Skip to main content

~ Nikmat sihat ~

Minggu lepas, baba yang mula-mula demam dan selsema. Kemudian diikuti oleh Danial dan akhir sekali mamalah orangnya. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah, mama sangat bersyukur kerana sekarang semuanya sudah beransur baik. 

Tradisional VS Moden
Semasa Danial demam, mama pada mulanya sangat enggan membawa Danial ke klinik. Ini kerana mama sudah tahu ubat apakah yang akan doktor berikan kepada Danial. Mama sangat tidak mengizinkan Danial makan syrup merah yang mengandungi paracetamol itu. Jadi mama membuat keputusan untuk menggunakan kaedah tradisional sahaja sepertimana nenen lakukan pada mama ketika mama kecil dahulu. Apabila mama deman, nenek atau atuk akan membasahkan kepala mama dengan air asam jawa sehinggalah kepala yang panas akan terasa sejuk dan ringan sekali. Petang Isnin, mama Pengasuh menelefon mama di sekolah, hari tu mama pulang agak lambat kerana ingin menyelesaikan urusan SAPS yang belum dilengkapkan dalam sistem. Mama Pengasuh kata badan Danial sangat panas. Sila bawa pulang sekarang. Mama terus berkejar ke tempat kejadian, tengok-tengok Danial sudah dibungkus dengan sehelai tuala basah memandangkan suhu badan kamu sangat tinggi.Danial diam sahaja, tidak seperti biasa melompat-lompat apabila nampak mama. Apabila tiba di rumah, mama meminta sedikit asam jawa untuk jelom kepala Danial.Terima kasih ya ustazah !
Kaedah tradisional ini dengan izin Allah berjaya menurunkan suhu badan kamu sayang..


Air asam jawa, mujarab untuk menyejukkan badan bayi yang demam, insya ALLAH.

Namun, pada malamnya, suhu badan kamu naik kembali. Hari selasa mama terus bawa ke Klinik Tan, doktor kata si comel Danial sihat jer, sangat aktif cuma batuk sahaja. Mama sedikit lega. Bukannya apa, Mama Pengasuh telefon mama, katanya Danial batuk teruk. Tentulah mama sangat risau.

Selepas Danial diserang demam, giliran mama pula diuji ALLAH. Betapa lemahnya diri ini, baru diuji dengan ujian yang amat sedikit, sudah banyak lompang ibadah Ramadhannya. Tersangat rugilah rasanya. Barulah mama lebih tahu menghargai nikmat sihat yang ALLAH berikan. Ketika sakit, semua ibadah rasa mahu dilakukan. Hinggakan mama berdoa ;
YA ALLAH
SEMBUHKANLAH SAKITKU INI
AKU MAHU BERIBADAT,
AKU MAHU SOLAT SUNAT,
AKU MAHU TERAWIH,
AKU MAHU MENGAJI,
AKU MAHU MEMASAK UNTUK SUAMI,
YA ALLAH
TERASA SANGAT RUGILAH JIKA RAMADHAN INI BERLALU TANPA AKU MELAKUKAN APA-APA
TANPA IBADAH SETIAP KETIKA

Alhamdulillah, hari ini ALLAH berikan mama, baba dan Danial kesihatan yang baik, moga sisa-sisa Ramadhan ini dapat kita manfaatkan dengan ibadah.


Comments

  1. ummu n family demam rupenye....
    patutlah sunyi je...
    slamat menjalani ibadah dalam sisa ramadhan ni....

    ReplyDelete
  2. syukran, sedih sangat Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita.. Moga che' adil dan famili dibawah lindungan Allah. Sayang kamu fillah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~ cameronian ~

alhamdulillah minggu lepas, kita sekeluarga sempat bercuti di Cameron Highland.. Inilah kali kedua mama dan baba ke sana. Sebelum ni kami pergi berdua sahaja, kini kami datang bertiga. Kedatangan kali ini bertujuan untuk mengimbau kenangan manis mama dan baba, dan melaksanakan agenda percutian keluarga yang tertangguh. Sepatutnya kita ke sana minggu cuti sekolah, tapi disebabkan belum diizinkan Allah, minggu lepas baru kita berkesempatan.  Perjalanan dimulakan pada pukul 4.45 pagi. Memang awal, mamalah yang paling bersemangat bangun awal, mengejutkan baba dan Danial. Kesejukan air bukit di Kuala Pegang mennyegarkan kami. Dari bertolak hinggalah sampai ke Hentian Sungai Perak, mama dan Danial ketiduran. Kesian baba memandu keseorangan. Kami tiba di Simpang Pulai lebih kurang pukul 8.30 pagi, baba memang tak drive laju sangat. Saja nak menikmati keindahan alam yang masih menyegarkan, bebas daripada asap kenderaan.  Perjalanan waktu pagi yang sungguh indah..  Baba, mam...

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

Takut untuk makan

Cuti sekolah sudah bermula ! Mama dan Danial sangatlah seronok kerana kita berdua dapat balik ke tanah tumpahnya darah Danial, Jitra.. Rindu Jitra. Sejak minggu lepas lagi, mama sudah sibuk mengemaskan semua barang-barang kita memandangkan Ustazah Azizah akan melangsungkan akad nikah Cik Syahirah dan juga mengadakan majlis selawat dan akikah buat cucunya. Keseronokan berganda buat keluarga ustazah kali ini. Tahniah dari kami. Setelah membuat kerahan tenaga bersama baba, semua barang dapat dipunggah ke dalam kereta dengan jayanya walaupun barang-barang berselarak di sana sini.  Balik ke Jitra memberikan mama peluang untuk kembali beraksi di dapur setelah lama meninggalkannya tak berasap. Sedih sungguh melihatkan keadaan dapur itu, barang-barang banyak yang tidak lengkap memandangkan mama tidak membawa semua barang balik ke JItra. Mama sangat teruja untuk memasak memandangkan sudah lama baba tidak merasa air tangan mama. Hilang selera! Lama sudah rasanya mama asyik hilang ...