Skip to main content

Kuliah 1

Kuliah 1 oleh Prof. Dr. Ustaz WMY
Tarikh ; 4 Ramadhan
Masa ; 6-7.15 malam

Perjalanan untuk berbuka puasa di Alor Star semalam sungguh indah kerana perjalanan yang sarat dengan perkongsian ilmu daripada En. Baba tentang kemuliaan Ramadhan. Sebelum saya terlupa, baiklah saya kongsikan, semoga dapat menjadi panduan kita bersama. 

  1. Terawih adalah hadiah daripada Allah buat ummat islam kerana terawih datang sekali dalam setahun sebagaimana datangnya Ramadhan.
  2. Orang soleh pada zaman dahulu mempunyai instinc yang kuat tentang bila berlakunya lailatul qadar kerana mereka banyak melakukan amal kebaikan.
  3. Allah akan mencampakkan satu perasaan kelainan iaitu satu ketenangan yang sangat berbeza daripada malam sebelumnya atau malam-malam lain bagi hambanya yang beribadah pada malam lailatul qadar.
  4. Saya bertanya ; " Apakah yang terjadi kepada orang yang berjaga pada malam lailatul qadar tetapi bukan dengan tujuan ibdah? ". Jawapannya, mereka tidak akan merasa apa-apa, Allah hanya memberi pada yang mengharapkan sahaja.
  5. Rugilah sesiapa yang Ramdhannya berlalu begitu sahaja, tanpa apa-apa.
  6. " Apakah maksudnya ya ustaz?". Maksudnya sekarang kita sudah berpuasa 4 hari kan? sungguh cepat masa berlalu. Jangan kita biarkan sebulan Ramadhan itu cepat berlalu tanpa kita sempat memanfaatkannya dengan bersungguh-sungguh. Buatlah amal sebanyak-banyaknya. Janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang rugi.
  7. Banyakkan bersedekah di bulan mulia ini. Sedekahlah setiap hari. Jika biasa bersedekah sedikit, gandakannya.
Moga ilmu yang sedikit memberikan manfaat yang banyak. Terima kasih ya ustaz, moga Allah melindungimu sentiasa.

Comments

  1. suke entry review kuliah ni..mudah2an semua yang kite lakukan adalah ibadat mengahrap redho Allah semata..doakan kami juga!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

♡ oh my danial!! ♡

Pagi-pagi lagi, lepas tuang sebakul mainan yang mama baru kemas, Abang Danial mengalunkan iqamat dan terus solat sambil duduk dengan bacaan versi 2 tahun 10 bulan.. Main lego.. lego tu beli masa Danial umur 8 bulan lagi.. skang nak cari yg macam tu payah nak jumpa. Tengok kat cmart minggu lepas ada la, tapi harinya sekali ganda.. kn tunggu mama kumpul duit dulu la...  Sebakul bola-bola kecil ditaburkan sekitar ruang tamu.. bersabarlah wahai hati..

HOMESCHOOL: Masak

Danial anak yang sangat rajin.. Terima kasih kerana sudi  kemaskan peti sejuk potongkan sawi kemaskan periuk belanga mama kutip pinggan mangkuk yang dah basuh dan letak dalam sink (termasuklah handphone mama dan kopiah baba) semua Danial letak dalam sink. Lipatkan kain-kain yang mama dah lipat.. Syukran sayang, i love u so much oK, sekarang saya nak kemaskan ruang tamu.. mama nak tolong tak? Mama, jom kita masak! Danial nak buat sup sayur.. Mesti sodap.. Pandai sungguh, siang sayur pakai pen.. DANIAL MEMANG PANDAI!

Sanah Helwah Damia Azzahra

Today, my little hunny bunny; Damia Azzahra is two years old... Sungguh, sekejap je rasanya masa dua tahun itu berlalu. Dan saya berasa sangat kagum dengan kuasa Allah bila melihatkan dia.  Betapa besar pergantungan saya kepada Allah saat Damia dilahirkan pada minggu ke 34 dalam kandungan. Sebulan lebih awal daripada jangkaan. Sama seperti abangnya Danial. Jika ikutkan perkembangan dia dari kecil. Damia agak ketinggalan daripada segi perkembangan fizikal. Bayangkan, anak orang lain 9 bulan dah bertatih, dia baru nak mula merangkak. Masa tu kebetulan ada anak kawan yang sebaya dengan dia, jadi adalah yang membuat perbandingan. Dalam hati saya, sabo je lah. Saya memang dah tanamkan dalam minda;   perkembangan anak memang berbeza beza. Jadi, jangan banding bandingkan. Masuk setahun 5 bulan barulah Damia betul betul boleh jalan. Tapi hikmah yang terbesar yang saya dapat lihat ialah dia lebih cepat bercakap.  Setahun 10 bulan, dia sudah lancar surah al fatihah. Dan saya rekod