Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

~ sedihnya ~

Hari ini sudah hari Sabtu. Sedihnya rasa. Mana tak nya, mama dengan Danial kena balik Kuala Pegang, tinggalkan baba di sini keseorangan. Bila lah agaknya mama dapat tukar sekolah? Adik, tolong doakan mama ye... Petang ni, mama akan drive, Danial akan dok kat tepi, jangan menangis nye sayang, mama nak drive. Esok mama keje, Danial kena tinggal dengan nenek itu. Hari ini, mama sepatutnya ada kursus LDP, tapi mama p******...hihi.. Malas nak p, kan ari tu dah g kursus 3 hari, cukuplah tu, kata baba..

~ Danial 4 bulan ~

Tahniah sayang kerana kamu membesar dengan sihat dan kuat sekali. Alhamdulillah.. semuannya kekuasaan Allah. Dulu kamu anak yang kecil dan comel. Lahir sebagai pre mature. Tapi kini, kamulah juara. Sekarang anak mama ni : sudah pandai gelak terkekek-kekek. dan mula nak angkat kepala. kepala dan kaki dah keras. boleh tegakkan dah. sentiasa lapar, setiap masa nak minum susu dan tembam semangkuk dah buat orang yang tengok geram nak cubit pipi

~ Semuanya ibadah ~

Kebelakangan ini, mama sedikit dihimpit oleh kesibukan kerja dan menguruskan anakanda yang sorang ini. Maklumlah, kami tinggal berdua. Jadi, mama kenalah pandai2 uruskan masa. Baba tersayang tak ada di sisi untuk membantu. Kalau tak, dialah orang paling kalut nak mandi dan tidurkan Danial. Lepas entertain anak, mamanya pula. Biasalah sekali sekala nak bermanja dengan suami. Rutin harian mama dengan Danial sama je setiap hari, bangun pukul 5 pagi untuk pumping (si kecik pun sibuklah nak bangun sekali, temankan mamanya pumping), siapkan beg Danial, masak barli, mandi, solat dan pukul 7 mesti dah dalam kereta. Sampai sekolah termengah-mengah sebab pukul 7.45 dah ada kelas. Tapi ape pun terjadi, sebelum masuk kelas, mama mesti minum milo ngan biskut jacob dulu. Nak bekalkan tenaga untuk mengajar.  Pukul 10.15 pagi, masa budak rehat, mama akan cari pot untuk pumping. Kalau tak di pra sekolah, kat bilik kesihatan pun jadilah. Walau apa pun terjadi, pumping adalah wajib. Nanti boleh la tump

~ belajar untuk bersyukur ~

Kebelakangan ini, banyak perkara yang mengganggu fikiran saya sebagai seorang mama. Memikirkan si kecil Danial, hati saya banyak bercelaru. Kasihan dengan dia. Tinggal berjauhan dari babanya, terpaksa minum susu formula, tinggal dalam keadaan tidak selesa di rumah sewa, terpaksa merengek2 tanpa dilayan semasa saya sibuk dengan kerja rumah dan harap-harap dia tidak kekurangan kasih sayang.  Tetapi bila difiikirkan semula. Semuanya pasti ada hikmah yang tersurat. Mamanya belajar menjadi lebih tabah. Walaupun ujian yang datang tidaklah sehebat srikandi di zaman Rasulullah, sekurang-kurangnya ujian yang secebis ini menguatkan jiwa saya. Bukanlah setakat mana pun ujian ini jika dibandingkan dengan Siti Fatimah ataupun Masyitah.  Mama sekurang-kurangnya menjadi sangat rindu dengan baba. Mengeratkan lagi cinta kasih di antara kami. Mama menjadi lebih cekap dalam menguruskan masa. Mana tidaknya, semuanya perlu diuruskan sendiri. Kadang-kadang tak sempat nak makan. Lepas maghrib biasanya Dani