Skip to main content

~ Ramadhan Danial ~

Sahur
Mama kebiasaannya bangun lebih awal untuk memanaskan lauk pauk dan membuat sedikit persediaan untuk bersahur. Dan ketika itu jugalah Danial akan bangun minta disusukan. Bertuah sungguh, bangun minum susu untuk kejutkan mama dan baba bersahur. Apabila selesai bersahur, mama akan masakkan bubur untuk Danial bawa bekal ke rumah pengasuh, dan kebiasaannya Danial akan minta disusukan sekali lagi, nak bermanja-manja dengan mama sebelum mama dan baba keluar bekerja. Mama biasanya akan melayan sahaja, baba pula akan bersiap-siap untuk ke masjid.

Danial makan strawberi, awak tak puasa ye?

Sesungguhnya saya sedang berpuasa
Sesungguhnya mama sedang berpuasa sayang. Puasa banyak mengajar erti kesabaran seorang ibu yang sangat kelemahan ini. Ibu kadang kala hilang kesabaran, lalu Daniallah mangsanya, mama akan geletek Danial sepuasnya hingga Danial terliang liuk kegelian. Itulah akibatnya. Geram sungguh tengok Danial semangat nak ke sana ke mari. Hilang sabar mama bila Danial merengek-rengek minta di dukung, lalu mama hadiahkan pelukan yang sungguh erat hingga Danial cuba melepaskan diri daripada mama. Sesungguhnya mama sedang berpuasa, sila banyak bersabar dengan kerenahmu sayang. 

Sangat aktif meneroka dunia rumah sewa kami, jenuh mama mengutip.

Masak-memasak
Anak soleh ini sangat rajin menolong mamanya memasak pada waktu petang, bila baba asyik bertadarus, Danial akan lari dengan keretanya ke dapur, mencari mama. Dengan izin Allah, sekarang Danial sudah boleh menyebut mamama, dan kamu asyik dengan perkataan tu. Danial akan ke dapur, sambil mulut tak henti-henti membebel-bebel (berzikir;kata baba). Lalu Danial akan menolong mama menyusun pinggan mangkuk dan juga sudu-sudu. Nak masak apa sayang? 

Terawih di Masjid Kupang
Terawih Danial tahun ini insya ALLAH di Masjid Kupang, Baling. Danial sungguh hebat kerana mampu bertahan hingga baba habiskan 20 rakaat. 

Tidak beberapa lama kemudian, Danial pun tertidur diribaan mama...

Comments

  1. last timbang ms check up 7 bulan, 7.8kg kalau tak silap.. badan dia berat, tak merangkak lg la.. tasneem memang hebat, dah boleh merangkak pun..

    ReplyDelete
  2. hebatnye danial sampai baba dpt 20rakaat...tunggu sket lagi dapat kaki tuh jenuh nk ikut..takpe biakan die explore dgn gembirenye ;)

    p/s: samelah Muhammad pun suke masuk dapur..tolong ayah masak hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...