Skip to main content

~GAJET~

DANIAL AL HAFIZ DAN DAMIA AL HAFIZOH

Minggu ni minggu untuk surah al Baiyinah
surah yang agak panjng, jadi memerlukan lebih banyak ulangan demi ulangan tanpa jemu ye anak-anak. Sukalah untuk mama memesan kepada diri sendiri agar mempertingkatkan tahap kesabaran dalam usaha untuk meningkatkan hafazan anak. Sungguh, bukanlah mudah kita yang dah tak berapa nak comel ni nak lawan watak wonderpets petang-petang hari. Sebolahnya, saya akan cuba elakkan Danial buka tv pada waktu petang. Sebab rancangan kartunnya hanya akan habis pada pukul 5.40 petang. Selepas kartun Upin Ipin.

Waktu petang, lepas balik sekolah, biasanya saya akan padang dvd. Jika mereka bermain di dalam bilik, saya pasangkan mp3 phone saya. Lebih senang untuk diangkut mengikut lokasi kedudukan anak. Sambil sambil tu, Danial.akan di suruh mandi. Kn lah wangi-wangi kalo nak menghafal al quran. 
  
Dalam nak tingkatkan hafazan, mama kenalah ada perancangan dan lebih kreatif.Jadi mama pelbagai bbm ( bahan bantu mengajor) untuk dua orang student dirumah ni. Salah satu yang terbaru.... teng...teng...teng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ipad 114 surah yang dibeli daripada Kedai Iman... sangat berguna kerana Adik Damia  sangat suka. Bila buka Ipaf... dia pulak sibuk kata.. nak baca surah al maun...owh.. seronoknya mama dengo...

Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat blogger saya... ummu muhammad.. banyak memperkenalkan abm untuk hafazon anak... ni lah dikatakan bersahabat kerana Allah.

Bagi saya, biarlah anak-anak ini cintakan Al Quran,
 sukakan Al Quran ,
 bersemangat nak baca Al Quran...
marah sebab mama tutup dvd Al Quran...
daripada mereka mengamuk kerana mahupun permainan
Ultraman, batman , ben ten, bidaman
pernah juga, balik dari sekolah, danial cakap
MAma, Danial nak beli ultraman macam.....(nama kawan dia)
Mama, boleh tak mama beli cd upin ipin banyak banyak..
Danial anak syurga, ultraman tak boleh bantu kat masyar kelak..
Upin ipin tak boleh menerangi kubur kita kelak...
jadi, lebih baik kita berkawan dengan al quran...
insya Allah, jika kita berkawan dengan Al quran dia akan bantu kita di akhirat kelak..
sayang Danial Damia sokmo sokmo
♥♥♥


Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2017

Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas Zifa satu family ke Shaklee National Conference yang diadakan di Sunway Resort. Teruja sangat sebab ni lah first time Zifa ke sana.  Kami bertolak dari Kedah dengan menaiki bas yang disediakan. Anak-anak sungguh excited tau. Macam tak percaya kiteorang boleh sampai ke sana walaupun last minit plan.  Kat sini Zifa nak kongsikan memori indah kat sana. majlis yang penuh gilang gemilang ada pelbagai booth yang disediakan.  yang ni paling best, Shaklee ni mesra family tau. Ada menyediakan Family room untuk anak-anak. Siap sediakan wayang lagi tau. So, tak de lah anak2 boring tunggu mak2 ye.  yang betul2 tuah tau, dapat tangkap gambar sebelah Mastar Wahida. Sebelum ni Zifa tengok dalam fb ja. Ramah mesra sangat orangnya.  Yang sebelah ni bakal Master Siera. Dialah yang banyak bantu group kami.  Yang sebelah Zifa tu, namanya Master Nad yang kecil molek. Manis orangnya.  ...

bila?

Danial sayang, bila kamu mahu mula berjalan? saya sendiri tidak tahu mama, Bulan depan kamu dah nak dapat adik, seronok tak? Seronok mama. Jadi bila kamu nak mula berjalan? Mama dan baba sangat tertunggu-tunggu. Kalau boleh, sekarang juga Danial nak berjalan, macam orang lain. Begitulah kononnya dialog mama dan Danial.  Mama dan baba sangat ingin melihat kamu berjalan, kamu pula suka merangkak saja. Mulanya risau juga, adakah anak mama ok? Siap bawa jumpa doktor lagi, mana taknya Ali Ilhamy, Irdina, Tasneem dan kawan seangkatan Danial sudah lama menjejak langkah... Tapi rupanya setiap yang Allah buat tu semuanya terbaik kan? Danial masih ingin memberi peluang kepada mama dan baba untuk mendukung mu sayang. Bila dah dapat kaki nanti, tak terkejar la pulak. Mama sebenarnya teringin sekali pergi ke masjid kita, sudah lama rasanya tidak melangkah ke sana,  rindu yang teramat mencengkam diri ini, mendengar kuliah bersama-sama baba. Tapi,...

Zahra : 7 bulan

Salam wbt..  Sudah lama mama menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tak sudah-sudah hinggakan tak sempat nak update tentang diri dan anak-anak. WAN DAMIA AZZAHRA Alhamdulillah, Zahra sudah masuk 7 bulan sudah mula makan macam-macam.. buat masa sekarang, Zahra banyak makan makanan yang dibekalkan oleh cikgu PENGASUH yang sangat baik hati.. nak mengharapkan mama, lambatlah sikit sayang.. Rambut pun dah makin panjang..  Kalau pergi mana-mana, ada saja yang bekenan dengan rambut Zahra, katanya macam topi keledar, siap tanya apa petua mama buat sampai rambut lebat cam gini.. Tak ada apa pun nak dipetuakan.. memang dari lahir lagi rambut Zahra sedia lebat.. Zahra boleh meniarap sekitar umur 5 bulan 11 hari.. Bagus sayang, mama suka dengan perkembangan kamu.. Kamu anak yang sihat. Zahra anak yang sangat mudah dijaga.. mama bersyukur sangat.. Zahra macam faham jer mama ni keje jauh.. Pagi-pagi tak merengek pun, bila mama siap susukan sekitar pukul 6 ...