Mereka menganggap mereka layak memperkudakan bangsa lain seperti tertulis dalam kitab Talmud. Mereka dias

~ Hadiah Ramadhan ~

Alhamdulillah, Ramadhan ini melimpahkan banyak rezeki daripada Allah, rezeki daripada sahabat maya saya yang cukup saya kasihi kerana Allah taala. Mama rasa sangat bersyukur kerana Allah telah mempertemukan semula dengan sahabat lama yang mama sendiri belum pernah jumpa. Syukran jazilan ya ummu Muhammad. BUKU INI SEJARAH KITA

~ Ramadhan Danial ~

Sahur Mama kebiasaannya bangun lebih awal untuk memanaskan lauk pauk dan membuat sedikit persediaan untuk bersahur. Dan ketika itu jugalah Danial akan bangun minta disusukan. Bertuah sungguh, bangun minum susu untuk kejutkan mama dan baba bersahur. Apabila selesai bersahur, mama akan masakkan bubur untuk Danial bawa bekal ke rumah pengasuh, dan kebiasaannya Danial akan minta disusukan sekali lagi, nak bermanja-manja dengan mama sebelum mama dan baba keluar bekerja. Mama biasanya akan melayan sahaja, baba pula akan bersiap-siap untuk ke masjid. Danial makan strawberi, awak tak puasa ye? Sesungguhnya saya sedang berpuasa Sesungguhnya mama sedang berpuasa sayang. Puasa banyak mengajar erti kesabaran seorang ibu yang sangat kelemahan ini. Ibu kadang kala hilang kesabaran, lalu Daniallah mangsanya, mama akan geletek Danial sepuasnya hingga Danial terliang liuk kegelian. Itulah akibatnya. Geram sungguh tengok Danial semangat nak ke sana ke mari. Hilang sabar mama bila Danial merenge

~ semanagat mendidik ~

Peperiksaan UPSR akan menjelang tiba tidak sampai 40 hari lagi. Saya sedikit rasa gentar memandangkan ini ialah hasil didikan tahun enam yang pertama buat saya. Pengalaman mengajar yang cukup cetek ditambah pula saya mengambil cuti bersalin selama tiga bulan memberikan kesan kepada prestasi anak murid. Namun, apa pun saya tabahkan hati untuk teruskan semangat mendidik anak-anak muslim yang dahagakan ilmu. Mengajar di kampung sebenanya punya banyak cabaran. Cabaran daripada perangai anak-anak murid yang dikasihi. Anak murid yang tidak bersalah itu. Anak murid yang banyak dipaksa untuk belajar, bukan seikhlas hati datang ke sekolah. Datang ke sekolah setelah menerima hadiah rotan  dan kemarahan ayah ibu. Anak didik yang ayah ibunya tidak solat dan menutup aurat.  Bagaimana mahu mendidik? Bagaimana saya mahu mendidik, anak yang ibunya tidak menutup aurat, anak yang ibunya mengajar dia membuka aurat, saya sungguh malu, kerana pada suatu hari, anak tersebut datang ke rumah saya untuk tuis

~ Semarakkan Ramadhan ~

Alhamdulillah, Khamis lalu baba, mama dan Danial diberi kesempatan oleh Allah untuk berbuka puasa di Masjid Muttaqin. Kami sungguh seronok. Kehadiran kami disambut dengan tangan terbuka oleh qariah masjid tersebut. Hidangan yang disediakan bagi kami sungguh menyelerakan iaitu udang masak merah, gulai ikan dan ikan goreng. Wah, sungguh meriah majlis berbuka puasa di sini. Meriah bukan kerana menu, tetapi orang ramai berebut-rebut pahala berjemaah pada waktu maghrib. Sebenarnya memang menjadi kelaziman kami sejak Danial berada di alam rahim lagi gemar berbuka puasa di masjid. Alasan kami sungguh mudah, dapat mendidik jiwa bersyukur dengan apa yang ada. Kami akan makan apa sahaja makanan yang disediakan, tepat pada masa untuk solat maghrib, semua akan berhenti makan dan berwuduk. Makan pula berpada-pada sahaja.  Puasa adalah masanya untuk mendidik perut. Makan secara besederhana agar tidak menyusahkan diri untuk beribadah. Saya sendiri pernah juga terikutkan keinginan makan yang sedik

Tazkirah : Solat Sunat Dhuha

Pagi Jumaat yang hening ini sebenarnya banyak memberikan saya ruang untuk menulis. Wan Ahmad Danial si anak soleh masih lagi dalam lenanya. En. Hubby pula bekerja pada hari ini. Dan saya, bercuti hujung minggu. Pagi yang berkat ini ingin dikongsikan tentang Solat Sunat Dhuha. Saya yang serba kekurangan ini mula mengetahui tentang solat dhuha ketika tingkatan 4 atau 5, saya sendiri lupa. Saya melihat nenek saya melakukannya. Ketika itu, nenek saya masih boleh berjalan ke sana ke mari. Sehinggalah, pada satu masa, nenek saya sakit, tidak larat, tapi masih boleh berjalan, dan dia setia dengan solat dhuhanya. Beberapa tahun kemudian, nenek satu jatuh sakit, diserang penyakit Parkinon, tidak boleh bergerak aktif seperti dulu, tapi masih kuat untuk solat dhuha. Solat dhuha yang tidak pernah ditinggalkan Apabila tiba cuti sekolah, saya akan ke Kuala Terengganu untuk tinggal bersama nenek. Sepanjang berada di sana, saya tidak pernah melihat nenek saya meninggalkan solat dhuhanya, walaupun hen

Kuliah 1

Kuliah 1 oleh Prof. Dr. Ustaz WMY Tarikh ; 4 Ramadhan Masa ; 6-7.15 malam Perjalanan untuk berbuka puasa di Alor Star semalam sungguh indah kerana perjalanan yang sarat dengan perkongsian ilmu daripada En. Baba tentang kemuliaan Ramadhan. Sebelum saya terlupa, baiklah saya kongsikan, semoga dapat menjadi panduan kita bersama.  Terawih adalah hadiah daripada Allah buat ummat islam kerana terawih datang sekali dalam setahun sebagaimana datangnya Ramadhan. Orang soleh pada zaman dahulu mempunyai instinc yang kuat tentang bila berlakunya lailatul qadar kerana mereka banyak melakukan amal kebaikan. Allah akan mencampakkan satu perasaan kelainan iaitu satu ketenangan yang sangat berbeza daripada malam sebelumnya atau malam-malam lain bagi hambanya yang beribadah pada malam lailatul qadar. Saya bertanya ; " Apakah yang terjadi kepada orang yang berjaga pada malam lailatul qadar tetapi bukan dengan tujuan ibdah? ". Jawapannya, mereka tidak akan merasa apa-apa, Allah hanya me

~ kaedah asuhan ~

Menjadi tanggungjawab mama dan baba memberikan pendidikan yang sempurna buatmu anak. Mama dan baba sebenarnya masih dalam proses belajar, tentu sahaja banyak kurang. Baba dan mama sentiasa berharap untuk memberikan bekalan yang terbaik buat kamu supaya kamu dapat mengharungi dunia yang penuh dengan dugaan iman pada masa hadapan. Mama mengambil ibrah daripada banyak kes yang telah berlaku di sekolah mama mengajar. Di mana ramai anak yang kurang mendapat kasih sayang, didikan dan tumpuan sehinggakan pada zaman sekolah rendah lagi sudah terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya. Kes 1: Selalu ponteng sekolah mempunyai masalah keluarga, ayah dan ibu bercerai emak bekerja shif di kilang, sibuk bekerja mencari nafkah Kes 2 : Tidak hadir kelas tambahan ibu meninggalkannya dan 4 orang adik pada datuk dan nenek yang sudah tua anak tidak sah taraf sangat miskin - miskin tegar punya adik berusia setahun lebih ; minum susu pekat manis kerana tidak mampu membeli susu tepung Kes 3 : Meno

~ Danial 8 bulan ~

Penuh dengan cabaran :) Alhamdulillah, hingga ke saat ini mama cukup bersyukur kerana Allah masih pinjamkan Danial buat mama. Mama sebenarnya sedikit rasa takut apabila mendengar pelbagai kisah bayi yang meninggalkan kisah hitam dalam kehidupan keluarga mereka. Mama bukannya menolak takdir, cuma mama belum bersedia menerima ujian hebat kehilangan orang yang tersayang. Moga Allah sentiasa melindungi kamu sayang. Lapan bulan yang mama lalui bersama Danial ini cukup manis untuk dikenang, dan sampai bila pun mama dan baba tidak akan melupakannya. Sebenarnya, mama dan baba banyak menerima cabaran tentang penerimaan orang lain terhadap bayi pra matang. Pelbagai kata-kata yang sedikit sebanyak mengguriskan hati mama dan baba telah kami terima sepanjang lapan bulan ini. Antaranya soalan berkaitan dengan ketentuan Allah yang kami sendiri tidak tahu jawapannya, tapi sering ditanya. Antara soalannya; 1. Kenapa bersalin awal? sehingga kini mama belum punya jawapan yang tepat walaupun mama sendiri

1 Ramadhan

Alhamdulillah, 1 Ramadhan telah berjaya kita harungi bersama-sama. Berjayakah kita di hari yang pertama? Mama sebenarnya telah ditakdirkan Allah tidak berpuasa, kata babah, cuti umum, jadi kehangatan malam pertama Ramadhan kurang dirasai oleh mama. Akibatnya, Danial juga turut sama tidak berterawih pada malam tersebut. Malam 1 Ramadhan kita raikan di rumah Tok Ma di Selising. Petang sebelum 1 Ramadhan, Danial aiarak ke sana ke mari oleh kakak-kakak dan abang sepupu yang sungguh berminat dengan Danial. Ini kerana, kakak Nadirah, Najwa dan Nabila belum ditakdirlah Allah punya adik lelaki, lalu bila bertemu dengan Danial, mereka akan berebut-rebut hendak mendukung Danial. Bagi keluarga Mama Da, mereka semestinya telah lama menunggun kehadiran si kecil, namun, belum ada rezeki. Dan Insya Allah, bulan Oktober ini, Mama Da dan suaminya akan ke tanah suci.  Malam 1 Ramadhan yang meriah! Malam 1 Ramadhan di kampung kelahiran babah ini sangat meriah, kebektulan malam tersebut ayah Chik turut s