Skip to main content

sukaneka PASTI !

Sabtu lepas, kami berempat terlibat dengan program sukaneka sekolah abang Danial. Dari pagi sampailah ke tengah hari bergelumang di padang. Mencabar sungguh. Si kakak tiba-tiba saja jadi terlalu manja, tak nak jalan ! Adoi.. maka berdukunglah dengan mama ke sana ke mari. Si abang pulak, nakkan perhatian perhatian ditengah tengah padang. Dia belum biasa dengan suasana begitu, ramai orang. Ketika mula mula sampai, elok je berlari berkejaran dengan si Firas, his bff. Siap bertepuk tepuk tangan lagi.

majlis bermula dengan ikrar daripada anak-anak PASTI. Sayu je hati dengor. SYAHID CITA-CITA KAMI. Bertuahnya mereka. Sedari kecil susah menanam cita-cita untuk mati syahid. Syahid dijalan Allah. Moga cita-citamu tercapai wahai anak!

Hari ni, Danial menguji kesabaran cikgu-cikgunya. Hihi. Bertuahnya Danial ni. Cikgu sampai kena panggil Danial guna mikrofon ; Danial, 4 tahun, anak ustat Usop... sila menyertai acara tiup belon.. sampai ke sudah dia tan nak. Puas dipujuk. Katanya nak main dengan mama. Kalau mama masuk sekali, Danial tak menang la sayang oi..



Dalam tak sangka, kita dapat jumpa sahabat syurga kita.. acik Nik dan dua orang anak terunanya. Teruja mama mendengar kisah anak-anaknya. Si abang sudah dihantar ke Darul Hidayah. Sebuah pusat tahfiz yang selalu mama lintasi ketika perjalanan ke sekolah. Anaknya yang baru masuk ke sana sudah menghafal hampir separuh juz amma. Dan sikecik yang hebat itu seusia Danial. Pengajarnya semua berpurdah. Bakal-bakal tahfiz diasuh oleh orang yang sangat hebat islamnya. Masya Allah. 

Mama dan baba memang menanam cita-cita untuk menghantar  Danial ke sana. Cuma menunggu masa mama dapat bertukar memandangkan Darul Hidayah terletak agak jauh dari rumah. Moga Allah mudahkan segala urusan Danial. AMIN. 


Sibaju biru, bergerak atas nama perjuangan.


Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...