Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

sukaneka PASTI !

Sabtu lepas, kami berempat terlibat dengan program sukaneka sekolah abang Danial. Dari pagi sampailah ke tengah hari bergelumang di padang. Mencabar sungguh. Si kakak tiba-tiba saja jadi terlalu manja, tak nak jalan ! Adoi.. maka berdukunglah dengan mama ke sana ke mari. Si abang pulak, nakkan perhatian perhatian ditengah tengah padang. Dia belum biasa dengan suasana begitu, ramai orang. Ketika mula mula sampai, elok je berlari berkejaran dengan si Firas, his bff. Siap bertepuk tepuk tangan lagi. majlis bermula dengan ikrar daripada anak-anak PASTI. Sayu je hati dengor. SYAHID CITA-CITA KAMI. Bertuahnya mereka. Sedari kecil susah menanam cita-cita untuk mati syahid. Syahid dijalan Allah. Moga cita-citamu tercapai wahai anak! Hari ni, Danial menguji kesabaran cikgu-cikgunya. Hihi. Bertuahnya Danial ni. Cikgu sampai kena panggil Danial guna mikrofon ; Danial, 4 tahun, anak ustat Usop... sila menyertai acara tiup belon.. sampai ke sudah dia tan nak. Puas dipujuk. Katanya nak main

~GAJET~

DANIAL AL HAFIZ DAN DAMIA AL HAFIZOH Minggu ni minggu untuk surah al Baiyinah surah yang agak panjng, jadi memerlukan lebih banyak ulangan demi ulangan tanpa jemu ye anak-anak. Sukalah untuk mama memesan kepada diri sendiri agar mempertingkatkan tahap kesabaran dalam usaha untuk meningkatkan hafazan anak. Sungguh, bukanlah mudah kita yang dah tak berapa nak comel ni nak lawan watak wonderpets petang-petang hari. Sebolahnya, saya akan cuba elakkan Danial buka tv pada waktu petang. Sebab rancangan kartunnya hanya akan habis pada pukul 5.40 petang. Selepas kartun Upin Ipin. Waktu petang, lepas balik sekolah, biasanya saya akan padang dvd. Jika mereka bermain di dalam bilik, saya pasangkan mp3 phone saya. Lebih senang untuk diangkut mengikut lokasi kedudukan anak. Sambil sambil tu, Danial.akan di suruh mandi. Kn lah wangi-wangi kalo nak menghafal al quran.     Dalam nak tingkatkan hafazan, mama kenalah ada perancangan dan lebih kreatif.Jadi mama pelbagai bbm ( bahan bantu meng

Al Fatihah

Al Fatihah buat keluarga sahabat maya saya Shida Wan yang telah kembali ke rahmatullah pada  hari Jumaat, 16 Mei 2014 bersamaan 16 Rejab 1435 Hijrah semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya Ya Allah, masukkanlah dia ke syurga kerana Allah jua yang mengetahui ketabahan arwah berlawan dengan penyakit luekimia yang dihidapinya  Moga Allah berikan yang terbaik buat dia... Dia cukup meninggalkan kenangan apabila pergi disaat ramai bergembira menyambut Hari Guru... Al Fatihah dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali

buah hati mama

Hari ini hari mengenang Danial entah kenapa tingkahnya seminggu ini sungguh manja kadang kala sikapnya seperti baby biasanya dia suka mandi sendiri, dia nak sabunkan sendiri tapi sekarang, dia merayu saya mandikan, sabunkan... manja... biasanya dia tidak sensitif dengan kata-kata saya tapi semalam, dia terkecil hati bila saya memeluk sambil mencium damia.. saya kata; sayang anak mama damia DANIAL kata : mama, Danial pon anak mama jugak... aduh... sedisnya dengar.. terus saya peluk dan geletek dia puas- puas saya juga nyanyi lagu jang oh jang versi nogori sebab tu lagu feveret Danial...  dia kata ; Danial lah jang... Bila  keluar jalan2, dia mesti nak saya pegang tangan dia..  Katanya adik jalan dengan baba, abang jalan dengan mama dalam bab mengaji, Danial bila saya apa2 surah, kita akan nampak dia seolah tak amik tau dan tak kisah, tapi sebenarnya hati dia menerima.  Sebab tu bila tasmik, dia dapat. dan bila dia tak mau, memang kena paksa siki

Sanah Helwah Damia Azzahra

Today, my little hunny bunny; Damia Azzahra is two years old... Sungguh, sekejap je rasanya masa dua tahun itu berlalu. Dan saya berasa sangat kagum dengan kuasa Allah bila melihatkan dia.  Betapa besar pergantungan saya kepada Allah saat Damia dilahirkan pada minggu ke 34 dalam kandungan. Sebulan lebih awal daripada jangkaan. Sama seperti abangnya Danial. Jika ikutkan perkembangan dia dari kecil. Damia agak ketinggalan daripada segi perkembangan fizikal. Bayangkan, anak orang lain 9 bulan dah bertatih, dia baru nak mula merangkak. Masa tu kebetulan ada anak kawan yang sebaya dengan dia, jadi adalah yang membuat perbandingan. Dalam hati saya, sabo je lah. Saya memang dah tanamkan dalam minda;   perkembangan anak memang berbeza beza. Jadi, jangan banding bandingkan. Masuk setahun 5 bulan barulah Damia betul betul boleh jalan. Tapi hikmah yang terbesar yang saya dapat lihat ialah dia lebih cepat bercakap.  Setahun 10 bulan, dia sudah lancar surah al fatihah. Dan saya rekod