Skip to main content

buah hati mama

Hari ini hari mengenang Danial
entah kenapa tingkahnya seminggu ini sungguh manja
kadang kala sikapnya seperti baby
biasanya dia suka mandi sendiri, dia nak sabunkan sendiri
tapi sekarang, dia merayu saya mandikan, sabunkan...
manja...
biasanya dia tidak sensitif dengan kata-kata saya
tapi semalam, dia terkecil hati bila saya memeluk sambil mencium damia..
saya kata; sayang anak mama damia
DANIAL kata : mama, Danial pon anak mama jugak...
aduh... sedisnya dengar.. terus saya peluk dan geletek dia puas- puas


saya juga nyanyi lagu jang oh jang versi nogori
sebab tu lagu feveret Danial... 
dia kata ; Danial lah jang...
Bila  keluar jalan2, dia mesti nak saya pegang tangan dia.. 
Katanya adik jalan dengan baba, abang jalan dengan mama
dalam bab mengaji, Danial bila saya apa2 surah, kita akan nampak dia seolah tak amik tau dan tak kisah, tapi sebenarnya hati dia menerima. 
Sebab tu bila tasmik, dia dapat.
dan bila dia tak mau, memang kena paksa sikit
pujukla dengan macam2 benda. 
Janjikanlah dengan hadiah pelbagai benda...
insya Allah lembut jugalah dia.
saya suka usik dia, bila dia nangis kuat dan tak mau dengar apo yang dikato..
saya suka doa : YA ALLAH, JADIKANLAH DANIAL ANAK YANG SOOOOOLEH sambil pegang ubun2 dia. Kadang kala saya ulang sampai 5, 6 kali. Dan akhirnya dia senyom panjang.



Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...